Gempar! Sejadah corak b a b i (Gambar)

CG Sponsors




demise_u

Super Active Member
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73

SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala ****,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.


“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.



“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala ****,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.
 
Sponsored Post

tokmat™

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Dec 23, 2005
Messages
33,932
Reaction score
274
Points
136
mungkin juga pereka sejadah ni tiada niat untuk membuat corak tersebut.....
tetapi apabila kita inmaginasikan,, maka ia kelihatan seperti muka b.a.b.i....
apa pun, itu terpulang kepada pihak berwajib mengambil tindakan.....
 

untitoxin

Active Member
Joined
Feb 8, 2009
Messages
1,936
Reaction score
97
Points
30
yeah...mungkin org tu sronok melukis di sjadah pas2 x prasan design die tu ade iras2 pig sket... huhu
 

123456

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2008
Messages
5,187
Reaction score
55
Points
70
lain kali beli je sejadah yg tiada corak
terus x was2
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,685
Reaction score
494
Points
131
kebetulan jerk tu,pembuatnye kena lebih berhati2 le
 

zuljaalaa

Legendary Member
Joined
Jun 3, 2006
Messages
11,884
Reaction score
51
Points
125
lubang idong **** ada satu ke?
selama ni aku ingat ada dua lubang hihihi
 
Sponsored Post
Top
Log in Register