Gereja dan pos pengawal sekolah di Taiping dilemparbom api

CG Sponsors




BlackSweater

Freshie
Joined
Jan 7, 2010
Messages
21
Reaction score
0
Points
3
IPOH: Dua insiden cubaan membakar berlaku membabitkan gereja All Saints dan sebuah sekolah di sini awal hari ini selepas dilempar dengan bom api.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata tiada kerosakan pada gereja yang terletak di Jalan Taming Sari, Taiping itu tetapi hanya kerosakan kecil dilaporkan pada pos pengawal Sekolah Menengah Convent.

"Insiden itu hanya disedari penjaga gereja itu pada jam 7.30 pagi.

"Polis yang membuat siasatan selepas menerima aduan mendapati dua kesan
tompok hitam di dinding gereja serta menemui dua botol yang sudah pecah
dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

"Dalam kejadian di Sekolah Menengah Convent, hanya pos pengawal

sekolah tersebut mengalami kerosakan kecil selepas dilempar dengan bom api dalam kejadian pada jam 3.30 pagi dan disedari oleh pengawal
keselamatan sekolah terbabit," katanya.

Zulkifli berkata, setakat ini belum ada suspek yang ditahan berikutan
insiden itu dan polis sedang menyiasat serta mengambil bahan-bahan bukti yang
ditemui di tempat kejadian.

Katanya, siasaatan awal polis mendapati kejadian itu dipercayai dilakukan
oleh individu yang nakal dan tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan
daripada isu yang sedang berlaku sekarang dan bukan dirancang oleh mana-mana
organisasi.

Katanya, polis memberi perhatian serius dan meningkatkan pemantauan ke
atas rumah-rumah ibadat di negeri ini bagi memastikan keadaan terkawal dan
menasihatkan orang ramai agar tidak panik. -Bernama
 
Sponsored Post

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
ni tempat aku ni..smk convent sblh gereja tu
 

belina

Active Member
Joined
Apr 29, 2009
Messages
1,264
Reaction score
2
Points
25
sape la punya kerja disebalik semua ni...
 

karot

Freshie
Joined
Jan 10, 2010
Messages
27
Reaction score
0
Points
3
makin teruk ni, 13 mei bakal berulang? err errrr
 
Sponsored Post
Top
Log in Register