GEMPAR!! Harga Kereta Import Turun

CG Sponsors




adamdaniel81

Super Active Member
Joined
Feb 27, 2011
Messages
8,208
Reaction score
166
Points
73
Harga kereta import turun

Kuala Lumpur: Harga jualan kereta import di negara ini menurun antara RM2,000 hingga RM14,000 sejak dua bulan lalu tanpa kerajaan perlu menghapuskan cukai eksais kereta.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata ia hasil perbincangan dengan pengeluar kereta multinasional yang dipasang di negara ini supaya menggunakan komponen tempatan berbanding komponen import, selain meminta pihak terbabit mengubah strategi jualan bagi menurunkan harga kereta.
Oleh itu, beliau menyifatkan cadangan pakatan pembangkang untuk menghapuskan cukai eksais kereta bagi menurunkan harga kereta sebagai pendekatan ‘simplistik’.


Potongan cukai

Mukhriz berkata, tidak semestinya harga kereta turun mengikut peratusan penurunan cukai eksais kereta, sebaliknya ia akan menjejaskan pendapatan negara.

“Harga kereta bergantung kepada pasaran, misalnya, kereta hibrid sejak 2009 tiada cukai dikenakan namun harganya masih tinggi bergantung kepada pasaran.

“Apa yang kita buat adalah bincang dengan pengeluar, gunakan komponen tempatan dan kita berikan insentif potongan cukai dan sebagainya. Kita juga minta mereka mengubah strategi dan turunkan harga bagi kereta yang mempunyai permintaan tinggi,” katanya selepas menandatangani ikrar integriti pilihan raya Transparency International (TI) di pejabatnya di sini semalam.
Beliau mengulas manifesto pakatan pembangkang yang bercadang menghapuskan 70 peratus cukai eksais kereta secara berperingkat dalam tempoh lima tahun bagi menurunkan harga kereta.

Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, adalah pemimpin kedua selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menandatangani ikrar integriti itu sebagai komitmen bertulis kepada rakyat untuk memastikan pilihan raya bebas rasuah dan salah guna kuasa.

Tak jejas pendapatan negara

Mengulas Manifesto Barisan Nasional (BN) yang turut menawarkan penurunan harga kereta 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun selain memastikan daya saing pengeluar kereta nasional ditingkatkan, Mukhriz berkata, ia dilakukan secara terperinci tanpa menjejaskan pendapatan negara.

Katanya, semakan semula Dasar Automotif Nasional juga dilakukan dengan memfokuskan kepada usaha memperkasakan industri automotif negara secara menyeluruh.

“Kita lihat kepada pengeluaran enjin dan bukan hanya memasangnya di sini. Ia akan babitkan pelaburan besar, bukan saja infrastruktur, malah modal insan,” katanya.

Ditanya mengenai Manifesto BN Kedah, beliau berkata manifesto yang menumpukan kepada pembangunan sosioekonomi rakyat negeri itu sudah 95 peratus siap dan akan dibentangkan tidak lama lagi.

sumber > http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hargakeretaimportturun/Article
 
Sponsored Post

FAUZEY_FX

CG Top Poster Club
Joined
Nov 13, 2010
Messages
20,440
Reaction score
803
Points
171
bukan negara akan muflis ke kasi turun harge kete?
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,277
Reaction score
1,131
Points
201
dah goyang la tuh....
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
mmglah tak jejas pendapatan...cukai tak turun..lagi satu guna tempatan pnya..majulah kilang yng tuk buat kena cukai jualan kasi kat gomen..:)) :))
 

General Juhziz

Super Active Member
Joined
Apr 21, 2010
Messages
8,682
Reaction score
254
Points
81
Hybrid jazz buat kt melaka kurang ummpp berbanding made in japan. Spec dh le kurang harga same plak.. not worth for money that I spend!!!
 

Kiniki

Super Active Member
Joined
Feb 20, 2011
Messages
9,234
Reaction score
10
Points
65
2 hari lepas saja ushar keter subaru model legacy..nak clear stok, harga turun rm35k..
 

Uzyr R

Super Active Member
Joined
Jul 23, 2008
Messages
7,750
Reaction score
86
Points
70
bukan nk kondem barangan tempatan tapi kalau kualiti kereta yang guna komponen tempatan tak sama dengan yg guna komponen import pn tak guna..last2 buat sakit hati je..
 

hadyherizal

Fun Poster
Joined
Mar 20, 2013
Messages
288
Reaction score
0
Points
10
sume ciplak idea Pakatan je ni...da takott ilang kuasa..baru skrg nak buat..npe dlu lg xbuat..skrg rakyat dah marah baru nak laksanakan..haktuiiii!!!
 

mamatganu

Active Member
Joined
Aug 8, 2010
Messages
1,217
Reaction score
9
Points
25
Gov deduct hage dgn penjual kete deduct hage pon xleh beza mangkox menteri ni..kalo kete stgh juta turun 30k ape ade hal...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register