Geng Makcik Mengaji Belajar Bahasa Mandarin

Recommended Brokers


Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,201
Reaction score
2,104
Points
226
09.10.2019 - Kepala Batas, Video gelagat sekumpulan mak cik yang berpakaian sedondon mengikuti kelas bahasa Mandarin mencuri perhatian warganet sejak tiga hari lalu.

Video berdurasi 2 minit itu memaparkan kumpulan tersebut mempelajari asas bahasa Mandarin daripada seorang bekas guru sebaik selesai mengikuti kelas mengaji al-Quran dan tajwid di sebuah rumah guru agama di Padang Cempedak, Tasek Gelugor di sini.

Video yang dimuat naik di laman Twitter oleh Aina Zulaikha Sobri, 21, dengan keterangan 'Comel gila mak aku ajar Mandarin dekat mak cik-mak cik' mendapat pelbagai reaksi positif, malah ada yang kagum dengan kebolehan emaknya berbahasa mandarin.

Aina Zulaikha ketika dihubungi Sinar Harian tidak menyangka video dirakam ustazah yang mengajar kumpulan wanita berkenaan mengaji menjadi tular di laman sosial.

Pelajar jurusan Pengajian Perniagaan di Universiti Teknologi Mara Arau itu berkata, emaknya, Ropia'ah Othman, 59, sebelum ini mengajar bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Chin Hwa, Pinang Tunggal dan baharu sahaja bersara beberapa tahun lepas.

"Video tu diambil selepas mereka habis kelas mengaji. Ada di antara kawan mak yang minta dia ajarkan mereka perkataan asas dalam bahasa Mandarin.

"Tak sangka video yang baharu dimuat naik kelmarin (tiga hari lalu) mendapat lebih 200,000 tontonan, lebih 10,000 tanda suka dan 8,859 ulang kicau," katanya.


Berita asal https://www.sinarharian.com.my/article/50751/BERITA/Warna-warni-Kehidupan/Geng-mak-cik-mengaji-belajar-bahasa-Mandarin
 
Sponsored Post

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
8,739
Reaction score
166
Points
78
Hahahaha..terbaik makcik2 ni buat benda faedahkan,lawakpun ada yerlah dari membawangkan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register