Mn tahan kena asak teruk ngn org kmpgADUN Sebatik umum keluar parti WARISAN
View attachment 346754
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A Gani Pg Amir hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN), atas alasan parti itu masih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat.
Beliau kini seorang ADUN Bebas yang menyokong kerajaan negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.
"Saya melihat perkara yang diperlukan oleh negara pada hari ini adalah kestabilan politik. Kestabilan ini penting untuk memastikan kerajaan dapat memberikan sepenuh perhatian dalam menangani COVID-19 dan menjaga kesejahteraan rakyat.
"Saya amat dukacita melihat pendirian WARISAN yang dilihat masih bermain dengan rentak politik Pakatan Harapan (PH) yang mengutamakan kepentingan politik berbanding kesejahteraan rakyat yang terbeban dengan isu COVID-19." katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di sini, hari ini.
Susulan tindakan Hassan A Gani menyokong GRS, gabungan itu yang dianggotai parti komponen Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah kini memiliki sokongan 48 ADUN daripada keseluruhan 79 ADUN negeri tersebut.
Hassan A Gani berkata, antara punca yang amat mengecewakan dirinya ialah tindakan WARISAN menolak Belanjawan 2021 di Parlimen yang menurut beliau jelas membelakangkan kepentingan rakyat terutama dalam usaha menangani COVID-19.
"Segala usaha dibuat kerajaan menangani COVID-19 memerlukan peruntukan melalui bajet yang dibentangkan… cukup-cukup sudah bermain politik, masa ini kesejahteraan rakyat perlu diutamakan," katanya.
Beliau berkata, tindakan kepemimpinan WARISAN yang membelakangkan pemimpin dan ahli akar umbi termasuk ADUN parti itu terutama dalam usaha menyuarakan kepentingan rakyat juga menyebabkan beliau mengambil keputusan meninggalkan parti berkenaan.
"Saya juga membuat keputusan keluar daripada arti (WARISAN) demi membantu rakyat di kawasan yang saya wakili. Saya akan lebih senang membantu rakyat apabila menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan GRS," katanya.
Hassan A Gani berkata, beliau membuat keputusan itu tanpa desakan mana-mana pihak dan percaya kerajaan negeri ditadbir GRS kini dapat membantu rakyat Sabah terutama penduduk di kawasan yang diwakilinya. - BERNAMA
![]()
ADUN Sebatik umum keluar parti WARISAN | Berita Harian
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A Gani Pg Amir hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN), atas alasan parti itu masih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat.www.bharian.com.my
Amanah, PKR di Johor tidak bergolak
![]()
JOHOR BAHRU - Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menafikan hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang bergolak.
Ia susulan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Amanah iaitu ADUN Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim; ADUN Serom, Dr Faizul Amri Adnan dan ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit bertindak keluar parti pada Sabtu untuk menyertai PKR.
Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata, tindakan tiga ADUN berkenaan tidak akan memberi kesan kepada Pakatan Harapan Johor yang kini dalam rundingan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Tiada pergolakan Amanah dengan PKR. PH Johor kini sedang berunding bagi pengagihan kerusi DUN dan Parlimen. Saya yakin dengan semangat setiakawan dalam PH Johor.
"Tindakan tiga ADUN dari Amanah yang menyertai PKR tidak akan merencatkan usaha PH memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, apatah lagi jika kami diberikan peluang pada PRU15 nanti," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Ibu Pejabat Amanah Johor di Skudai pada Isnin.
Aminolhuda yang juga ADUN Parit Yaani berkata, beliau menyerahkan kepada pimpinan Pusat bagi menentukan tindakan yang akan dikenakan kepada ketiga- ketiga ADUN tersebut.
"Amanah Johor menerima alasan yang diberikan ADUN terbabit di mana Khairuddin difahamkan menyatakan alasannya untuk bertanding di Parlimen bagi mana- mana kerusi bersama PKR.
"Saya tidak boleh kata apa-apa sebab itu pilihan mereka, cuma saya akan serahkan kepada Amanah Pusat bagi menentukan tindakan terhadap ADUN berkenaan," katanya.
Pada Ahad, Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan tiga ADUN dari Amanah melompat parti dan menyertai PKR boleh menjejaskan hubungan parti dalam PH.
Mujahid meminta Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneliti permohonan ketiga-tiga ADUN itu bagi menjaga hubungan baik antara parti dalam PH.
![]()
Amanah, PKR di Johor tidak bergolak
JOHOR BAHRU - Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menafikan hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang bergolak. Ia susulan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Amanah iaitu ADUN Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim; ADUN Serom, Dr Faizul Amri Adnan dan ADUN Mahkota...www.sinarharian.com.my