Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 63,439
Top Poster #2
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 63,439
- Reaction score
- 7,018
- Points
- 916
- Awards
- 1
17.06.2024 - Sekumpulan penjenayah bertindak merompak sebuah kedai emas di pusat beli-belah Plaza Metro Kajang dekat Kajang, Selangor sebelum berjaya melarikan sejumlah barang kemas pada Isnin. Suspek didakwa memasuki premis dengan memakai topi keledar dan jaket berlengan panjang dan hanya mengambil masa beberapa minit untuk merompak premis berkenaan. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.45 petang itu bagaimanapun tular di media sosial apabila orang ramai sempat merakam video kejadian itu. Rompakan tersebut membabitkan premis yang terletak di bahagian aras dua pasar raya berkenaan. Difahamkan salah seorang daripada mereka mempunyai objek serupa senapang sekali gus menyebabkan keadaan di pasar raya itu menjadi tegang.
Suspek kes rompak kedai emas Kajang maut ditembak
KAJANG - Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam rompakan sebuah kedai emas di Plaza Metro Kajang beberapa bulan lalu maut ditembak polis berdekatan susur masuk Plaza Tol Sungai Balak di Lebuhraya Kajang Silk pada Selasa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sedang menjalankan rondaan di lokasi berkenaan.
Beliau berkata, pasukan terlibat kemudiannya cuba menahan kenderaan dipandu suspek.
"Suspek bagaimanapun enggan berhenti sebelum melepaskan tembakan ke arah pihak polis.
"Berlakunya kejadian tembak menembak antara suspek dan pihak polis sebelum suspek maut ditembak," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Katanya, seorang anggota polis turut terkena tembakan dilepaskan suspek namun tidak mengalami kecederaan kerana memakai baju kalis peluru.
"Suspek merupakan seorang lelaki tempatan berumur pertengahan 30-an selain semakan mendapati suspek memiliki enam rekod jenayah samun.
"Selain itu suspek dipercayai terlibat dalam kejadian samun di kedai emas di Plaza Metro Kajang beberapa bulan yang lalu," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Artikel Sinar Harian
Kedai Emas Di Rompak Rugi RM3.2 Juta
18.06.2024 - Pemilik kedai emas yang dirompak empat 'pengawal keselamatan' bersenjata di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam, mengalami kerugian lebih RM3.2 juta. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata, polis sedang giat mengesan kesemua suspek yang masih bebas.
"Berdasarkan laporan dan siasatan dijalankan mendapati kerugian dianggarkan sebanyak RM3.2 juta. Sehingga kini tujuh saksi sudah diambil keterangan dan akan ada beberapa orang saksi lagi akan dirakam keterangan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Harian Metro semalam melaporkan, empat lelaki berpakaian seperti pengawal keselamatan merompak kedai emas di sebuah pusat beli belah di sini, pada jam 3.17 petang. Mohamad Nasir dilaporkan berkata, kesemua suspek memakai topeng dan bersarung tangan gelap masuk ke premis di tingkat satu dan terus memecahkan cermin pameran emas menggunakan tukul besi dan mengambil barang kemas. Beliau berkata, semasa kejadian suspek dipercayai membawa dua pucuk pistol dan selaras senapang serta melepaskan satu das tembakan ke arah dinding premis. Katanya, kesemua suspek kemudiannya melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah pusat beli-belah berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).
Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/06/1101887/kedai-emas-dirompak-rugi-rm32-juta
Last edited: