dloanman
CG Top Poster Club

- Messages
- 43,202
- Joined
- Apr 15, 2012
- Messages
- 43,202
- Reaction score
- 4,535
- Points
- 266
- Awards
- 1
30 Gerai Penjaja Bawah Pokok Subang Perdana meluahkan rasa KECEWA dengan Wakil Rakyat dan Ahli Majlis MBSA untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Ini kerana, gerai mereka bakal dilenyapkan dari peta Subang Perdana oleh MBSA tanpa ada tawaran lokasi baru setelah 15 tahun mereka berniaga..
Malah, pihak penjaja juga tidak ada sebarang perjumpaan dan perbincangan daripada pihak wakil rakyat & ahli majlis berhubung perkara ini, namun secara tiba-tiba gerai mereka bakal dirobohkan atas arahan orang atasan.
Selepas Wakil Rakyat PH tidak mempedulikan hal peniaga Subang Perdana ini, Sekretariat NGO IKHLAS MALAYSIA akan cuba mendapatkan pertolongan "Hero Malaya" iaitu Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Datuk Dr Akmal Saleh dan akan serahkan memorandum ke Pejabat Pemuda UMNO Malaysia di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur dalam masa yang terdekat untuk membantu menyelesaikan masalah gerai penjaja yang akan dirobohkan pada bila-bila masa oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Semasa taklimat awal diberikan Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah menyarankan kepada semua 30 penjaja untuk membuat laporan polis dengan kadar segera supaya kes ini lebih mudah untuk diselesaikan.
KPUM dilihat hero dalam membantu membela "abang belon", jadi tidak boleh menjadi sebab kenapa penjaja subang perdana ini yang berbangsa Melayu tidak boleh dibela pula, kata Ridzuan.
sumber - https://www.facebook.com/share/v/1HZqfWvjPL/