BTC USD 59,997.8 Gold USD 1,733.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gerakan Peralihan Kuasa Politik Malaysia 2020 : UMNO Keluar PN

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,399
Reaction score
12,438
Points
1,906
Sukar untuk Warisan halang wakil rakyat mereka ‘melompat’, kata penganalisis

March 3, 2021 7:00 AM

Shafie-Apdal-fmt-180920-1.jpg

Perjanjian atau ikrar kesetiaan yang dibuat setiap calon Warisan sebelum PRN lalu hanya bersifat dalaman, kata penganalisis.

KOTA KINABALU: Penganalisis berpendapat, agak sukar bagi mana-mana parti politik termasuk Warisan untuk menghalang wakil rakyat mereka daripada berpaling tadah selagi undang-undang anti-lompat parti tidak dilaksanakan.

Lee Kuok Tiung daripada Universiti Malaysia Sabah berkata, perjanjian atau ikrar kesetiaan yang dibuat setiap calon Warisan sebelum pilihan raya negeri (PRN) lalu hanya bersifat dalaman dan sesama parti saja.
“Di Malaysia, tidak ada undang-undang anti-lompat parti kerana ia bercanggah dengan Fasal (2)(c) Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sabah ketika di bawah pemerintahan PBS (Parti Bersatu Sabah) suatu ketika dulu adalah negeri terawal memperkenalkan undang-undang anti-lompat parti tetapi tidak boleh diguna pakai kerana bercanggah dengan perlembagaan yang saya katakan tadi.

“Sehubungan itu, perjanjian antara calon dengan parti adalah sesama mereka (Warisan) dan saya lihat ia bawah ‘tort’ saja, sama ada perjanjian dan sumpah itu mempunyai keabsahan hanya dari segi perundangan yang akan menjadi penentu,” kata beliau kepada FMT.

Lee berkata, dalam perlembagaan Sabah juga tiada klausa yang menyatakan seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu perlu meletak jawatan sekiranya mereka melompat parti.

“Kalau ada, sudah pasti kesemua ADUN Upko yang keluar daripada BN (Barisan Nasional) untuk membentuk kerajaan negeri bersama Warisan dulu juga telah letak jawatan.

“Saya memang sangat anti dengan lompat-lompat (parti) ini dan sesekali akan cuba menghalalkan cara sedemikian,” kata beliau.


Lee turut berpendapat, kenyataan Presiden Warisan Shafie Apdal semalam yang menyatakan tindakan susulan akan diambil terhadap ADUN Sebatik Hassan A Gani Pg Amir hanya satu bentuk ugutan atau amaran kepada mana-mana wakil rakyat Warisan yang mahu berpaling tadah.

“Ia seperti pepatah Cina ‘potong ayam untuk takutkan monyet’ tetapi hakikatnya pada hari ini, monyet pun sudah pandai potong ayam,” kata beliau.

Sementara itu, Tony Paridi Bagang daripada Universiti Malaysia Sabah berkata, tindakan susulan Warisan terhadap Hassan perlu diperincikan mengikut lunas undang-undang sedia ada.

Bagaimanapun, katanya, tindakan Warisan itu hanya dilihat bersifat teladan.

”Perjanjian dan ikrar kesetiaan yang dibuat hanya akan menjadi teladan apabila ia dikuatkuasakan secara sukarela mahupun dengan tindakan undang-undang.

“Dengan ini (tindakan susulan kepada Hassan), mesej yang disampaikan oleh Warisan kepada wakil rakyat mereka yang lain adalah jelas.

“Bagaimanapun, isu atau perkara ini harus diperincikan mengikut lunas undang-undang sedia ada kerana pasti ada hujah bahawa hak dan kebebasan diguna pakai dengan merujuk kepada undang-undang tertinggi iaitu perlembagaan,” kata beliau.

Sebelum ini, tular satu video yang menunjukkan Hassan melafaz ikrar kesetiaan selain berjanji akan meletak jawatan sebagai ADUN sekiranya beliau meninggalkan parti.

Video berkenaan turut ditayangkan kepada media oleh Shafie pada Isnin selepas beliau mengadakan pertemuan dengan semua wakil rakyat parti itu.

Beliau kemudian berkata, tindakan susulan akan diambil kerana mendakwa ikrar kesetiaan dan surat peletakan jawatan sekiranya Hassan meninggalkan parti dilafaz serta ditandatangani sendiri oleh ADUN Sebatik itu di hadapan ramai saksi termasuk peguam-peguam parti.

Lafaf ikrar kesetiaan Hassan itu didakwa dibuat September lalu, iaitu sebelum hari penamaan calon PRN Sabah.

Semalam, Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua menghantar surat peletakan jawatan Hassan ke pejabat DUN Sabah.

Dalam perkembangan sama, Hassan menerusi Facebook mengesahkan beliau melafazkan sumpah kesetiaan itu namun mendakwa ia dibuat dalam keadaan terpaksa.

“Hari ni viral video aku janji dan sumpah saya di media sosial. Betul, saya bersumpah tapi sumpah ini tidak sah kerana terpaksa, sekiranya saya tidak bersumpah, saya tidak akan dicalonkan,” kata beliau pada Isnin.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,399
Reaction score
12,438
Points
1,906
1f4cc.png
ADUN Sebatik dengan jelas nyatakan tiada niat untuk kosongkan kerusi DUN di sebalik tindakan keluar Parti Warisan - Speaker DUN Sabah
1f4cc.png
Speaker DUN Sabah sahkan ADUN Sebatik kekal wakil rakyat bebas sokong GRS

1614745010224.png
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,860
Reaction score
2,719
Points
206
Ahli Parlimen Mas Gading nafi lompat parti

1074417.jpg


PETALING JAYA : Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimbol mendedahkan peruntukan kawasan merupakan punca segelintir wakil rakyat pembangkang melompat parti dan kemudian menyokong blok kerajaan.

Tegasnya, setiap wakil rakyat mempunyai alasan tersendiri sama ada untuk melompat atau kekal dalam parti diwakili ketika pilihan raya umum lalu termasuk membabitkan isu peruntukan kawasan parlimen masing-masing.

Katanya, dari dulu hinggalah sekarang, hanya wakil rakyat kerajaan sahaja menerima peruntukan sedangkan tidak kepada wakil pembangkang.

“Maka itulah salah satu modal yang digunakan untuk memancing wakil-wakil rakyat dari blok pembangkang. Ini adalah sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian.

“Wujudnya kerajaan pintu belakang hari ini adalah kesan daripada sikap segelintir pihak pentingkan diri dan tamakkan jawatan sehingga lupa nasib rakyat. Contohnya di Mas Gading, rakyat kawasan ini menjadi mangsa adegan lompat parti. Lain pihak yang buat hal, lain kawasan yang kena tanggung.

“Dengan sekelip mata, Mas Gading menjadi kawasan ahli Parlimen pembangkang dan serta-merta peruntukan bagi kawasan ini ditarik balik. Kenapa tidak ditarik balik elaun wakil rakyat yang melompat?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mordi menafikan akan melompat parti disertainya iaitu DAP dan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Tegas beliau, khabar angin itu tidak benar dan masih teguh sebagai wakil rakyat DAP serta Pakatan Harapan (PH) serta akan terus bersuara dan berkhidmat untuk rakyat yang saya wakili terutamanya di Mas Gading.

“Baru-baru ini, ramai yang telah dikejutkan dengan khabar angin bahawa saya bakal melompat untuk memberi sokongan kepada kerajaan. Saya tegaskan di sini, itu tidak benar. Saya masih teguh sebagai wakil rakyat DAP serta PH.

“Masalah kesihatan sedikit mengganggu prestasi saya tapi bukan prinsip saya. Saya terlibat dalam politik bukan atas dasar minat, tapi tanggungjawab dan yang menghantar saya ke Parlimen adalah rakyat Mas Gading,” katanya.

Beliau menambah, meskipun mengharungi lautan politik Malaysia yang bergelora namun tidak pernah sedikit pun melunturkan semangat perjuangan bersama DAP.

“Walau sekuat mana sekalipun dipukul ombak kecaman, ditiup ribut tuduhan, kapal DAP tetap teguh menyusur lautan kebenaran. Pengalaman ini membuatkan saya bertambah yakin dengan kapal yang saya naiki selama ini.

“Walaupun tidak mewah, tetapi dikemudikan dengan jujur, adil, dan amanah. Bersama 41 orang ahli Parlimen DAP yang lain, kami akan terus kuat berpegang pada prinsip perjuangan parti dan mempertahankan mandat yang telah diberikan oleh rakyat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,860
Reaction score
2,719
Points
206
Kerjasama UMNO-DAP formula menang PRU-15

umno-dap-joint-malaysia-3.jpg


PUTRAJAYA: Jajaran politik baharu yang membabitkan kerjasama UMNO-DAP difikirkan oleh sesetengah pihak adalah formula kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, mengikut pandangan mereka, jajaran baharu itu akan membentuk kerajaan dengan majoriti yang kuat dengan gandingan mantap wakil rakyat pelbagai kaum.

“Atas kertasnya memang nampak begitulah, kerana UMNO boleh tarik undi Melayu, DAP dapat sokongan padu pengundi Cina manakala PKR melengkapkan kedua-duanya.

“Calon Perdana Menteri pula akan ditentukan selepas mereka menang kelak dan pastinya harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri lebih tinggi di bawah UMNO jika dibandingkan semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menerajui Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata, begitupun, satu persoalan yang mungkin boleh mengganggu perkiraan ini ialah penerimaan ahli dan penyokong UMNO ke atas kerjasamanya dengan DAP dan Anwar.

Ini kerana, katanya, sejak sekian lama mereka diindoktrinasi dengan fahaman bahawa kedua-duanya adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu dan kepada UMNO.

Namun, beliau menjelaskan, sekiranya pemimpin UMNO dapat meyakinkan ahli dan penyokong mereka mengenai keperluan dan kewajaran kerjasama tersebut, maka ini mungkin boleh menjadi kenyataan.

“Apa pun, ia adalah satu perjudian yang sangat besar di pihak UMNO jika ini berlaku,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,072
Reaction score
590
Points
171
Kalaulah UMNO geng dgn PKR aku rasa PRU15 berkemungkinan akan jadi pertandingan 3 penjuru:

Team 1 - Bersatu, PAS & GPS
Team 2 - PKR & UMNO
Team 3 - DAP, Amanah, Pejuang & Warisan

Undi melayu akan pecah habis. DAP akan dpt undi bukan melayu.
 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,787
Reaction score
654
Points
116
Kalaulah UMNO geng dgn PKR aku rasa PRU15 berkemungkinan akan jadi pertandingan 3 penjuru:

Team 1 - Bersatu, PAS & GPS
Team 2 - PKR & UMNO
Team 3 - DAP, Amanah, Pejuang & Warisan

Undi melayu akan pecah habis. DAP akan dpt undi bukan melayu.
aku rasa Warisan akan back up Team 1
 

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
8,557
Reaction score
186
Points
83
umno selagi geng kluster berkuasa... menang banyak kerusi pun.. tetap lemah...
 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
3,011
Reaction score
689
Points
81
umno selagi geng kluster berkuasa... menang banyak kerusi pun.. tetap lemah...

kalau kamu nak umno lemah, kamu kena pastikan geng kluster terus berkuasa.. simple...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register