BTC USD 38,398.8 Gold USD 1,812.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Geng Latin tumpas

ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
AMPANG: Sekumpulan empat warga Amerika Latin termasuk seorang wanita berasal dari Bolivia, Costa Rica dan Mexico dicekup selepas memecah masuk sebuah rumah pesara kerajaan di Jalan Chong Kong Lin 2, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, semua mereka yang berusia antara 25 dan 45 tahun itu didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial sebagai pelancong sebelum mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah.


Katanya, dalam kejadian itu, semua mereka dicekup ketika memecah masuk rumah seorang pesara kerajaan yang pulang ke kampung untuk berhari raya, kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, ketika diserbu, wanita dan seorang lagi rakan lelakinya menunggu di dalam sebuah kereta Proton Persona di luar pagar rumah sementara dua lagi berada di dalam rumah itu.


“Mereka cuba melarikan diri dengan memecut kereta berkenaan sebaik diserbu namun polis menahan mereka selepas kereta dipandu terbabas di bahu jalan berkenaan.


“Rakan mereka yang berada di dalam rumah pula yang menyedari kehadiran polis segera melompat keluar dari rumah sebelum melarikan diri ke kawasan semak di belakang rumah itu,” katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka turut ditahan.


Abd Jalil berkata, siasatan awal mendapati ahli wanita dalam kumpulan itu ditugaskan untuk membuat pemeriksaan ke atas rumah yang ingin dipecah masuk dengan cara menekan loceng.

Katanya, jika rumah itu berpenghuni, pasti tiada siapa akan menjangka wanita berkenaan mempunyai niat jahat.


“Wanita itu sebaliknya akan bertindak mengugut mangsa dengan parang sebelum mengarahkan tiga rakan lain menggeledah rumah berkenaan,” katanya.


Menurutnya, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 456 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah. Sementara itu, dalam kejadian berasingan, taktik licik seorang lelaki warga emas dari Peru meragut seorang wanita di sebuah restoran di sebuah stesen minyak berhampiran Hospital Ampang Puteri, di sini, tidak menjadi apabila dia dicekup orang awam selepas cuba melarikan diri sebaik tindakannya disedari pelanggan di restoran berkenaan, Rabu lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu, suspek yang berusia 57 tahun datang ke restoran berkenaan sebelum mendekati mangsa yang sedang makan bersama keluarganya.


Ketika mangsa sedang leka menjamah makanan, suspek memaklumkan kepada mangsa kononnya wangnya tercicir di atas lantai sebelum cuba mengambil beg tangan mangsa.


Abd Jalil berkata, ketika suspek cuba menarik beg tangan mangsa, orang ramai yang menyedari tindakannya terus menerpa ke arahnya.


“Suspek cuba melarikan diri, tetapi gagal. Dia diserahkan kepada polis,” katanya.


Menurutnya, siasatan mendapati suspek memasuki negara ini melalui sempadan pintu sempadan di Rantau Panjang, Kelantan.


Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
 
Sponsored Post

kubukuat

Fun Poster
Joined
Oct 16, 2010
Messages
150
Reaction score
0
Points
10
berani betul sampai buat jenayah kat negara woranggg...
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
AMPANG: Sekumpulan empat warga Amerika Latin termasuk seorang wanita berasal dari Bolivia, Costa Rica dan Mexico dicekup selepas memecah masuk sebuah rumah pesara kerajaan di Jalan Chong Kong Lin 2, di sini, kelmarin.

cuba tanya dia apa makna akademi :))
 

saxxon

Active+ Member
Joined
Feb 17, 2008
Messages
3,975
Reaction score
44
Points
35
Negara kita nampak nya dah jadi sasaran tempat buat jenayah oleh foreigners ni... yang datang dari tanah seberang dan lain2 negara termasuk afrika ... kali ni geng latino lak ... mungkin 1 hari nanti geng eskimo lak datang sini
 

akukurt

Legendary Member
Joined
Feb 9, 2010
Messages
10,593
Reaction score
60
Points
120
geng2 latin la pulak... mamat hitam nigga ramai duk skam kat mehsia...
 

hamtaro77

Active Member
Joined
Oct 28, 2008
Messages
2,266
Reaction score
25
Points
35
siot...masuk tempat orang wat jenayah lak...
hambik kau...kasi lumat kaw2 dalam balai tue
 

matt71

Fun Poster
Joined
Apr 19, 2010
Messages
307
Reaction score
0
Points
10
kerajaan kena tapis dan awasi warga asing yang ada di mesia nih, jangan depa buat dajal kat sini.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register