Geng: Pengembaraan Bermula official trailer...

CG Sponsors




Sponsored Post

asrul07

Active+ Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
3,055
Reaction score
3
Points
25
lama nak wat citer ni..arap2 berbaloi ler..
 

sekam padi

Super Active Member
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,899
Reaction score
252
Points
91
Animasi 3D pertama telan RM4j.....

AKHIRNYA penantian penggemar karakter Upin dan Ipin berpeluang memenuhkan panggung wayang bulan depan apabila syarikat animasi tempatan, Les Copaque Production berjaya menghasilkan filem animasi 3D pertama iaitu Geng: Pengembaraan Bermula yang menelan belanja RM4 juta.

Filem animasi 3D sulung terbabit menggunakan dua perisian penting termasuk Maya dan MentalRay selain animasi pertama yang menggunakan teknik perkomputeran grid dibekalkan penyedia teknologi tempatan, Mimos Bhd.


Menurut Pengarah Kreatif dan Pemasarannya, Mohd Nizam Abdul Razak, Mimos memainkan peranan penting dalam menawarkan perkakasan perkomputeran grid yang membantu teknik ‘render’ bagi menghasilkan animasi berkualiti tinggi.

“Perkakasan berjuta-juta ringgit oleh Mimos memberi peluang kepada kami melakukan teknik render yang mengurangkan masa pembikinan animasi 3D kerana kebiasaannya ia mengambil tempoh lebih setahun.

“Namun, melalui perkomputeran grid, tempoh masa terbabit berjaya dikurangkan ke enam hingga lapan bulan saja yang secara tidak langsung menjimatkan kos operasi,” kata Nizam.

Filem 90 minit yang dijangka ditayangkan serentak di 55 pawagam seluruh negara 12 Februari ini menggunakan 40 tenaga kerja berbanding ratusan kru yang bekerja untuk menghasilkan animasi terhebat seperti Toy Story dan Incredible.

Nizam berkata, syarikatnya berharap mendapat kutipan lebih enam RM6 juta memandangkan jenama animasi serta kekuatan siri Upin dan Ipin sudah bertapak di negara ini.

“Kualiti yang dihasilkan melalui teknologi tempatan menyamai standard filem animasi Hollywood malah kos menghasilkannya lebih murah jika dibandingkan di sana (Amerika Syarikat),” katanya.

Kata Nizam, beberapa negara lain kini berminat menggunakan Malaysia sebagai hab untuk mencipta siri atau filem animasi 3D memandangkan kosnya lebih berpatutan.

“Kami sudah bekerjasama dengan Indonesia dan menunggu projek animasi lain apabila Argentina, Korea dan syarikat televisyen Hollywood seperti Disney dan Nickelodeon berminat untuk mendapatkan animasi kami,” katanya.
 

z3t_ex

Active+ Member
Joined
Feb 27, 2008
Messages
3,601
Reaction score
32
Points
30
pergghh..masyuk giler pilem nie..
 

sarawak_lineup

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2008
Messages
5,217
Reaction score
107
Points
88
tgk making kat astro mcm menarik jer...
conpom layan ni...:)cgrock:)paid
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
aku menunggu:D:D
 

levitez

Legendary Member
Joined
May 28, 2007
Messages
14,102
Reaction score
15
Points
115
perghhh...4 juta. dapat tak cover balek tu...huhuhu...:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register