BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gemuruh yg melampau

Masalah Sihir, Santau, Saka, Gangguan Jin dan Mainan Makhluk Halus bukanlah perkara baru dalam dunia Melayu. Semua orang tahu dan sedar tentang perkara ini. Hanya segelintir sahaja yang merasakan bahawa dizaman moden ini semua itu adalah tahyul dan karut semata-mata.

Namun walau apapun kebanyakannya mengakui bahawa perkara ini masih wujud. Ia juga diakui oleh pengamal perubatan moden yang kadangkala menerima pesakit yang sukar untuk dirawat dengan kaedah rawatan yang ada. Malah ada kalanya jenis penyakit tersebut tidak dapat dikesan.

Apabila terlibat dengan masalah gangguan kerohanian, individu tersebut biasanya mengalami beberapa simptom yang berbeza, antaranya adalah;

1. Sihir, Gangguan Jin atau Makhluk Halus.

a. Sakit fizikal yang sukar disembuhkan
b. Mental tidak stabil, sentiasa resah gelisah tanpa sebab
c. Cepat jemu, bosan dan cepat naik marah
d. Tidak boleh kerja, tiada kosentrasi dalam tugas
e. Berlaku perkara pelik di persekitaran.

2. Santau

a. Muntah darah, dari yang biasa hingga muntah hijau
b. Tidak lalu makan, selera hilang secara tiba-tiba
c. Batuk yang berpanjangan, sukar dirawat
d. Sakit kepala yang susah diubati
e. Tidak boleh tidur
f. Bisa-bisa badan, rasa mencucuk-cucuk

3. Saka

a. Gangguan mental, perasaan
b. Sakit kepala/migren yang teruk
c. Sakit sengugut yang luar biasa, keterlaluan
d. Mati sebelah badan
e. Panas baran, cepat naik darah
f. Darah gemuruh yang tidak menentu
g. Tiada keyakinan diri

Saka biasanya ‘diterima’ dari keturunan, terutamanya dari nenek moyang sendiri. Biasanya ia tidak disedari oleh ‘penerimanya’ sehinggalah ia mengalami simptom-simptom seperti yang disebutkan di atas. Saka akan hilang selepas keturunan yang ketujuh iaitu sekitar 300 hingga 600 tahun.

adakah btol?

credit : tabibmuda.com
 
kurang gula pun leh gemuruh gak..

lebih kafein ke..

ko jangan layan sangat bila ko rasa gemuruh..sebab nanti ko akan terlalu sensitif dengan badan sendiri..bila ko rasa degupan jantung ko laju, ko akan jadi lebih gemuruh sebab ko fikir macam2..

aku pun penah jadi camni..

siap kena panic attack lagi..

nasihat aku jangan terlalu sensitif terhadap diri sendiri..kadang2 biasala jantung berdegup laju sket..tambah2 pas abeh makan, pas buat aktiviti fizikal..

ko banyakkan bersenam..

be positif..
 
cuba minum air rebusan asam keping, tapi jgn byk sgt, sbb kandungan pottasium dia tinggi kalu x silap..cuba amal sket2,skng, tgk ada kesan x dlm 2 3 jam lg..
 
kalu x rebus pon xpe, just letak air panas jer......
 
kena belajar cara pernafasan yang betul kot. aku pun tengah cuba nak cari cara bernafas yang betul (tapi takmo la belajar yoga. takuttt)
 
geng..aku pun gemuruh gak..
menyebabkan aku ni cepat marah..(itupun aku dah bmati2an control diri..)
bila malam susah nak tdo..jantung bedetup detap je..
sekarang ni aku amalkan selawat nabi, baca Al-Quran dan jauhkan diri dari perkara2 yg boleh menyusahkan diri sendiri..InsyaAllah..
mmg payah nak buang gemuruh ni..salah2 haribulan org sebelah boleh makan penampar..:D
 
Back
Top
Log in Register