Gereja dibenar guna kalimah Allah

CG Sponsors




jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,699
Reaction score
309
Points
91
Gereja dibenar guna kalimah Allah

Oleh SUWARNI MOKHTAR
[email protected]

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya.

Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu sesama mereka bagi tujuan agama mereka.

Hakim tersebut juga bersependapat dengan pemohon bahawa Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam selaku agama rasmi tidak memberi kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menghalang gereja tersebut daripada menggunakan perkataan Allah.

Penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan itu juga, menurut beliau, merupakan sebahagian daripada hak untuk bersuara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Dalam penghakiman lisannya, hakim itu menyatakan, perintah larangan yang dikeluarkan menyatakan penggunaan perkataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan umat Islam serta menggugat ketenteraman negara.

‘‘Pihak responden dalam hujahnya bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti bagaimana penggunaan perkataan Allah boleh mengganggu ketenteraman awam,’’ katanya.

Sehubungan itu, beliau menyatakan, keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan mingguan itu menggunakan perkataan ‘Allah’ adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.

Hakim Bee Lan memutuskan demikian dalam semakan kehakiman oleh Gereja Katolik yang difailkan melalui Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Gereja Katolik antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang penggunaan perkataan Allah dalam Herald-The Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan Allah bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam sahaja.

Sejurus keputusan itu diumumkan, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md. Said meminta penjelasan sama ada ketetapan tersebut mempengaruhi permit penerbitan berkenaan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2010.

Ini kerana, katanya, permohonan itu dibuat berdasarkan larangan terhadap permit bertarikh 1 Januari hingga 31 Disember 2009.

Peguam Porres Royan yang mewakili gereja itu sebaliknya menyatakan keputusan telah pun dikeluarkan hari ini dan terpulang kepada pihak-pihak yang terlibat untuk mentafsirkannya.

:mad: inilah jadinya bila islam dibelakangkan....:(scam:(scam
 
Sponsored Post

burukayangan

Active Member
Joined
Feb 2, 2008
Messages
1,526
Reaction score
29
Points
30
ALLAHUAKBAR....
MASYAALLAH...apa dah jadi negaraku...
satu penghinaan yang teramat besar kepada Islam...
dalam berita semalam,dalam paper hari ni tadak sekor pun menteri kita bagi komen ataupun penjelasan
awat semua tak bersuara sekarang??????
kerajaan tak bersungguh-sungguh dalam hal,kalau hal2 lain,semua sebuk nak bercakap,semua nak jadi hero....
sekarang mana p semua bapok2 menteri woi
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
maha suci tuhan dari apa yang mereka syirikkan dan maha suci tuhan dari apa yang mereka katakan
 

inspire

Active Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
1,190
Reaction score
4
Points
25
habis.. makin kelirula org2 bukan Islam ttg Allah.. harap2 yg Islam pn jgn terkeliru dgn dakyah ini.. marilah kite tingkatkan pemahaman kite ttg Allah..

hakim die pn bukan Islam.. camne?? pastu manipulate perlembagaan agar permohonan itu mendapat kelulusan..
 

peija06

Super Active Member
Joined
Feb 19, 2007
Messages
6,506
Reaction score
78
Points
70
inilah kuasa gelombang 1Malaysia..:)

salam 1Malaysia!!:D
 

naimexe

Active Member
Joined
Dec 29, 2008
Messages
1,175
Reaction score
3
Points
25
dunia sudah hampir ke akhir.
 

Otai T-Shirt

Fun Poster
Joined
Jun 30, 2009
Messages
281
Reaction score
2
Points
15
Dari awal taknak ikut hukum hakam islam...ketua hakim pun bukan islam..islam agama rasmi atas kertas aje tapi takde kuasa....
 

123456

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2008
Messages
5,187
Reaction score
55
Points
70
Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah Allah - Dewan Ulamak Pas Pusat

Ditulis oleh Harakah
Khamis, 03 Januari 2008

Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.


ada puak yg sokong rupenya:-?:-?
 

ayie206

Legendary Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
16,425
Reaction score
106
Points
123
tunggu yang otai2 komen.. aku duk tepi dulu eyy :)cgrock:)cgrock
 

geniusneuro

Banned
Joined
Nov 1, 2008
Messages
19,775
Reaction score
7
Points
115
x patut dibenarkan mereka guna nama Allah..

takut disalah guna je...

takut dorg gunakan utk kelirukan umat islam jee...


na'uzubillah...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register