BTC USD 60,248.1 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempar!Amco Aka Jib Puppet Kesayangan Lee Kuan Yew

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
Fitnah jelek SB Malaysia dan agensi perisikan Singapura

Oleh Mohamed Azmin Ali

12 Dis — Pendedahan WikiLeaks yang dipetik oleh akhbar Australia, The Sun Herald membuktikan bahawa fitnah sodomi terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan usaha jahat Cawangan Khas Polis Malaysia untuk menjatuhkan kredibiliti serta karier politik Anwar.
Menurut laporan tersebut, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu dengan sengaja mengiyakan dan memanjangkan fitnah ke atas Anwar kepada agensi perisikan Australia, Office of National Assessment (ONA).

Sumber dhaif dan palsu yang dirujuk oleh agensi perisikan Singapura bersandarkan maklumat daripada Cawangan Khas Polis Malaysia membuktikan bahawa UMNO begitu terdesak melakukan apa sahaja untuk menghalang kebangkitan rakyat.

Namun begitu, petikan laporan tersebut menunjukkan bahawa Office of National Assessment Australia (ONA) yakin bahawa tuduhan terhadap Anwar merupakan satu perangkap sekaligus menolak kenyataan jahat pimpinan tertinggi serta agensi perisikan Singapura.

Pandangan ini adalah hasil daripada pantauan secara dekat oleh peguam senior Australia, Mark Terence Trowell QC serta kenyataan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Benas Australia Selatan yang mewakili 61 Senator Australia mempertikai prosedur perbicaraan kes fitnah terhadap Anwar yang jelas melanggar prinsip-prinsip asas keadilan.

Kita sedar bahawa agensi perisikan Singapura dan Cawangan Khas Polis Malaysia sudah bekerjasama sekian lama, tetapi kerjasama tersebut tidak menumpukan kepada keselamatan serantau tetapi menjurus untuk keuntungan politik kedua pimpinan tersebut.

Pimpinan Singapura termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar Ibrahim dan tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya kerana ianya akan menjejaskan kedudukan mereka di rantau ini.

Mereka lebih rela pimpinan UMNO-BN memerintah negara kerana pimpinan korup ini dengan mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura.


Fitnah tidak akan bertukar menjadi kebenaran walau diulang hatta dalam media cetak atau elektronik.

KEADILAN dan Pakatan Rakyat yakin dengan kematangan rakyat untuk mempertimbangkan perkara yang benar dan yang bathil.
 
Sponsored Post

PerawanTampan

Fun Poster
Joined
Jul 20, 2010
Messages
671
Reaction score
41
Points
20
Ni fitnah ke atau memang kenyataan??
UMNO-BN or PAS-PKR sape yang salah???
orang PAS cakap PAS betul tak salah..
orang UMNO cakap UMNO betol dan tak salah...
politik oh politik...
ternyata banyak juga barua2 politik kat sini:)
 

kerunai

CG Top Poster Club
Joined
Sep 2, 2007
Messages
25,023
Reaction score
68
Points
120
memang sah2 ...umngok sebenarnya suka LGE pegang penang , tu depa tak serang sangat LGE ...sama2 melayu aje depa lanya ksebab ketuangan melayu
 

aes

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65
patut le kita asyik tunduk ngan singapore
 

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75
aku rasa pelik ngan berita tu sebab sampai nak guna ejen perisikan tu nk siasat kes liwat anwar....da macam nk siasat terrorist la pulak...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register