Gempa Bumi di Sulawesi Barat 6.2M. 80 Orang Meninggal dunia

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,029
Reaction score
4,420
Points
601

Dua kali provinsi Sulawesi Barat (Sulbar) diguncang gempa tektonik, Kamis (14/1/2020).

Gempabumi pertama dengan kekuatan magnitudo 5.9 SR terjadi pada Pukul 13.35.49 WIB. Berpusat di Kabupaten Majene.

Kemudian gempabumi susulan pukul 14.00 WIB dengan kekuatan magnitudo 4.9 SR.

Dampak gempa warga histeris dan berhamburan keluar rumah.

Bahkan ada yang meninggalkan rumah kemudian mengungsi ke daerah ketinggian.

Sebagian warga mengungsi ke pintu gerbang kota Mamuju karena daerah tersebut merupakat daerah ketinggian.

Gempa ini dinyatakan tidak berpotensi terjadi tsunami.

Namun warga tetap diimbau waspada adanya gempa susulan.

Hingga berita ini diterbitkan, belum diketahui adanya korban jiwa maupun kerusakan akibat gempa bumi.



TRIBUN-TIMUR.COM - Pada Jumat (15/1/2021) sekitar pukul 02.30 Wita, gempa susulan mengguncang wilayah Sulawesi Barat (Sulbar).

Pada gempa susulan ini, getaran lebih kuat. Bahkan sebanyak tiga kali gempa susulan yang terasa hingga Kota Makassar.

Saat terjadi gempa susulan, sejumlah warga di Kecamatan Campalagi Kabupaten Polewali Mandar berhamburan keluar rumah untuk menyelamatkan diri.

"Ada gempa," Teriak warga sembari keluar rumah. Getaran gempa lebih besar dibandingkan gempa pertama dan waktunya lebih lama.

Dalam sebuah video singkat yang diterima tribun-timur.com, tampak warga mendatangi Kantor Gubernur Sulawesi Barat yang tampak rusak cukup parah.

“Kantor Gubernur Sulbar ambruk. Hancur. Alhamdulillah masih diberi keselamatan. Hotel Matos, hancur,” kata warga yang merekam gambar yang tersiar Jumat (15/1/2021) dini hari.

Menurut informasi dari Badan Metereologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa susulan tersebut dengan kekuatan magnitudo 6,2.
 
Last edited:
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,029
Reaction score
4,420
Points
601
3 maut, gempa bumi landa Sulawesi Barat
INDONESIA-QUAKE_1610676273.jpg


JAKARTA: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dalam kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.2 skala Richter yang melanda wilayah Indonesia di Sulawesi Barat awal pagi ini.

Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa dilaporkan berlaku jam 2.18 pagi waktu tempatan

Pusat gempa berada 36 kilometer di selatan Mamuju, ibu kota Sulawesi Barat, dan gempa itu memiliki kedalaman 18 kilometer, menurut USGS.

Mamuju menempatkan kira-kira 110,000 penduduk.

Gempa bumi itu turut menyebabkan banyak bangunan besar termasuk hotel runtuh.

"Tiga mangsa maut dan 24 cedera," kata jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, Raditya Jati.

Agensi mencari dan menyelamat turut mengesahkan sekurang-kurangnya sebuah hotel runtuh.

Indonesia berdepan aktiviti seismik dan letusan gunung berapi yang kerap kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, di mana plat tektonik bertembung.

Pada 2018, gempa dengan kekuatan 7.5 pada skala Richter dan tsunami berikutnya di Palu di pulau Sulawesi menyebabkan lebih 4,300 orang maut atau hilang.

Pada 26 Disember 2004, gempa berkekuatan 9.1 pada skala Richter melanda pantai Sumatera dan mencetuskan tsunami yang mengorbankan 220,000 di seluruh wilayah. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,029
Reaction score
4,420
Points
601
INDONESIA-QUAKE_1610679444.jpg

Anggota mencari dan menyelamat giat mengesan mangsa runtuhan Hospital Mitra Manakarra di bandar Mamuju selepas gempa 6.2 skala Richter melanda pulau Sulawesi pagi tadi. - Foto AFP

Gempa bumi: Pesakit, kakitangan hospital terperangkap dalam runtuhan

JAKARTA: Puluhan pesakit dan kakitangan hospital terperangkap di bawah runtuhan hospital selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.2 skala Richter melanda pulau Sulawesi awal pagi tadi dengan sekurang-kurangnya tiga maut.

"Hospital runtuh. Terdapat pesakit dan kakitangan terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan kami berusaha menyelamatkan mereka," kata Arianto dari agensi penyelamat di bandar Mamuju tanpa memperincikan angka sebenar.

Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa dilaporkan berlaku jam 2.18 pagi waktu tempatan

Pusat gempa berada 36 kilometer di selatan Mamuju, ibu kota Sulawesi Barat, dan gempa itu memiliki kedalaman 18 kilometer, menurut USGS.

Mamuju menempatkan kira-kira 110,000 penduduk.

Gempa bumi itu turut menyebabkan banyak bangunan besar termasuk hotel runtuh. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,029
Reaction score
4,420
Points
601
Kondisi Terkini Sulbar Pagi Ini Pasca Gempa Susulan 6,2 sr Dini Hari


 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,845
Reaction score
213
Points
33
Gempa Sulawesi: Pesakit, kakitangan hospital terperangkap dalam runtuhan

INDONESIA-QUAKE_1610682729.jpg


JAKARTA: Puluhan pesakit dan kakitangan hospital terperangkap di bawah runtuhan hospital selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.2 skala Richter melanda Kepulauan Sulawesi, awal pagi tadi dengan sekurang-kurangnya tiga maut, manakla 24 lagi cedera.

"Hospital runtuh. Terdapat pesakit dan kakitangan terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan kami berusaha menyelamatkan mereka," kata Arianto dari agensi penyelamat di bandar Mamuju tanpa memperincikan angka sebenar.

Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa dilaporkan berlaku jam 2.18 pagi waktu tempatan.


Pusat gempa berada 36 kilometer di selatan Mamuju, ibu kota Sulawesi Barat, dan gempa itu memiliki kedalaman 18 kilometer, menurut USGS.

Mamuju menempatkan kira-kira 110,000 penduduk.

Gempa bumi itu turut menyebabkan banyak bangunan besar termasuk hotel runtuh.

15runtuh1_1610682735.jpg



== bharian
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,094
Reaction score
1,865
Points
206
Amaran gempa lebih kuat dan tsunami di Sulawesi Barat
| | 15 Januari 2021

Foto 123RF
A
A
JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran kemungkinan berlakunya gempa lebih kuat, yang boleh mencetuskan amaran tsunami di Sulawesi Barat, susulan gempa bermagnitud 6.2 skala Richter, awal pagi Jumaat.

Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, Dwikorita Karnawati dalam siaran media menerusi webinar berkata, sehingga 10 pagi tadi, sebanyak 28 gempa susulan bermagnitud sederhana di bawah 5 skala Richter berlaku di kawasan berkenaan.

Menurut analisis BMKG, gempa itu disebabkan pergerakan batuan dan tanah Mamuju dan ia adalah ulangan pergerakan batuan dan tanah yang pernah terjadi pada tahun 1969 (yang mencetuskan gempa 6.9 skala Richter) dan 1984 (yang mencetuskan gempa 6.7 kala Richter).

"Gempa susulan (yang lebih kuat) memungkinkan untuk terjadinya tanah runtuh di dasar laut sehingga berpotensi terjadi tsunami," kata Dwikorita.

Pihak berkuasa Indonesia kini mengeluarkan arahan supaya penduduk di kawasan terbabit menjauhi kawasan pantai dan lereng bukit kerana gempa susulan dikhuatiri berpotensi berlaku tsunami atau kejadian tanah runtuh.

Sementara itu, Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Kebencanaan, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Dr Raditya Jati, dalam satu kenyataan berkata, pasukan mencari dan penyelamat melibatkan pelbagai agensi seperti BNPB, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), tentera, polis dan agensi lain yang berkaitan dikerahkan ke kawasan kejadian.

Gempa bumi kuat berukuran 6.2 skala Richter, berpusat di 6 kilometer (km) Timur Laut-Majene-Sulawesi Barat, pada kedalaman 10km berlaku di Sulawesi Barat, Indonesia, awal pagi tadi, dikhuatiri mengorbankan ramai mangsa berikutan berlakunya runtuhan rumah dan bangunan serta kejadian tanah runtuh.

Menurut BNPB dalam satu kenyataan setakat jam11 pagi tadi, lebih 600 cedera, ratusan rumah dan bangunan termasuk Rumah Sakit (hospital) Mitra Manakarra Mamuju runtuh, manakala lebih 15,000 penduduk kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Ketua Badan Pengurusan Bencana Daerah Sulawesi Barat Darno Majid dalam satu kenyataan di televisyen tempatan berkata, sehingga 12 tengah hari ini, 16 orang ditemukan terkorban dan pasukan mencari dan menyelamat masih mengesan mereka yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan.

"Bekalan elektrik terputus di Majene dan Mamuju, jaringan komunikasi juga tidak stabil," katanya. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...empa-lebih-kuat-dan-tsunami-di-Sulawesi-Barat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,029
Reaction score
4,420
Points
601
MERINDING! Pria Ini Live Facebook Sesaat Sebelum Gempa di Majene Sulawesi Barat | tvOne Minute


 
Sponsored Post
Top
Log in Register