BTC USD 36,430.8 Gold USD 1,842.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Movie Ghostbusters: Afterlife (2021)

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,923
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
47,923
Reaction score
2,829
Points
261
Awards
1
MV5BZWU0YjkzNmItNDBiMC00YjU5LTkzZWUtZTk3MWViMjZhNmZjXkEyXkFqcGdeQXVyMTA3MDk2NDg2._V1_.jpg


.......................
 
Sponsored Post

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,923
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
47,923
Reaction score
2,829
Points
261
Awards
1
VERSI terbaharu filem Ghostbusters iaitu Ghostbuster: Afterlife membawakan satu jalan cerita yang berbeza berbanding dua versi yang pernah ditayangkan sebelum ini.

Jika diamati, filem kali ini lebih menerapkan elemen kekeluargaan yang begitu kuat dalam jalan ceritanya.

Pengarahnya, Jason Reitman berkongsi idea di sebalik penghasilan buah tangan terbaharunya itu dan bagaimana idea untuk menghasilkan karya berkenaan tercetus.

"Setakat ini, sudah ada tiga filem Ghostbusters dan persamaannya adalah mengenai empat individu yang memburu hantu. Namun, Ghostbusters: Afterlife bukan mengangkat jalan cerita begitu sebagai tunjang utama.


"Ini adalah satu filem yang menegaskan nilai-nilai kekeluargaan. Ia mengisahkan mengenai ibu tunggal bersama dua anaknya yang meneroka dan mencari latar belakang mereka," katanya.

Tambah Reitman lagi, dia selaku pengarah juga kerap kali menghasilkan karya berkonsepkan kekeluargaan.

"Saya sentiasa tertarik kepada cerita kekeluargaan. Antaranya Juno, Young Adult, semua itu disuntik dengan elemen kekeluargaan.

"Perjalanan saya untuk menghasilkan Ghostbusters membawa penonton menyingkap kehidupan seorang ibu dengan anak perempuan yang genius dan anak lelaki yang memberontak," jelasnya.


REITMAN (kanan) bawa penonton menyingkap kehidupan ibu tunggal bersama dua anak dalam Ghostbusters: Afterlife.
REITMAN (kanan) bawa penonton menyingkap kehidupan ibu tunggal bersama dua anak dalam Ghostbusters: Afterlife.


Lebih menarik, Ghostbusters kali ini membawa karakter asal yang menaikkan nama Ghostbuster sejak 35 tahun lalu.

"Kali terakhir kita melihat gandingan empat anggota Ghostbusters ini adalah 35 tahun lalu dan tentunya ramai juga tertanya-tanya, apa yang berlaku kepada karakter mereka.

"Jadi, dalam filem kali ini, di rumah ladang yang menjadi lokasi utama Ghostbusters: Afterlife, kita dapat melihat mereka kembali bersama dan apa yang berlaku.

"Banyak misteri yang dipaparkan antaranya, bagaimana Ecto-1 boleh berada dalam bangsal dan macam mana pek proton yang juga senjata menangkap hantu boleh berada di situ," katanya.

Yang pasti, Ghostbusters: Afterlife akan memberi ruang kepada penonton untuk melihat dari satu sudut pandangan berbeza mengenai filem menarik berkisar menjejak dan menangkap entiti ini.
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,923
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
47,923
Reaction score
2,829
Points
261
Awards
1

.....................
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,923
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
47,923
Reaction score
2,829
Points
261
Awards
1
Fenomena dulu tahun 80an.

Time tu aku sekolah rendah 🤭

Siap ada kartun lagi.


Best juga.

Sebab dia buat format filem 80an.

Fokus pada watak budak2.

Persahabatan.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register