mrzack
Active Member
- Messages
- 2,245
- Joined
- Mar 6, 2008
- Messages
- 2,245
- Reaction score
- 5
- Points
- 25
KUALA LUMPUR: Parti Gerakan mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan dan undang-undang antikeganasan diperkenalkan, seperti cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Perkara itu antara lima resolusi utama diluluskan persidangan perwakilan kebangsaan ke-37 parti itu yang berakhir di sini hari ini.
Selain resolusi itu, persidangan juga meluluskan resolusi mengenai politik, ekonomi, hal ehwal parti dan pendidikan.
Persidangan tiga hari itu menggesa agar Akta AntiKeganasan itu tertumpu kepada langkah pencegahan dengan menahan mereka yang melakukan tindakan keganasan dan juga meliputi perlindungan seperti hak kepada semakan penghakiman dan pelantikan peguam bagi tahanan.
Dalam menggalakkan keharmonian agama dan etnik, Gerakan bercadang menubuhkan pasukan pakar untuk memberikan input kepada parti bagi merumuskan kod tatalaku Barisan Nasional (BN).
Parti itu bercadang mengadakan dialog tetap dengan pelbagai badan agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai pelbagai isu kebimbangan bersama serta menggubal dan menguatkuasakan undang-undang terhadap penerbitan dan ahli politik yang mengganggu-gugat keharmonian antara kaum dan agama.
- Bernama
sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/20081012133921/Article
@baguslah. aku harap pucuk pimpinan tinggi BN dengar gesaan sebegini. jangan tolak mentah-mentah.