BTC USD 96,924.8 Gold USD 2,884.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gerakan mungkin boleh menang jika PAS, Bersatu beri laluan kerusi Melayu, kata penganalisis

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,734
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,734
Reaction score
6,745
Points
881
Awards
1
Gerakan mungkin boleh menang jika PAS, Bersatu beri laluan kerusi Melayu, kata penganalisis

Namun Azmi Hassan berpendapat ketika ini sukar untuk PAS dan Bersatu memberi laluan kepada Gerakan di kerusi majoriti pengundi Melayu.

Mohamad Fadli25 Sep 2024, 07:30 AM
Free Malaysia Today
Pada PRU15 Gerakan tewas di semua kerusi Parlimen ditandinginya dan hanya menang DUN Kulim menerusi Wong Chia Zhen. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Penganalisis berpendapat Gerakan boleh mencipta kejutan menang sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen dan dua DUN di setiap negeri pada PRU16, jika diberi laluan oleh PAS dan Bersatu bertanding kerusi majoriti pengundi Melayu.

Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata namun beliau melihat sukar untuk Gerakan diberikan ‘talian hayat’ itu dan diberi sokongan oleh rakan komponennya dalam Perikatan Nasional (PN).

“Lebih baik Gerakan bertanding di kawasan Melayu tetapi terpulang kepada PAS dan Bersatu untuk beri (laluan) atau tidak kepada Gerakan.

Tidak banyak kerusi (majoriti Melayu) Gerakan boleh bertanding dan kebanyakan mungkin di kawasan sukar dimenangi Bersatu dan PAS yang pengundi Melayu kurang 50%,
katanya kepada FMT.

Play

Ahad lalu, Presiden Gerakan Dominic Lau menyasarkan menawan sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN yang boleh dimenanginya di setiap negeri pada pilihan raya akan datang.

Pada PRU15, Gerakan tewas di semua kerusi Parlimen ditandinginya, dan hanya menang satu kerusi DUN, iaitu Kulim menerusi Wong Chia Zhen, yang kini menjadi exco dalam kerajaan Kedah pimpinan Sanusi Nor.

PAS dan Bersatu pula menguasai banyak kerusi majoriti Melayu baik Parlimen atau DUN sehingga menguasai Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis.

Menyokong hujah Azmi, Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata kemenangan itu juga boleh dicapai jika Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bertanding solo.

“Jika PH dan BN bergerak solo, maka Gerakan ada peluang 50-50.

Tapi kena dapat sokongan PAS dan Bersatu terutama untuk menambah undi Melayu,
katanya.

Mohammad Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya pula berpendapat sasaran Dominic diibaratkan ‘mimpi di siang hari’ berdasarkan kedudukan Gerakan yang lemah dan tenggelam dalam PN.

Malah, katanya peranan Gerakan mungkin boleh diambil PAS yang telah meminda perlembagaan dengan membuka keahlian kepada orang bukan Islam menyertainya sebagai ahli bersekutu.

Jika PAS menilai kedudukannya yang kuat dalam PN, parti itu tidak perlu bantuan Gerakan,
katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register