am kurizawa
Active+ Member
- Messages
- 2,708
- Joined
- Jul 4, 2009
- Messages
- 2,708
- Reaction score
- 15
- Points
- 25
IPOH – Beberapa kes bunuh yang melibatkan penggunaan senjata api yang berlaku di Taiping sejak akhir-akhir ini rupa-rupanya berpunca daripada pertelingkahan dua kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah bagi merebut kawasan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar) berkata, siasatan polis mendapati sekurang-kurangnya empat kes bunuh termasuk yang terbaharu pada Isnin lalu yang berlaku di bandar ini berpunca daripada masalah perebutan kawasan oleh dua kumpulan kongsi gelap berkenaan.
“Walaupun setakat ini kes tembak dan pembunuhan itu hanya melibatkan anggota kedua-dua kumpulan terbabit, kejadian jenayah itu telah mengganggu ketenteraman awam kerana dilakukan secara terbuka terutamanya di restoran.
“Oleh itu, satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim ditubuhkan bagi menangani masalah tersebut,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam.- kosmo