hiduprakyat
Active+ Member
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 2,843
- Reaction score
- 213
- Points
- 33
Gempa Sulawesi: Angka kematian meningkat 81 orang
Jakarta: Angka kematian akibat gempa bumi bermagnitud 6.2 di Pulau Sulawesi, Jumaat lalu, meningkat kepada 81 orang, pada hari ini.
Bencana itu juga menyebabkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal.
Ketika ini, pasukan perubatan bertungkus-lumus untuk merawat mangsa yang cedera akibat bencana berkenaan dan pada masa sama terpaksa berdepan risiko penularan Covid-19.
Doktor yang memakai pelitup muka merawat mangsa gempa yang cedera di bahagian anggota badan di hospital sementara yang didirikan di hanya satu hospital yang terselamat daripada gempa berkenaan.
Fasiliti terbuka itu juga beroperasi dalam keadaan kekurangan kakitangan.
Hospital itu juga berusaha untuk membuka banyak lagi bilik untuk pembedahan dan memasang lebih banyak khemah untuk merawat mangsa gempa bumi yang cedera.
Seorang petugas berkata, kebanyakan mangsa tidak mahu menerima rawatan di dalam hospital kerana takut dijangkiti Covid-19.
Dalam pada itu, angka korban dijangka meningkat memandangkan pihak berkuasa masih melakukan operasi pencarian selepas tiga hari bencana itu berlaku.
Hampir sebahagian besar mangsa maut ditemui di Mamuju, namun sebahagian daripadanya turut ditemui di selatan bandar dengan populasi 110,000 orang di Sulawesi Barat itu.
== hmetro