Gerakan Peralihan Kuasa Politik Malaysia

CG Sponsors




Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,078
Reaction score
1,877
Points
206
Marzuki dipecat sebagai Setiausaha Agung Bersatu



SHAH ALAM - Datuk Marzuki Yahya dipecat sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa 18 Mac lalu.

Surat makluman pemecatan itu ditandatangani Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan tindakan berkenaan selaras dengan Fasal 13.9 perlembagaan parti terbabit.

Muhyiddin yang juga Perdana Menteri mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Marzuki atas segala sumbangan dan khidmat bakti pemimpin itu sebagai Setiausaha Agung.

Surat berkenaan yang menyatakan pemberhentian Marzuki sebagai Setiausaha Agung itu turut tular di media sosial.

Sementara itu, Marzuki ketika dihubungi media mengesahkan menerima surat berkenaan yang dihantar ke pejabatnya di Yayasan Selangor semalam.

“Ya, saya mengesahkan terima surat itu semalam. Setakat ini tiada komen apa-apa, tunggu apa kata Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Sebelum ini walaupun berada dalam parti sama, Muhyiddin dan Mahathir didakwa berselisih pendapat susulan 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan membawa Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri.

Muhyiddin mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen Bersatu bersama beberapa pemimpin yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dengan membentuk kerajaan Persekutuan bersama UMNO, Pas dan Gabungan Parti Sabah (GPS).

Sementara itu, Mahathir pula mendapat sokongan kumpulan anggota Bersatu yang lain termasuk beberapa ahli Parlimen antaranya Dr Maszlee Malik dan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
5,539
Reaction score
355
Points
91
20 Jun, 2020, besar kemungkinan PPBM mempunyai pengerusi Tun M dan presiden Mukhriz.
Jika benar2 terjadi, agak2 PM8 kena letak jawatan atau camne?
Lompat masuk umno. Jd ahli biasa jer😂
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,016
Reaction score
554
Points
111
berapa byk tread kau boleh click search all thread dlm id aku utk mengetahui berapa byk...

btw, aku sgt berbangga dgn kau arini kerana sudah pandai membela islam berbanding zaman atgna.. tertnya dlm diri ini, apakah kau sudah menerima perjuangan taliban..?
dap upah kao ke?

jika ya brp sen utk setiap post?
 

pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
1,737
Reaction score
451
Points
51
Marzuki dipecat sebagai Setiausaha Agung Bersatu



SHAH ALAM - Datuk Marzuki Yahya dipecat sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa 18 Mac lalu.

Surat makluman pemecatan itu ditandatangani Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan tindakan berkenaan selaras dengan Fasal 13.9 perlembagaan parti terbabit.

Muhyiddin yang juga Perdana Menteri mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Marzuki atas segala sumbangan dan khidmat bakti pemimpin itu sebagai Setiausaha Agung.

Surat berkenaan yang menyatakan pemberhentian Marzuki sebagai Setiausaha Agung itu turut tular di media sosial.

Sementara itu, Marzuki ketika dihubungi media mengesahkan menerima surat berkenaan yang dihantar ke pejabatnya di Yayasan Selangor semalam.

“Ya, saya mengesahkan terima surat itu semalam. Setakat ini tiada komen apa-apa, tunggu apa kata Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Sebelum ini walaupun berada dalam parti sama, Muhyiddin dan Mahathir didakwa berselisih pendapat susulan 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan membawa Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri.

Muhyiddin mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen Bersatu bersama beberapa pemimpin yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dengan membentuk kerajaan Persekutuan bersama UMNO, Pas dan Gabungan Parti Sabah (GPS).

Sementara itu, Mahathir pula mendapat sokongan kumpulan anggota Bersatu yang lain termasuk beberapa ahli Parlimen antaranya Dr Maszlee Malik dan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tanda2 awal geng2 mahathir nak kalah ...... Parti lain dlm ph boleh le start bagi borang keahlian kat depa ni ........
 

hj_maikel

CG Top Poster Club
Joined
May 19, 2010
Messages
29,600
Reaction score
2,228
Points
191
dap upah kao ke?

jika ya brp sen utk setiap post?
sepanjanb membawa mulut menudh sana sini wujud rbalah upahan cybertrooper dap lah bla bla berapa byk yg telah dpt dibuktikan dengan sahih..??
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,120
Reaction score
9,762
Points
1,746




Kamarul Yusoff
Semalam jam 1:45 PTG ·

PEMECATAN DATUK WIRA MARZUKI DARI JAWATAN SETIAUSAHA AGUNG BERSATU ADALAH WAJAR

Dalam satu komen saya pada 7 Mac lalu, bertajuk “Datuk Wira Marzuki Bakal Dipecat Dari Jawatan Setiausaha Agung BERSATU?”, saya menyebut mengenai betapa Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Wira Marzuki Yahya, membuat silap besar bila beliau mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi BERSATU “mempunyai kuasa mutlak memimpin parti”.

Ini kerana, mengikut Perkara 13.9 dan Perkara 16.3.3 Perlembagaan BERSATU, jawatan beliau sebagai Setiausaha Agung BERSATU, begitu juga dengan jawatan-jawatan Bendahari Agung dan Ketua Penerangan BERSATU, adalah dilantik oleh Presiden BERSATU.

Begitu juga dengan 7 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU serta Ketua dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU yang adalah berada di dalam kawalan Presiden BERSATU mengikut Perkara 16.3.4 dan Perkara 16.3.5 Perlembagaan BERSATU.

Malah, Perkara 16.6.1 Perlembagaan BERSATU di bawah tajuk “Tugas-tugas Setiausaha Agung” jelas menyebut bahawa Setiausaha Agung BERSATU adalah “bertanggungjawab kepada Presiden BERSATU” dan bukannya “bertanggungjawab kepada Pengerusi BERSATU”.

Oleh itu, bila Datuk Wira Marzuki sudah tidak lagi mampu untuk “bertanggungjawab kepada Presiden BERSATU” seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan BERSATU adalah tidak mengejutkan bila beliau dipecat selaras dengan Perkara 13.9 Perlembagaan BERSATU.

Rujukan:




1584773262583.png



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,120
Reaction score
9,762
Points
1,746




Kamarul Yusoff
19 jam ·

TUN DR MAHATHIR SUKAR KALAHKAN TAN SRI MUHYIDDIN

Di dalam surat beliau kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan “pemberhentian Datuk Wira Marzuki Yahya daripada jawatan Setiausaha Agung BERSATU adalah tidak sah dan/atau wajar diketepikan”.

Alasan yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir adalah Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) tidak menyatakan dengan jelas akan kaedah bagi Presiden untuk memberhentikan Setiausaha Agung BERSATU.

Kata Tun Dr Mahathir lagi, Seksyen 18c Akta Pertubuhan 1966 dan Fasal 29 Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) memberikan kuasa sepenuhnya kepada BERSATU untuk mentafsirkan Perlembagaan sendiri.

Adalah dipersetujui bahawa Fasal 13.9. Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) tidak menyatakan dengan jelas akan kaedah bagi Presiden untuk memberhentikan Setiausaha Agung BERSATU.

Begitupun, Fasal 29 Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) yang dipetik oleh Tun Dr Mahathir sendiri menyebut dengan jelas bahawa “Jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran Perlembagaan ini atau mana-mana Peraturan yang dibuat di bawah kuasa Perlembagaan ini, maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi adalah muktamad”.

Dan, berdasarkan kepada pengakuan-pengakuan Tun Dr Mahathir sendiri di dalam “Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad”, terbukti bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi adalah padu di belakang Tan Sri Muhyiddin.

Ini adalah pengakuan-pengakuan Tun Dr Mahathir tersebut:
(1) “(Dalam) Majlis Tertinggi saya dapati majoriti hentam saya. Bahkan orang yang benci kepada Muhyiddin tiba-tiba berkata bahawa mereka sekarang ini sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ataupun sebagai pemimpin parti dan tidak saya. Dan ramai jugaklah yang tolak saya.”

(2) “Jadi dalam BERSATU ini terdapat ramai yang nak supaya kita bergabung dengan UMNO… Jadi saya kata kita tunggu sekejaplah, kita tengok satu hari saya letak jawatan, lepas itu nak lawan lawanlah. Tapi pendapat saya itu ditolak.”

(3) “Saya letak jawatan pasal parti saya tolak saya, tolak pendapat saya. Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi saya mintak kita tangguh, jangan kita buat keputusan lagi, kita tangguh dulu. Mereka buat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan dengan kesedaran bahawa kalau kita keluar jatuh kerajaan. Jadi kita buat keputusan macam itu tak sokong saya macam mana saya nak kekal sebagai, apanama, pengerusi parti.”

Oleh itu, berdasarkan pengakuan-pengakuan Tun Dr Mahathir ini, maka nyatalah dalam perselisihan ke atas tafsiran ke atas Fasal 13.9. Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) ini, Tan Sri Muhyiddin akan menang kerana beliau menguasai Majlis Pimpinan Tertinggi dan “tafsiran yang diberikan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi adalah muktamad”.

Walau apa pun, jika sekalipun Tun Dr Mahathir secara tiba-tiba menguasai kembali BERSATU di dalam pemilihan yang bakal berlangsung, ia tidak akan menjejaskan kedudukan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan kerajaan baru pimpinan beliau pun.

Tun Dr Mahathir, di dalam “Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad”, sendiri mengakui: “Jadi tak lama lagi kita ada pemilihan dan mungkin Muhyiddin bertanding dan saya mungkin jugak bertanding dan tengoklah siapa menang, tapi kerajaan tak jatuh. Orang yang menyebelahi dia tu pegang jawatan, jadi kerajaan tak jatuh. Tinggal lagi dia mungkin tak jadi pemimpin BERSATU saja.”

Tegasnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh pendukung kerajaan baru kerana Tun Dr Mahathir akan sukar menang di dalam perebutan pucuk pimpinan BERSATU antara beliau dan Tan Sri Muhyiddin dan jika sekalipun Tun Dr Mahathir menang, kedudukan Tan Sri Muhyiddin dan kerajaan baru pimpinan beliau tidak akan terjejas pun.

Kepada pihak-pihak yang masih mahu bertenggek di atas nama dan pengaruh Tun Dr Mahathir untuk kepentingan mereka, sudah-sudahlah berbuat demikian. Hormatilah penegasan Tun Dr Mahathir sendiri di dalam “Wawancara Eksklusif Sinar Harian Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad” bahawa beliau “hendak rehat”, lebih-lebih lagi di dalam suasana kritikal negara yang sedang berhadapan dengan serangan econovirus ini.



Kamarul Yusoffhttps://m.facebook.com/groups/933299536821772?view=permalink&id=1623113894506996
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,120
Reaction score
9,762
Points
1,746



Haniff Khatri
20 jam ·

Siri : 2017
PEMECATAN MARZUKI YAHYA SEBAGAI SUA & PELANTIKAN HAMZAH ZAINUDDIN SEBAGAI SUA ADALAH DITEGASKAN TIDAK SAH KERANA TIDAK DIPERSETUJUI PENGERUSI BERSATU !!

1. Melalui surat bertarikh 20.03.2020 yang dikeluarkan oleh Pengerusi BERSATU aitu TUN DR MAHATHIR, ianya adalah jelas bahawa kedua-dua proses, yakni pelucutan MARZUKI YAHYA sebagai Setiausaha Agung BERSATU dan pelantikan HAMZAH ZAINUDDIN sebagai kononnya Setiausaha Agung baru BERSATU, oleh Presiden BERSATU iaitu TS MUHYIDDIN YASSIN adalah TIDAK DIPERSETUJUI oleh Pengerusi BERSATU, seperti yang diperlukan di bawah Fasal 13.9 Perlembagaan BERSATU.

(Salinan penuh surat Pengerusi BERSATU 20.03.2020 dimuat naik di Ruang Bawah).

2. Justeru, ianya adalah teramat penting agar tidak ada mana-mana dokumen perubahan jawatan Setiausaha Agung BERSATU dimajukan oleh mana-mana pihak BERSATU kepada pihak PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS) supaya kedudukan MARZUKI YAHYA sebagai Setiausaha Agung BERSATU dikekalkan dulu (to preserve the status quo).

3. Begitu juga, jikapun ada mana-mana dokumen perubahan jawatan Setiausaha Agung BERSATU dimajukan oleh mana-man pihak BERSATU kepada pihak ROS, maka pihak ROS hendaklah tidak melakukan mana-mana perubahan kepada daftar Parti BERSATU supaya kedudukan dikekalkan sehingga adanya peluang penyelesaian dalaman Parti dilakukan (to preserve the status quo).

4. Tambahan pula, yang pertamanya, ROS sendiri telah melalui Arahan bertarikh 16.03.2020 memberi arahan kepada kesemua parti agar tidak ada mana-mana perjumpaaan ataupun majlis ataupun perhimpunan diadakan sehingga 30.06.2020, maka ianya TIDAK MUNASABAH untuk menerima mana-mana perubahan daftar Parti BERSATU yang kononnya berlaku dalam tempoh 16.03.2020 sehingga 30.06.2020 itu kelak.
(Link Kenyataan Media Pendaftar Pertubuhan Malaysia bertarikh 16.03.2020 : https://www.ros.gov.my/…/pdf/Kenyataan-Media-Arahan-Khas.pdf)

5. Yang keduanya, melainkan atas pengecualian bertulis ROS, mana-mana Mesuarat MPT BERSATU pun tidak akan dapat dilakukan sebelum daripada 30.06.2020, lebih-lebih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bertarikh 16.03.2020 yang berkuatkuasa mulai 18.03.2020 sehingga sekurang-kurangnya 31.03.2020, dan sehingga mana-mana tempoh lanjutan jika ada, maka isu kesahihan atau sebaliknya surat pemecatan MARZUKI YAHYA dan pelantikan HAMZAH ZAINUDDIN pun tidak boleh dibincangkan dan diputuskan oleh MPT BERSATU lagi, yang mewajibkan ROS untuk 'preserve the status quo'.
(Link Perintah Gerakan Terkawal bertarikh 16.03.2020 : https://ms.wikipedia.org/…/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Mala…)

6. Akhir sekali, HAMZAH ZAINUDDIN sebagai Menteri Dalam Negeri adalah berada dalam keadaan KONFLIK KEPENTINGAN (conflict of interest) disebabkan pihak ROS adalah badan yang tertakluk kepada Kementerian Dalam Negeri, dan oleh yang demikian, jikapun secara salah ROS meneruskan dengan perubahan daftar BERSATU dan menamakan HAMZAH ZAINUDDIN sebagai pengganti MARZUKI YAHYA di jawatan Setiausaha Agung BERSATU pada bila-bila masa mulai 18.03.2020, maka ianya akan menampilkan alegasi SALAHGUNA KUASA atau MISFEASANS PERJAWATANAN, yang mana TIDAK SIHAT untuk kedudukan dan kredibiliti HAMZAH ZAINUDDIN ataupun Parti BERSATU secara keseluruhannya kelak.



BERPADA-PADALAH DALAM BERPOLITIK & AMALKANLAH POLITIK SIHAT !!
TANPA GUNDAH -GANJARA !!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

1584773488133.png

1584773497288.png


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,120
Reaction score
9,762
Points
1,746




Kamarul Yusoff
17 jam

PEMBERHENTIAN DATUK WIRA MARZUKI MEMENUHI KEHENDAK AKAR UMBI, BUKAN TINDAKAN POLITIK

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberhentikan Datuk Wira Marzuki Yahya daripada jawatan Setiausaha Agung BERSATU pada 18 Mac lalu nampaknya telah digunakan oleh para pemimpin Pakatan Harapan untuk menggambarkan bahawa Tan Sri Muhyiddin tidak peka dengan wabak COVID 19.

Antara pemimpin Pakatan Harapan yang mengkritik tindakan Tan Sri Muhyiddin ini adalah Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, yang secepat kilat mengeluarkan kenyataan media bagi menghentam Tan Sri Muhyiddin yang dikatakan “terus menerus berpolitik dalam suasana negara yang getir ini” dan “lebih mementingkan usaha menguatkan kedudukan kerajaan pintu belakang dan bukannya meletakkan kepentingan rakyat yang lebih utama dalam menghadapi kemelut COVID 9 ini”.

Sebenarnya, tidak seperti yang disangka, tindakan Tan Sri Muhyiddin memberhentikan Datuk Wira Marzuki daripada jawatan Setiausaha Agung BERSATU bukanlah diasaskan kepada perbezaan politik antara Tan Sri Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad serta kepada tindakan Datuk Wira Marzuki menunjukkan sokongan kepada Tun Dr Mahathir di dalam pertikaian antara kedua-dua pemimpin ini.

Pemberhentian Datuk Wira Marzuki daripada jawatan Setiausaha Agung BERSATU ini sebaliknya adalah dilakukan atas tuntutan akar umbi yang sudah lama mahukan beliau diberhentikan tetapi hanya sekarang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin memandangkan beliau didapati gagal melaksanakan tanggungjawab menguruskan parti dengan baik dan telus, khususnya di dalam menguruskan soal keahlian parti, sepanjang beliau memegang jawatan Setiausaha Agung BERSATU.

Jika ditanya kepada mereka, hampir semua Ketua Bahagian dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU mahukan Datuk Wira Marzuki diberhentikan kerana beliau gagal menguruskan pendaftaran keahlian parti dengan baik dan telus. Sepanjang persidangan cawangan BERSATU sejak hujung Februari lalu, ada cawangan BERSATU yang tidak menerima senarai keahlian lengkap, ada ahli yang tidak ditempatkan mengikut keputusan Bahagian BERSATU, malahan aduan-aduan yang dibuat oleh Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU juga gagal ditangani oleh beliau.

Antara contoh spesifik kegagalan Datuk Wira Marzuki adalah kegagalan beliau mendaftarkan hampir 15,000 permohonan keahlian baru menyebabkan para pemimpin Bahagian BERSATU terpaksa beratur panjang di Ibu Pejabat BERSATU akhir tahun lalu untuk memastikan borang keahlian mereka yang memohon menjadi ahli diproses.

Malah, dalam satu perbincangan tidak rasmi di kalangan Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang berlangsung pada 12 Mac lalu, 20 daripada 23 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang hadir meminta Tan Sri Muhyiddin memberhentikan Datuk Wira Marzuki secara serta merta untuk memastikan parti berjalan baik kerana beliau dilihat terlalu lemah sebagai Setiausaha Agung BERSATU.

Tan Sri Muhyiddin waktu itu bagaimanapun masih belum mahu menukar Datuk Wira Marzuki kerana mahu menjaga keharmonian parti, manakala Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Naib Presiden BERSATU pula menawarkan diri untuk bertemu dengan Datuk Wira Marzuki bagi meminta beliau meletakkan jawatan secara sukarela.

Begitupun, desakan meminta Tan Sri Muhyiddin memberhentikan Datuk Wira Marzuki menjadi lebih kuat bila beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden BERSATU di dalam pemilihan parti pada 16 Mac lalu. Ini adalah kerana Datuk Wira Marzuki sepatutnya meletakkan jawatan Setiausaha Agung BERSATU dahulu sebelum bertanding jawatan Timbalan Presiden BERSATU memandangkan sangat tidak wajar dari segi etika untuk seorang Setiausaha Agung bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana jawatan ini akan memberi kelebihan kepada beliau di dalam pemilihan parti.

Selain Setiausaha Agung BERSATU merupakan penghubung di antara Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dan Jawatankuasa Pemilihan Parti, Setiausaha Agung BERSATU juga bertanggungjawab bagi memastikan Persidangan Bahagian BERSATU, Perhimpunan Agung BERSATU dan pemilihan parti berjalan lancar. Jika dalam keadaan biasa pun beliau sudah gagal melaksanakan tanggungjawab beliau dengan baik dan telus maka bila beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden BERSATU lagilah beliau tidak akan mempunyai masa untuk menguruskan parti.

Sebagai kesimpulannya, tindakan Tan Sri Muhyiddin memberhentikan Datuk Wira Marzuki ini bukanlah satu tindakan politik untuk mengenepikan pengaruh Tun Dr Mahathir, apa lagi untuk mengenepikan kepentingan rakyat, tetapi adalah tindakan pentadbiran biasa bagi memastikan pengurusan parti dapat berjalan baik, sekali gus bagi memastikan tumpuan kepada nasib rakyat akan lebih terjaga.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register