Gerakan Peralihan Kuasa Politik Malaysia

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,145
Reaction score
9,765
Points
1,746




Kamarul Yusoff
6 jam ·

PEMBERHENTIAN SETIAUSAHA AGUNG TIDAK MEMERLUKAN PERSETUJUAN PENGERUSI BERSATU: PEGUAM ROSLI DAHLAN

Berikut disertakan komentar Peguam Rosli Dahlan kepada kenyataan Peguam Haniff Khatri bahawa pemberhentian Datuk Wira Marzuki Yahya daripada jawatan Setiausaha Agung BERSATU pada 18 Mac lalu adalah tidak sah kerana ia tidak dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi BERSATU:

Tafsiran Haniff Khatri berkenaan Fasal 13.9 dan Fasal 16.3.3 Perlembagaan BERSATU adalah tidak tepat dan menyasar. Haniff Khatri tidak boleh mengkesampingkan Fasal 16.6.1 yang dengan jelas memperuntukkan bahawa Setiausaha Agung BERSATU “bertanggungjawab kepada Presiden BERSATU”.

Haniff Khatri juga sepatutnya telus dengan perkataan dalam Fasal 13.9 yang secara jelas memperuntukkan bahawa Setiausaha Agung BERSATU dan penjawat lain adalah "dilantik oleh Presiden BERSATU" dan memegang jawatan selama tempoh Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU “kecuali mereka berhenti atau diberhentikan”.

Perkataan yang digunakan dalam Fasal 13.9 dan Fasal 16.3.3 ialah "berunding" berkenaan perlantikan tersebut. Perkataan "berunding" yang digunakan adalah tidak sama jika Presiden hanya boleh bertindak "atas nasihat" berkenaan perlantikan tersebut.

Seksyen 18c Akta Pertubuhan 1966 dan Fasal 29 Perlembagaan BERSATU tidak terpakai dalam isu ini kerana peruntukan yang terpakai dalam Fasal 13.9 Perlembagaan BERSATU adalah jelas tanpa sebarang keraguan iaitu perkataan "berunding" tidak digunakan dalam pemberhentian penjawat tersebut.

Oleh itu, tiada keperluan dari segi undang-undang untuk Presiden BERSATU membuat perundingan, atau mendapat persetujuan daripada mana-mana pihak, berkenaan pemberhentian penjawat yang berada dalam kuasa lantikan beliau.

Begitu juga tidak terdapat sebarang peruntukan yang memerlukan Presiden BERSATU untuk memberikan sebab atau alasan ke atas keputusan beliau berbanding peruntukan lain dalam Perlembagaan BERSATU yang memerlukan pemberian sebab atau alasan.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,145
Reaction score
9,765
Points
1,746




Kamarul Yusoff sedang bersama Ahmad Rais Johari.
5 jam ·

KALAU BAWA KE MAHKAMAH PUN TAN SRI MUHYIDDIN AKAN MENANG

Saya sudah sebut sebelum ini bahawa Fasal 29 Perlembagaan BERSATU memperuntukkan bahawa jika ada sebarang pertikaian dalam mentafsirkan Perlembagaan BERSATU maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU adalah muktamad.

Dan berdasarkan kepada fakta-fakta semasa, termasuk pengakuan Tun Dr Mahathir sendiri di dalam “Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad”, terbukti bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU adalah padu di belakang Tan Sri Muhyiddin.

Oleh itu, berdasarkan penguasaan Tan Sri Muhyiddin ke atas Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU maka sudah pastilah Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU akan memberikan tafsiran yang selari dengan tafsiran yang diberikan oleh Tan Sri Muhyiddin.

Dan, disebabkan Fasal 29 Perlembagaan BERSATU memperuntukkan bahawa “tafsiran yang diberikan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi adalah muktamad”, jika kes pemberhentian Datuk Wira Marzuki Yahya dibawa ke mahkamah sekalipun beliau tetap tidak akan menang.

Oleh itu, nasihat saya ialah terima sahajalah pemberhentian ini kerana jika memprotes sekalipun ia tetap tidak akan membuahkan sebarang hasil dan ketiadaan protes begini akan membantu Tan Sri Muhyiddin dan kerajaan beliau fokus kepada usaha menangani wabak COVID 19.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,145
Reaction score
9,765
Points
1,746




Kamarul Yusoff
3 jam

“MAHATHIR PENIPU, SAYA SEKARANG TIDAK LAGI PERCAYA MAHATHIR”: DATUK SERI ANWAR

Mengejutkan sekali bila Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Presiden PKR, secara terbuka menghentam teruk Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam wawancara beliau dengan wartawan CNBC, Martin Soong, semalam.

Paling besar implikasinya ialah bila Datuk Seri Anwar kini mendakwa Tun Dr Mahathir memungkiri janji dan mengaku beliau sekarang sudah tidak lagi percaya kepada Tun Dr Mahathir.

Soalnya ialah bagaimanakah Pakatan Harapan akan masih boleh bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir bila Datuk Seri Anwar, yang merupakan Presiden Pakatan Harapan, sudah tidak lagi percaya kepada Tun Dr Mahathir?

INI ADALAH HENTAMAN BALAS DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP TUN DR MAHATHIR MOHAMAD DALAM WAWANCARA BELIAU DENGAN CNBC

(1) “Mahathir akan terus menyanggah diri sendiri” (“Mahathir would continue to contradict himself”).

(2) “Mahathir buat janji dan memungkirinya” (“Mahathir makes promises and reneges on them”).

(3) “Saya sekarang tidak lagi percaya Mahathir” (“I now no longer believe Mahathir”).

(4) “Saya ingat Mahathir jujur” (“I thought Mahathir was sincere”).

(5) “Saya terima Mahathir berdasar gambaran luaran” (“I took Mahathir at face value”).

(6) “Saya ingat Mahathir berubah dengan usia, dengan kebijaksanaan” (“I thought Mahathir changes with age, with wisdom”).

(7) “Saya mohon maaf (kepada para penyokong saya)” (“I apologise (to my supporters)”).

(8) “Saya silap (dalam menilai Mahathir)” (“I was wrong (in assessing Mahathir)”).

INI ADALAH TRANSKRIPSI WAWANCARA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DENGAN CNBC YANG MENGANDUNGI HENTAMAN BALAS BELIAU TERHADAP TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Martin Soong: “Tun Mahathir Mohamad, nobody rules him out yet, he came out just recently with a statement, and this is not the first time he said it, saying that the problem in his mind was that yourself, Datuk Seri Anwar, you were too impatient to take over as the Prime Minister of Malaysia. Is that true? Is that fair?”

Datuk Seri Anwar Ibrahim: “Never mind. Mahathir would continue to contradict himself, and makes promises and reneges on them, so I don’t think it is fair for me to say more. But what is important is everybody knows that I have waited for 21 years, I mean, an impatient man wouldn’t have waited that much. Number two, I have given him the opportunity the latitude to govern without interference, right. Number three, he questioned my role in trying to get all the races together. I am a Malaysian, I am a Malay Muslim, the majority is of course Malay Muslims, but my Chinese, Indian, Iban and Dayak friends are part of my family in Malaysia. And you don’t tell me after 62 years of independence that I don’t need a multiracial party.”

Martin Soong: “One of these questions that I always wondering myself over these years is whether or not you actually believed Tun Mahathir Mohamad’s promise to hand over power to you to allow you to become a Prime Minister eventually? Do you still believe him?”

Datuk Seri Anwar Ibrahim: “Well, not now. But then I thought when he came, he was, he seemed to be quite sincere, came to see me when I was in prison, in the courthouse, and appealed for my support and said, “Look, Anwar, we have to work together” and made promises in private, in public, signed documents. What else? I mean I am just a human and I take people at face value and I think people do change with age, with wisdom, but I am not necessarily right always and in this particular case I apologise. I was wrong. No regrets.”

INI ADALAH RAKAMAN PENUH WAWANCARA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DENGAN CNBC YANG MENGANDUNGI HENTAMAN BALAS BELIAU TERHADAP TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

https://www.youtube.com/watch?v=HaDswaoBT7A


Kamarul Yusoff https://www.freemalaysiatoday.com/.../que-sera-sera-says.../


Kamarul Yusoff https://www.themalayapost.my/anwar-akui-tidak-lagi.../
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,016
Reaction score
554
Points
111




Kamarul Yusoff
19 jam ·

TUN DR MAHATHIR SUKAR KALAHKAN TAN SRI MUHYIDDIN

Di dalam surat beliau kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan “pemberhentian Datuk Wira Marzuki Yahya daripada jawatan Setiausaha Agung BERSATU adalah tidak sah dan/atau wajar diketepikan”.

Alasan yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir adalah Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) tidak menyatakan dengan jelas akan kaedah bagi Presiden untuk memberhentikan Setiausaha Agung BERSATU.

Kata Tun Dr Mahathir lagi, Seksyen 18c Akta Pertubuhan 1966 dan Fasal 29 Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) memberikan kuasa sepenuhnya kepada BERSATU untuk mentafsirkan Perlembagaan sendiri.

Adalah dipersetujui bahawa Fasal 13.9. Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) tidak menyatakan dengan jelas akan kaedah bagi Presiden untuk memberhentikan Setiausaha Agung BERSATU.

Begitupun, Fasal 29 Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) yang dipetik oleh Tun Dr Mahathir sendiri menyebut dengan jelas bahawa “Jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran Perlembagaan ini atau mana-mana Peraturan yang dibuat di bawah kuasa Perlembagaan ini, maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi adalah muktamad”.

Dan, berdasarkan kepada pengakuan-pengakuan Tun Dr Mahathir sendiri di dalam “Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad”, terbukti bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi adalah padu di belakang Tan Sri Muhyiddin.

Ini adalah pengakuan-pengakuan Tun Dr Mahathir tersebut:
(1) “(Dalam) Majlis Tertinggi saya dapati majoriti hentam saya. Bahkan orang yang benci kepada Muhyiddin tiba-tiba berkata bahawa mereka sekarang ini sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ataupun sebagai pemimpin parti dan tidak saya. Dan ramai jugaklah yang tolak saya.”

(2) “Jadi dalam BERSATU ini terdapat ramai yang nak supaya kita bergabung dengan UMNO… Jadi saya kata kita tunggu sekejaplah, kita tengok satu hari saya letak jawatan, lepas itu nak lawan lawanlah. Tapi pendapat saya itu ditolak.”

(3) “Saya letak jawatan pasal parti saya tolak saya, tolak pendapat saya. Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi saya mintak kita tangguh, jangan kita buat keputusan lagi, kita tangguh dulu. Mereka buat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan dengan kesedaran bahawa kalau kita keluar jatuh kerajaan. Jadi kita buat keputusan macam itu tak sokong saya macam mana saya nak kekal sebagai, apanama, pengerusi parti.”

Oleh itu, berdasarkan pengakuan-pengakuan Tun Dr Mahathir ini, maka nyatalah dalam perselisihan ke atas tafsiran ke atas Fasal 13.9. Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) ini, Tan Sri Muhyiddin akan menang kerana beliau menguasai Majlis Pimpinan Tertinggi dan “tafsiran yang diberikan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi adalah muktamad”.

Walau apa pun, jika sekalipun Tun Dr Mahathir secara tiba-tiba menguasai kembali BERSATU di dalam pemilihan yang bakal berlangsung, ia tidak akan menjejaskan kedudukan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan kerajaan baru pimpinan beliau pun.

Tun Dr Mahathir, di dalam “Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad”, sendiri mengakui: “Jadi tak lama lagi kita ada pemilihan dan mungkin Muhyiddin bertanding dan saya mungkin jugak bertanding dan tengoklah siapa menang, tapi kerajaan tak jatuh. Orang yang menyebelahi dia tu pegang jawatan, jadi kerajaan tak jatuh. Tinggal lagi dia mungkin tak jadi pemimpin BERSATU saja.”

Tegasnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh pendukung kerajaan baru kerana Tun Dr Mahathir akan sukar menang di dalam perebutan pucuk pimpinan BERSATU antara beliau dan Tan Sri Muhyiddin dan jika sekalipun Tun Dr Mahathir menang, kedudukan Tan Sri Muhyiddin dan kerajaan baru pimpinan beliau tidak akan terjejas pun.

Kepada pihak-pihak yang masih mahu bertenggek di atas nama dan pengaruh Tun Dr Mahathir untuk kepentingan mereka, sudah-sudahlah berbuat demikian. Hormatilah penegasan Tun Dr Mahathir sendiri di dalam “Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad” bahawa beliau “hendak rehat”, lebih-lebih lagi di dalam suasana kritikal negara yang sedang berhadapan dengan serangan econovirus ini.



Kamarul Yusoffhttps://m.facebook.com/groups/933299536821772?view=permalink&id=1623113894506996
baguslah ko pertahankan PH.... bla bla bla

last2 skrg ko yg kena tendang mcm kucing kurap

pengorbanan ko xde nilai pd pee esh
 

Luke

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
4,577
Reaction score
447
Points
51
Pendapat dia

.........................
•Jangan Berpolitik Semasa Perintah Kawalan Pergerakan?•

1. Saya mengambil maklum ramai yang mintak dielakkan saya dan teman-teman lain mengulas isu politik.

2. Namun, dalam ketenangan berada didalam rumah sebagai tanda keakuran arahan pihak berkuasa, beberapa tindakan politik yang jahat diambil didalam kerajaan dan parti BERSATU.

3. Pemecatan beberapa lantikan dalam agensi dan pemecatan Setiausaha Agung secara tidak sah apabila mengenepikan Pengerusi BERSATU.

4. Yang lebih menarik; sebuah artikel tulisan bekas Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN), UUM: Dr Kamarul Zaman Yusoff telah dikongsi bukan sahaja oleh kumpulan kerajaan pintu belakang tetapi disebarkan oleh ahli-ahli BERSATU sendiri yang mungkin bagi mengambil hati kumpulan pro-TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

5. Sungguhpun, pemecatan Setiausaha Agung BERSATU ditolak dan dibantah oleh Pengerusi BERSATU sendiri, ia kononnnya digambarkan sebagai ‘kehendak akar umbi’. Ayat yang selalu digunakan oleh fraksi satu lagi dalam BERSATU ketika mahu menghalalkan pengkhianatan kerajaan pintu belakang pada akhir Februari 2020 yang lalu. Apakah nilaian dan kayu ukur permintaan akar umbi dalam pemecatan ini juga adalah sesuatu yang tidak punyai sebarang asas. Dan ia datang dari watak yang sangat diragui oleh ahli akademik dan pemerhati politik.

6. Namun, mereka mungkin cepat lupa dan buat-buat terlupa penulis artikel di Harakahdaily milik PAS itu yang bertarikh 20 Mac 2020. Dia adalah orang yang sama menyifatkan Tun Mahathir dengan berbagai-bagai gelaran dan ‘dalil’ sebelum PRU-14 lalu bagi menjustifikasikan ketidakmampuan Tun Mahathir dari segi umur untuk memimpin. Beliau lah juga yang sedang begitu sakan menyebutkan kelemahan dan ketuaan Tun Mahathir di pentas Sinar Harian dan kemudiannya Tun Mahathir datang dan duduk di hadapannya. Terkujat, senyap dan tertunduk malu (atau tidak malu?) setelah kehadiran Tun.

7. Akhirnya, orang yang sama menyokong pemecatan Setiausaha Agung BERSATU untuk menggambarkan ‘penyerahan diri’ kepada kerajaan pintu belakang hari ini. Sudah tidak malukah ahli BERSATU terpaksa mengutip tulisan beliau untuk menunjukkan ‘taat setia’ kepada Presiden dan PM8 ini? Sudah dibuang dan dibakulsampahkan ayat: “BERSATU•BERAMANAH•BERMARUAH”?!

Abu Hafiz Salleh Hudin
Kuala Lumpur
21F9A8D3-3303-41F8-AB8F-A03292019C66.jpeg
04D6D559-8071-4C36-8232-6AC37F752845.jpeg
D6E523FC-C7CA-42AB-B148-5B00B7E366B7.jpeg
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,421
Reaction score
1,517
Points
201
suasana sekarang tgk ahli politiktaik ni tak habis habis berpolitik...agaknya kalau ada family kena Covid 19 baru nak stop kot...
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,145
Reaction score
9,765
Points
1,746
1584951701527.png


My meeting with Dr M
Khalid Samad
Published 12:21 pm

Modified 12:48 pm



MP SPEAKS | I could see it in his eyes. He was hurt by the betrayal. At 95, I thought he would have seen his fair share of betrayals and would not have been as affected. Yet, although he tried his best to hide it, I could see he was in pain. He sat upright, as usual, no slumping or fidgeting and although I sensed his heart was aching, his face, no, his very demeanour was of a man on a mission.
Sensing perhaps my thoughts on how he was hurting, he quickly asked, "Why did you not come the other day, with the other Amanah leaders?" Yes, there was a visit by the Amanah top five two days before and I was not with them. He must have missed me.

I smiled, slowly turned to look away and quickly replied, "They did not invite me along!" He smirked a bit and expressed surprise. While putting down the folder he held in his hand he asked, "And why not? Are you not one of their top leaders?"


Yet again, I smiled, sensing the opportunity to crack a joke and make this old man laugh. And so this time, while looking straight at his face, I said, "Well, I suspect they thought you might not want to see me" and I laughed while managing to get only a snigger from him. "And why would that be?" he asked, knowing full well, I suspect, that I was reported to have made some remarks which he might not have been too happy with a few days before that.

"Oh, as you know Tun, I speak too often and say too much. And not being reported correctly at that! I was reported to have asked for you to step down, two days after you stepped down!"

And we laughed at the ludicrousness of such a report.

It was Thursday, March 12, 11.05am at Tun's office in Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. I had made an appointment to see him as I was scheduled to give a talk on FB Live at the invitation of Kelab Inspirasiku Mahathir at 9pm that night. I wanted to be clear about some of his views, just in case the moderator asked me about what I thought of him as a person and as a leader. I wanted to try to understand the man.

I went with Azli, my ex-political secretary and the current Shah Alam Amanah branch head. Azli has been the head since 2015 and the head of Shah Alam PAS before that in 2013. All in all, we spent more than 30 minutes with Tun. Just the three of us with Azli keeping quiet most of the time. It was more a one-on-one session, a no-holds barred questioning time with me asking the kind of questions I believed many would have avoided. It was frank, but not brutal.

When we first went into his room, hands outstretched giving our salaams, he replied the salaams but quickly made the namaste gesture with his hands. We quickly did the same, acknowledging the truth in his words, "This coronavirus issue is a serious matter". And so we sat across the table from him, his table as always being full of letters and folders.

After the short exchange as reported above, I started with my questions. Many were asked but I will not reveal them all now. What I will relay is my last question which I put to him, which was "And what do you wish to do now, Tun?" Tun replied that he wants to get back his party, Bersatu which he felt was taken away from him through deceit and treachery.

"And what do you want to do after winning it back, Tun?" I asked, sensing his single-mindedness and seriousness in undertaking this effort. "Do you wish then for Bersatu to remain in PN (Perikatan Nasional) or for it to rejoin Pakatan Harapan?"

He paused for a minute, perhaps thinking that the answer should have been obvious to me and after taking a deep breath, Tun replied, "Back to Harapan".

Yes, I thought to myself, obviously. For his fight, although at such an advanced stage in his life, is to form a new and clean corruption-free Malay political party to replace Umno. To Tun, Umno is a gone case, having been corrupted beyond repair by Najib Razak and his “Cash is King” philosophy. Bersatu was to be a new platform which would accept only the clean leaders from Umno, leaving the corrupt ones to rot with Umno. But to do that, Bersatu must be with the ruling coalition while Umno was left with the opposition. And everything was going as planned, until Muhyiddin, at the beckoning of Azmin, left Harapan and together with Umno and PAS formed PN!






That was why Tun had said, when asked earlier, that Muhyiddin had betrayed not him, but the struggle of the party. For the party was formed with this precise objective and by taking it out of Harapan and forming a PN government with Umno, the struggle was lost. With Umno in the ruling coalition, with more seats than Bersatu, what reason would the Umno leaders have to leave Umno and join Bersatu? It would only be logical that after a short period of time the reverse would occur. After all, they were in the same coalition, what reason would they have to leave Umno?

Tun had already warned Muhyiddin that the Umno leaders will initially agree to all his conditions for the formation of the PN government but once Muhyiddin brings Bersatu out of Harapan, he would be at their mercy! Clearly Tun's prediction has been proven right. Even now, the PN government has been reduced to a coalition, not of political parties but of individual MPs! This means the political parties hold no allegiance to Muhyiddin and as easily and quickly as they came to him, as easily and as quickly, too, the MPs can leave him. No ties, no bonds, but an extra loose coalition of individuals.

Muhyiddin is being made use of. Not only by Najib and his gang of bandits but more so by Azmin. The man who I believe, will do anything to move out of Anwar's shadow and be Prime Minister. Tun realised this and refused to be anyone's stepping stone. Muhyiddin, unfortunately, is not as intelligent or perhaps thought his last hurrah would be as the prime minister of Malaysia and that was more important than the struggle of the party. Yes, perhaps Muhyiddin is not naive or silly, as many think, but simply ambitious instead.

However, be it as it may, his ambition has clouded his thinking. It is obvious he doesn't understand Tun and Tun's seriousness in leaving a political legacy the rakyat can be proud of. Which is a clean and corruption-free Malay political party to replace Umno. That is why Muhyiddin's apology will fall on deaf ears. It is not Tun that you have wronged, Muhyiddin, it is his struggle and sense of purpose. It is what drives him this past few years. You are turning it to dust!

The upcoming 15th general elections will also further put Bersatu in a very disadvantageous position. It will have to negotiate for seats with both Umno and PAS. While both parties have a long history and are well established in all the Malay-majority seats, Bersatu is new. And with no special appeal, the Malay electorate will begin to see its glaring lack of depth in leadership and its ideological similarities with Umno. Its very justification for existence would be questioned.

At the end of the session, I believe I understood Tun's way of thinking. The need for him to regain his party for his objective to be achieved became increasingly clear. However, I could not help but wonder, how many in Bersatu share his vision of a new and clean, corruption-free Malay political party. And how many would be willing to go all the way, like him.

I looked at my watch and it said 11.45am. I remembered the person waiting outside to see Tun, scheduled for an 11.30am meeting. I decided it was time to go. We stood up to say our goodbyes and took a photo as a memento of the meeting and the frank exchanges which occurred. Turning to move away, I then took the opportunity to say to Tun, "Thank you Tun for having appointed me as a minister in your cabinet. Although it was for a short period, I had the opportunity to interact with you and get to know you from a completely different perspective".



He then looked at me, thinking my statement as words of a final parting, and said, "It is not over yet" and smiled. I suppose we will be meeting again and if this 95-year-old is game for taking on PN, then how can I not?



KHALID SAMAD is MP for Shah Alam and Amanah communications director.



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,145
Reaction score
9,765
Points
1,746
1584951980091.png


Ia belum selesai, kata Dr M
Khalid Samad
Diterbitkan Hari ini 1:04 pm

Dikemaskini Hari ini 1:07 pm
A+A-

Daripada renungan mata itu, saya dapat merasai kesedihan yang terbuku di hatinya. Beliau terluka dengan pengkhianatan yang berlaku.

Pada usia 95 tahun, saya fikir beliau tentu mengalami pengkhianatan berkali-kali dan tidak akan terkesan dengan apa yang sedang dilalui sekarang.

Walaupun cuba untuk disembunyikan, saya dapat merasai bahawa Dr Mahathir Mohamad terkesan dengan apa yang terjadi dan beliau sedang kesedihan.

Seperti biasa, beliau duduk di atas kerusi dengan tegak, tidak membongkok ataupun menggerak-gerakkan badannya.

Walaupun saya berasakan hatinya sedang menanggung pilu, kelihatan wajahnya - dan keseluruhan tindak-tanduknya - menggambarkan beliau sebagai seorang yang sedang memperjuangkan sesuatu misi.

Mungkin sebab perasan saya sedang merasai bahawa beliau kesedihan, Tun dengan cepat bertanya: "Kenapa kamu tak datang dengan pemimpin-pemimpin Amanah yang lain tempoh hari?"

Memang dua hari lepas ada lawatan oleh lima pimpinan utama Amanah dan saya tidak ada bersama mereka. Sedar juga dia bahawa saya tidak bersama.
"Takkan Mahathir rindu aku?" saya terfikir.

Ketawa bersama-sama
Saya senyum dan sambil perlahan-lahan berpaling saya menjawab: "Mereka tak menjemput saya bersama!"

Tun kelihatan terkejut. Sambil tersenyum simpul beliau meletakkan fail yang dipegangnya lalu bertanya: "Mengapa? Bukankah kamu juga salah seorang pemimpin tertinggi mereka?"

Sekali lagi saya tersenyum. Saya berasakan inilah peluangnya untuk melawak dan membuatkan lelaki tua ini ketawa.

Sambil memandang tepat ke wajahnya, saya berkata: "Saya rasa mungkin mereka fikir Tun tidak mahu bertemu dengan saya" dan saya tertawa kecil. Beliau sekadar tersengeh.

"Kenapa begitu?" tanya beliau lagi, sedangkan saya yakin dia cukup mengetahui bahawa saya dilaporkan membuat kenyataan yang tidak disenangi beberapa hari sebelum itu.

"Oh, macam yang Tun tahu, saya ni terlalu banyak bercakap dan malangnya apa yang dilaporkan berbeza dengan apa yang dikatakan.

"Saya dilaporkan meminta Tun letak jawatan, dua hari selepas Tun sendiri letak jawatan!"

Dan kami ketawa bersama-sama.






Ianya berlaku pada Khamis, 12 Mac lalu, kira-kira jam 11.05 pagi di pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Saya membuat temu janji untuk bertemu dengan beliau memandangkan saya dijadualkan memberi ceramah dalam FB Live atas jemputan Kelab Inspirasiku Mahathir pada jam 9 malam nanti.

Saya mahu jelas tentang beberapa pandangan beliau agar sekiranya moderator bertanya tentang apa yang saya fikirkan mengenai Mahathir sebagai individu dan sebagai seorang pemimpin. Saya ingin cuba untuk memahami personaliti ini.

Saya pergi bertemu Tun bersama dengan mantan setiausaha politik saya yang juga ketua Amanah Shah Alam, Azli Yusof. Dia menjadi pemimpin Amanah Shah Alam sejak 2015 dan pernah menjadi Yang Dipertua PAS Shah Alam sebelumnya.

Sudah 30 minit kami bersama Tun. Hanya kami bertiga saja. Sepanjang tempoh itu Azli berdiam diri hampir sepanjang masa. Ianya bagaikan sesi hati ke hati, sesi bicara tanpa halangan dan saya tanyakan soalan-soalan yang saya percaya ramai tidak sanggup tanya.

Soalan berterus-terang, tajam tanpa selindung, tetapi masih sopan.

Ketika kami mula-mula masuk ke bilik Tun, kami menghulurkan tangan untuk bersalam seperti biasa, namun dengan cepat Tun membuat isyarat Namaste dengan tangannya. Kami turut melakukan perkara yang sama, sambil mengakui kebenaran dalam kata-kata Tun.

"Isu virus Corona ini perkara yang serius," katanya.

Dan kami duduk di depan meja beliau yang seperti biasa penuh dengan surat dan fail.


Mahu Melayu bebas dari rasuah

Selepas perbualan ringkas seperti yang di atas, saya mula mengemukakan beberapa soalan. Banyak soalan yang ditanya, tetapi saya tidak akan mendedahkan semuanya kali ini.

Cuma apa yang saya mahu sampaikan ialah soalan terakhir saya kepada beliau, iaitu: "Apa yang Tun mahu lakukan sekarang?"

Tun menjawab, apa yang dimahukan ialah mendapatkan kembali parti Bersatu yang dirasakannya telah dirampas daripada beliau melalui penipuan dan pengkhianatan.

"Dan apa yang Tun mahu lakukan selepas berjaya dapatkan semula (Bersatu)?" tanya saya lagi kerana melihat kesungguhannya dalam melaksanakan usaha ini.

"Adakah Tun ingin Bersatu kekal dalam PN (Perikatan Nasional) atau menyertai kembali PH (Pakatan Harapan)?"

Beliau diam seketika, mungkin memikirkan bahawa jawapannya sepatutnya jelas. Setelah menghela nafas panjang, Tun menjawab: “Kembali kepada PH”.

Ya, sudah tentu, fikir saya. Demi perjuangan - walaupun sudah berada di peringkat umur yang agak lanjut - beliau masih mahukan sebuah parti politik Melayu yang baru dan bebas daripada gejala rasuah untuk menggantikan Umno.

Bagi Tun, Umno sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Parti itu rosak hasil kedurjanaan Najib Razak dengan falsafahnya, “cash is king”. Bersatu sepatutnya menjadi platform baru yang akan hanya menerima pemimpin-pemimpin Umno yang bebas daripada rasuah.






Bagi pemimpin yang korup, mereka sepatutnya dibiarkan mereput bersama Umno.

Tetapi untuk itu, Bersatu mestilah berada bersama gabungan yang memerintah sambil Umno kekal sebagai barisan pembangkang.

Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah Azmin Ali mempelawa Muhyiddin Yassin untuk meninggalkan PH dan bergabung dengan Umno serta PAS untuk membentuk PN!

Dan itulah sebabnya - ketika ditanya sebelum itu - Tun berkata Muhyiddin bukan mengkhianati dirinya tetapi mengkhianati perjuangan parti. Ini adalah kerana Bersatu dibentuk dengan objektif yang khusus dan jelas.

Membawa Bersatu keluar dari PH dan membentuk kerajaan PN bersama Umno bermakna matlamat perjuangan parti itu menjadi sia-sia. Dengan keberadaan Umno dalam gabungan parti pemerintah yang sama dengan bilangan kerusi yang lebih banyak berbanding Bersatu, apakah alasan untuk pemimpin Umno meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu?

Secara logiknya, selepas suatu jangka masa yang singkat, kemungkinan yang lebih besar ialah hal sebaliknya akan berlaku. Mereka berada di dalam pakatan yang sama, mengapa perlu mereka meninggalkan Umno?

Enggan jadi batu loncatan

Tun sudah pun mengingatkan Muhyiddin bahawa pada permulaan, pemimpin Umno akan menerima segala syaratnya untuk membentuk pakatan kerajaan PN yang baru, tetapi sebaik saja Muhyiddin menarik Bersatu keluar dari PH, dia akan terpaksa tunduk kepada kehendak mereka!

Ternyata ramalan Tun benar. Pada hari ini, kerajaan PN dijadikan gabungan, bukan antara parti politik tetapi di antara individu, antara ahli parlimen!

Ini bermakna parti-parti politik itu tidak perlu setia kepada Muhyiddin. Sepantas mana mereka bersama Muhyiddin, sepantas itu jugalah wakil-wakil rakyat ini boleh meninggalkan presiden Bersatu itu. Ia tiada ikatan, tiada janji.

Mereka hanyalah satu gabungan sangat longgar melibatkan sekumpulan individu. Muhyiddin sedang dipergunakan bukan sahaja oleh Najib dan sekutunya, malah lebih-lebih lagi oleh Azmin.






Saya percaya dia orang yang sanggup berbuat apa sahaja untuk tidak dibayangi Anwar sekali gus bercita-cita untuk menjadi perdana menteri.

Tun sedar akan hakikat itu dan menolak untuk menjadi “batu loncatan” kepada sesiapa pun.

Malangnya Muhyiddin tidak sebijak itu, atau mungkin juga pada pandangannya, ini adalah peluang keemasan untuk beliau menjadi perdana menteri Malaysia.

Cita-cita itu lebih penting daripada perjuangan parti.

Ya, mungkin Muhyiddin bukanlah bodoh atau naif seperti yang difikirkan sesetengah orang, tetapi beliau adalah seorang yang bercita-cita tinggi.

Namun demikian, impian Muhyiddin hanya mengelirukan diri beliau sendiri. Jelas Muhyiddin tidak memahami Tun dan kesungguhannya untuk meninggalkan legasi politik yang boleh dibanggakan rakyat, iaitu sebuah parti politik Melayu baru yang bersih dan bebas rasuah untuk menggantikan Umno.

Bersatu akan mula dipersoal

Atas sebab itulah permohonan maaf Muhyiddin tidak akan dilayani Tun. Bukan Tun yang telah kamu salahi, Muhyiddin! Ianya adalah perjuangan dan matlamat di sebalik segala usaha Tun. Perjuangan yang mendorong Tun sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dan anda menjadikan kesemuanya berkecai menjadi debu-debu yang berterbangan!

Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti akan meletakkan Bersatu dalam kedudukan yang sangat lemah lagi merugikan. Mereka perlu berunding dengan Umno dan PAS untuk mendapatkan kerusi sedangkan kedua-dua parti ini mempunyai sejarah yang panjang dan mantap dalam semua kerusi majoriti Melayu.

Sedangkan Bersatu masih baru. Tanpa perjuangan yang khusus dan tersendiri, pengundi Melayu akan mula melihat kekurangan Bersatu dalam barisan kepemimpinannya sambil 'ideologinya' pula turut dilihat sama dengan Umno.

Justifikasi berhubung kewujudan Bersatu akan mula dipersoal.

Pada akhir sesi, saya rasa saya memahami cara pemikiran Tun. Keperluan bagi beliau untuk mendapatkan semula parti beliau itu adalah demi mencapai matlamat perjuangannya semakin jelas.



Baca 'Saya tak mahu dengar orang kata PN kerajaan Melayu Islam'



Bagaimanapun, saya agak sangsi, berapa ramai ahli dalam Bersatu yang benar-benar berkongsi visi parti itu yang mahukan politik Melayu bersih dan bebas rasuah?





Berapa ramai pula yang akan sanggup bersama Tun sehingga tercapai matlamat yang diingini beliau?

Saya melihat jam di tangan yang menunjukkan waktu sudah 11.45 pagi. Saya teringat ada yang sedang menunggu giliran di luar. Mereka sepatutnya berjumpa Tun pada jam 11.30 pagi.

Saya kira, sudah sampai masa untuk kami berundur dari bilik itu.

Dengan itu kami berdiri bagi mengucapkan selamat tinggal dan mengambil foto sebagai kenangan pertemuan dan sesi hati ke hati.

Sebelum beredar, saya mengambil kesempatan menyatakan kepada Tun: "Terima kasih Tun kerana telah melantik saya sebagai Menteri di Kabinet Tun. Meskipun untuk tempoh yang singkat, saya mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan Tun dan mengenali Tun dari perspektif yang berbeza."

Dia kemudian memandang saya, memikirkan kta-kata saya itu sebagai kata-kata perpisahan akhir dan sambil tersenyum dia berkata: "Ia belum selesai".

Saya rasa kami akan bertemu lagi. Dan jika peribadi berusia 95 tahun ini sanggup berhadapan dengan PN, mana mungkin saya tidak?



KHALID SAMAD ialah ahli parlimen Shah Alam, pengarah komunikasi Amanah dan bekas menteri Wilayah Persekutuan.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,145
Reaction score
9,765
Points
1,746



Kamarul Yusoff
58 min ·

KHALID SAMAD PULA RAGUI KEMAMPUAN TUN DR MAHATHIR
Bersungguh-sungguh sekali nampaknya Khalid Samad dengan bantuan Malaysia Kini cuba mempropagandakan kononnya Tun Dr Mahathir mahu “mendapatkan kembali BERSATU yang dirasakannya telah dirampas daripada beliau” dan membawa BERSATU “menyertai kembali PH”.
Naratif Tun Dr Mahathir mahu mendapatkan kembali BERSATU dan membawa BERSATU menyertai kembali PH ini dinukil hasil daripada kunjungan Khalid Samad ke atas Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana pada kira-kira jam 11.05 pagi hari Khamis, 12 Mac lalu.
Yang paling kelakarnya ialah turut terselit di dalam propaganda Khalid Samad ini pengakuan ikhlas beliau bahawa beliau agak sangsi berapa ramai di dalam BERSATU yang benar-benar berkongsi visi BERSATU dan berapa ramai pula yang akan sanggup bersama Tun Dr Mahathir.
Jika 20 Mac lalu Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam wawancara dengan CNBC mengaku beliau sekarang sudah tidak lagi percaya kepada Tun Dr Mahathir, kini Khalid Samad pula nampaknya mengaku beliau meragui kemampuan Tun Dr Mahathir untuk mendapatkan kembali BERSATU.
Tidak hormat lagikah pemimpin PH kepada Tun Dr Mahathir?
Dan tidak cukup lagikah mereka memalukan Tun Dr Mahathir?

 
Sponsored Post
Top
Log in Register