Gempa Bumi di Sulawesi Barat 6.2M. 80 Orang Meninggal dunia

CG Sponsors




Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,451
Reaction score
12,168
Points
2,376
Kesian kat rakyat sana
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,028
Reaction score
4,420
Points
601
Pengungsi Gempa Majene Kesulitan Listrik, Warga Bertahan dengan Senter dan Lilin



 
Last edited:

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,843
Reaction score
213
Points
33
56 ditemukan mati, ratusan masih hilang

Pasukan mencari dan menyelamat memindahkan mayat mangsa yang ditemukan di bawah runtuhan. FOTO AFP


Jakarta: Angka kematian disebabkan gempa bumi di Pulau Sulawesi, Indonesia hari ini meningkat kepada 56 orang manakala ratusan yang lain dipercayai masih hilang.

Pihak berkuasa berkata, pasukan mencari dan menyelamat bertungkus-lumus mencari individu yang berkemungkinan terselamat dalam runtuhan berkenaan.

Gempa 6.2 magnitud itu menyebabkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal malah insiden berkenaan juga meranapkan hospital dan pusat membeli belah di kawasan itu.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan jumlah kematian sebanyak 56 orang setakat ini dan memberitahu jumlahnya dipercayai akan meningkat.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak memaklumkan angka sebenar mangsa yang dilaporkan hilang. Begitu juga dengan angka mangsa yang sudah berjaya diselamatkan.

Penduduk setempat memaklumkan, mereka kekurangan makanan, selimut dan bantuan lain yang diperlukan selain tidak mampu pulang ke rumah selepas kediaman musnah selain bimbang berlakunya gempa susulan.

"Lebih baik berlindung sebelum sesuatu yang lebih buruk terjadi," kata penduduk Mamuju Abdul Wahab, yang berlindung di khemah bersama isteri dan empat anaknya, termasuk seorang bayi.

"Kami berharap pemerintah dapat segera memberikan bantuan seperti makanan, ubat-ubatan dan susu untuk anak-anak," katanya.

Bimbang akan tercetusnya Covid-19 di kem yang sesak, pihak berkuasa mengatakan bahawa mereka berusaha untuk memisahkan kumpulan berisiko tinggi dan rendah.

Pusat gempa adalah 36 kilometer (22 batu) selatan Mamuju.


== hmetro
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,028
Reaction score
4,420
Points
601
Gempa bumi Sulawesi: angka korban meningkat 56

mangsagempa17_-_gempabumi_1610856878.jpg


JAKARTA: Jumlah kematian gempa bumi di Pulau Sulawesi, Indonesia hari ini meningkat kepada 56 orang manakala ratusan yang lain dipercayai masih hilang.

Pihak berkuasa berkata, pasukan mencari dan menyelamat bertungkus-lumus mencari individu yang berkemungkinan terselamat dalam runtuhan berkenaan.

Hospital juga sesak dengan penduduk yang cedera selepas kejadian gempa bumi kelmarin, mengakibatkan ramai penduduk panik kerana sebelum ini berdepan tragedi bencana tsunami yang mengorbankan ribuan nyawa pada 2018.

Gempa 6.2 magnitud itu di kawasan bandar Mamuju, barat Pulau Sulawesi menyebabkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal malah insiden berkenaan juga meranapkan hospital dan pusat membeli belah di kawasan itu.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan jumlah kematian sebanyak 56 orang setakat ini dan memberitahu jumlahnya akan terus meningkat.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak memaklumkan angka sebenar mangsa yang dilaporkan hilang, begitu juga dengan jumlah mangsa yang sudah berjaya diselamatkan.

Penduduk setempat memaklumkan, mereka kekurangan makanan, selimut dan bantuan lain yang diperlukan selain tidak mampu pulang ke rumah selepas kediaman musnah selain bimbang berlakunya gempa susulan.

"Lebih baik berlindung sebelum sesuatu yang lebih buruk terjadi," kata penduduk Mamuju Abdul Wahab, yang berlindung di khemah bersama isteri dan empat anaknya, termasuk seorang bayi.

"Kami berharap pemerintah dapat segera memberikan bantuan seperti makanan, ubat-ubatan dan susu untuk anak-anak," katanya.

Bimbang akan tercetusnya pandemik COVID-19 di kem yang sesak, pihak berkuasa mengatakan bahawa mereka berusaha untuk memisahkan kumpulan berisiko tinggi dan rendah.

Pusat gempa adalah 36 kilometer (22 batu) selatan Mamuju. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,028
Reaction score
4,420
Points
601
Pelbagai bantuan disalurkan kepada penduduk Mamuju, Majene

gempamamuju17-sulawesi_1610860422.jpg


JAKARTA: Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) Indonesia sudah menyalurkan bantuan segera kepada penduduk di bandar Mamuju dan Majene, barat Sulawesi yang terjejas akibat bencana gempa bumi Jumaat lalu.

Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana BNPB, Raditya Jati berkata, bantuan segera itu ialah 2,400 bungkusan makanan; 2,400 pek makanan tambahan kesihatan; 1,200 bungkusan lauk pauk, 700 selimut, 500 pek barangan kelengkapan bayi, 500,000 pelitup muka, 700 paket mee dan 30 set generator.

Katanya, BNPB juga sudah mengagihkan beberapa bantuan untuk menangani bencana gempa bumi di Mamuju dan Majene, lapor agensi berita CNN Indonesia.

Antara bantuan yang diedarkan ke lokasi tersebut adalah empat helikopter dikerahkan untuk menyokong pasukan kecemasan, lapan set khemah pengasingan dan 10 set khemah untuk pelarian.

Dalam pada itu, media Indonesia melaporkan jumlah kes kematian akibat gempa bumi terus meningkat kepada 56 orang maut di Mamuju dan Majene.

Sementara itu, seramai 826 penduduk Mamuju dan Majene yang mengalami kecederaan parah dan ringan telah menerima rawatan, menurut satu kenyaan yang dilaporkan Kompas.Com.

"Seramai 189 orang di Mamuju yang cedera serius sudah dirawat selepas kejadian gempa bumi itu.

"Di Majene pula, seramai 637 orang mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan pesakit luar manakala sekitar 15,000 dipindahkan ke 10 pusat pemindahan," katanya.

Ketika ini, pesakit yang menerima rawatan di hospital yang terjejas juga sudah dipindahkan sementara ke hospital lapangan. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,028
Reaction score
4,420
Points
601

Penampakan Kerusakan Kantor Gubernur Sulawesi Barat Akibat Gempa
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,028
Reaction score
4,420
Points
601
INDONESIA-QUAKE_1610886784.jpg


Hujan lebat ganggu pencarian mangsa gempa Indonesia

MAMUJU: Monsun membawa hujan lebat hari ini mengganggu pencarian mangsa yang mungkin terselamat di bawah timbunan bangunan, susulan gempa bumi berskala 6.2 yang melanda kepulauan Sulawesi, Indonesia, Jumaat lalu.

Gempa itu sudah meragut sekurang-kurangnya 73 nyawa dan menyebabkan ribuan lagi hilang tempat tinggal.

Jentera pengorek dikerahkan di seluruh bandar Mamuju yang teruk terkesan, dengan puluhan bangunan hanya tinggal serpihan besi dan konkrit, termasuk sebuah hospital dan pejabat gabenor wilayah itu.

Ketika ini, masih tidak dapat dipastikan jumlah individu yang terperangkap di bawah timbunan serpihan bangunan itu.

Polis hari ini turut mengerahkan unit anjing pengesan K-9 untuk membantu misi pencarian itu di kawasan hospital yang musnah teruk.

Seorang anggota pencarian, Octavianto, berkata hujan ketika ini membawa risiko kerana bangunan yang rosak berkemungkinan runtuh jika ia menjadi terlalu berat selain gempa susulan juga boleh memusnahkannya.

"Bagaimanapun, menggerakkan serpihan runtuhan terlalu cepat dengan jentera berat pula boleh menyebabkan ia menghempap dan membunuh individu yang masih hidup di bawah timbunan.

"Semua mangsa yang ditemui setakat ini meninggal dunia. Berkemungkinan mangsa lain juga berkongsi nasib sama jika tempoh 24 jam sudah berlalu," katanya.

Kebanyakan mangsa ditemui di Mamuju, namun ada juga yang ditemukan di selatan bandar itu di wilayah Sulawesi Barat.

Ketika ini, pihak berkuasa belum memberi sebarang angka rasmi jumlah individu yang sudah diselamatkan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,028
Reaction score
4,420
Points
601

Ratusan tenda pengungsi gempa di Kelurahan Rangas, Kecamatan Banggae, Kabupaten Majene, Sulawesi Barat, porak poranda. Ribuan pengungsi berhamburan sambil menangis menyelamatkan diri dari tenda pengungsian. "Anging kencang terjadi saat kami makan siang di tenda pengungsian.

Makanan belum habis kami dikagetkan dengan tenda terpal kami beterbangan," kata Samsiah (56), Minggu (17/1/2021), sambil menggendong cucunya. Ia hanya bisa menyelematkan cucunya tanpa jaket dan sarung melekat di badan.

Cucu Samsiah menangis saat ia digendong berlari dari tenda pengungsian sekitar Sport Center Kabupaten Majene. "Semua baju, selimut dan sarung basah, Tenda kami beterbangan. Entah di mana kami lagi akan berlindung," lirih Samsiah. Hujan deras dan angin kencang melanda Kabupaten Majene. Angin sempat berputar tiga kali di lokasi pengungsian korban gempa.

"Tiga kali berputar dari arah utara angin berputar-putar di area tenda penungsi korban gempa. Kami panik, mau berlindung ke Gedung Sport Center takut gedung runtuh, mau lari ke tanah lapang anginya kencang," kata Apit, warga lainnya.

Saat kejadian, Apit sedang bersantai bersama kedua anaknya yang masih kecil. Apit menggendong kedua anaknya dengan satu tangan, tangan yang satu menyambar sarung dan menyelimuti anaknya sambil berlari.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register