Movie GERAN Di Jangka "Sold Out"

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,419
Reaction score
2,009
Points
176
“GERAN” menjadi salah satu karya yang paling dinanti-nantikan oleh peminat filem aksi. Selain kerana jalan ceritanya yang memertabatkan seni silat, filem yang diarahkan oleh Areel Abu Bakar ini membariskan pelakon baru dan lama seperti Namron, Koharullah, Feiyna Taj, Fad Anuar, Azlan Komeng dan ramai lagi.

Lebih menarik, penampilan istimewa Aeril Zafrel bagi menghidupkan keseluruhan jalan cerita filem ini.

Tayangan perdana filem ini berlangsung pada 2 Oktober yang lalu dengan kehadiran beberapa nama besar dalam dunia perfileman seperti Datuk Yusuf Haslam, Mejar (K) David Teo, Fatimah Abu Bakar, Fauziah Nawi dan ramai lagi. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Mahaguru pertubuhan silat seni pusaka gayong, Dato Raja Abdul Majid Raja Mat Isa.

Standing Ovation dan tepuk tangan yang berpanjangan dari lebih 500 penonton yang memenuhi panggung di mmCineplexes @ E-Curve turut bergema dan menyentuh hati tim produksi serta pelakon yang hadir pada majlis tersebut.

Yang berlakon semua orang silat gayung dan tak gunakan stuntman. Cerita ni kita nak tunjukkan seni persilatan. Selalu cerita buat macam luar negara, banggakan seni pertahanan diri orang luar tapi cerita ni nak orang nampak persilatan melayu kita”- puji Alif Aiman salah satu penonton setelah menyaksikan tayangan perdana tengah malam tersebut.

Bukan itu sahaja, hampir semua saluran media yang menghadiri perdana filem GERAN memberi pujian semasa sidang media berlangsung usai filem dipertontonkan.

Melihat GERAN dari sisi jalan cerita, ia agak mudah difahami kerana jalan ceritanya lurus dengan satu tujuan utama iaitu menyelamatkan geran tanah pusaka. Pada dasarnya, ia bukan drama atau kisah cinta-cintun yang dicari dari menonton filem GERAN. Itu bukan fokus utama dalam filem ini, perkara penting adalah adegan aksi yang ‘power’.

Dalam beberapa babak, anda akan terleka sehingga lupa untuk menarik nafas. Ya, adegan pertarungan menyelamatkan Mat Arip oleh Ali di dalam kilang beras yang secara kebetulan mempunyai ruang terbatas untuk pertarungan di mana sebenarnya menjadi hal menarik untuk dilihat.


Sinopsis
Secara ringkasnya sinopsis filem Geran ini, ia mengisahkan tentang dua orang sahabat baik, Pak Nayan dan Haji Daud yang juga rakan seguru dalam ilmu persilatan. Namun disebabkan ada sejarah di antara mereka berdua, mereka saling berdendam dan persengketaan terus berlarutan. Hal ini melibatkan anak-anak Pak Nayan ke dalam situasi yang rumit. Apakah yang dilakukan oleh Haji Daud kepada keluarga Pak Nayan?

Jangan lupa saksikan filem aksi ini bersama rakan-raka mulai 10 Oktober 2019 di panggung berhampiran anda.



Kredit artikel asal Phic Arman
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,419
Reaction score
2,009
Points
176
Tak Pakai ‘Stuntman’! Aksi Lawan Dalam Filem Geran Dijamin Realistik

Industri perfileman Malaysia sangat erat kaitannya dengan filem aksi. Sebut saja Sangkar, KL Gangster dan masih banyak lagi filem Malaysia yang bergenre aksi serta suspen yang sangat berjaya di Malaysia. Namun sehingga ke hari ini jarang sekali dapat lihat penerbit ataupun pengarah filem menghasilkan sebuah karya yang mengangkat seni bela diri tradisional asli iaitu Silat.

Sedar akan kekurangan itu, pengarah Areel Abu Bakar tidak teragak-agak untuk menghasilkan filem karya sulung arahannya berjudul Geran. Tanpa mendapat bantuan kewangan dari mana-mana badan atau agensi, akhirnya buah tangan pengarah berusia 34 tahun ini bakal di tayangkan kepada penonton pada 10 Oktober ini.

Bukan biasa-biasa, filem Geran membariskan bintang berpengalaman seperti Namron, Aeril Zafril, Adam Shah dan Nizam Zaidi. Menurut Areel, antara tujuan Geran dihasilkan adalah untuk mengangkat ikon seni silat berkenaan di Kedah yang semakin dilupakan oleh anak muda zaman sekarang.

Insyallah sekiranya filem Geran ini berjaya mendapat sambutan orang ramai di Malaysia mahupun di luar negara, sekurang-kurangnya kita dapat mengangkat semula nama seni bela diri tradisional asli, Silat yang semakin dilupakan,” ujarnya.

Menurut Areel, sesuatu hal yang unik dalam filem Geran ini, kebanyakkan pelakon terdiri dari pengamal seni bela diri yang sudah berpengalaman untuk melakukan aksi lawan.

Untuk mendapatkan aksi yang realistik dalam filem, saya memang memanggil pelakon yang betul-betul berpengalaman dalam silat. Insyallah, Tanpa menggunakan ‘Stuntman’, penonton akan berpuas hati dengan setiap aksi lawan yang disajikan”- katanya

Bertanya soal kewangan dari mula penggambaran hingga filem siap sepenuhnya, Areel berkata rata-rata pelakon tak kira baru atau lama yang terlibat tidak mengharapkan bayaran segera selepas habis penggambaran. Menariknya, mereka bersama-sama sepakat untuk memberi keutamaan menaikkan nama Silat daripada meraih keuntungan.

“Soal bayaran tidak menjadi keutamaan kepada mereka, keseluruhan team produksi termasuk pelakon sama-sama menyumbang demi memertabatkan seni Silat. Harapan saya, orang melayu dapat menghayati jalan cerita dari filem Geran ini. Sebenarnya filem ini mengisahkan cerita terpencil tetapi isunya sangat berat berkenaan nilai harta pusaka yang mesti dijaga dikalangan orang melayu”

Adegan aksi lawan mewarnai sebagian besar dari official trailer filem Geran yang dimuatnaik di laman Youtube Layar Pictures Sdn Bhd. Rata-rata penonton menyuarakan sokongan terhadap usaha memertabatkan seni Silat dan tidak sabar untuk menonton di panggung pada 10 Oktober ini.

Secara ringkasnya sinopsis filem Geran ini, ia mengisahkan tentang dua orang sahabat baik, Pak Nayan dan Haji Daud yang juga rakan seguru dalam ilmu persilatan. Namun disebabkan ada sejarah di antara mereka berdua, mereka saling berdendam dan persengketaan terus berlarutan. Hal ini melibatkan anak-anak Pak Nayan ke dalam situasi yang rumit. Apakah yang dilakukan oleh Haji Daud kepada keluarga Pak Nayan?

Jangan lupa saksikan filem aksi ini bersama rakan-raka mulai 10 Oktober 2019 di panggung berhampiran anda.


Kredit artikel asal Phic Arman
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,236
Reaction score
856
Points
161
bab citer silat ni xada director sehebat director drama pendekar kundur, keris hitam emas, tok janggut... lupe name dier.. yg skrg ni aku x nampak hebatnye
 

saracovar

Freshie
Joined
Oct 8, 2019
Messages
1
Reaction score
0
Points
3
Terima kasih kerana berkongsi. Filem yang sangat baik. Saya menontonnya secara percuma pada aplikasi Movie Box percuma saya.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register