BTC USD 38,292.8 Gold USD 1,804.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempa bumi di China | 2 gempa bumi gegar China, 3 maut

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,102
Reaction score
5,127
Points
721
BEIJING: Gempa bumi dengan kekuatan 4.7 pada skala Richter melanda bandar Tangshan, di utara China hari ini, yang mengingatkan kembali kejadian gempa 1976 yang dahsyat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran itu berlaku pada jam 6.38 pagi tadi, dengan kejadian berpusat di daerah kediaman pinggir bandar di luar pusat bandar Tangshan, kira-kira 200 kilometer di sebelah timur Beijing.

Pihak berkuasa seismologi China meletakkan magnitudnya pada 5.1 dan mengatakan ia berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Namun begitu tiada laporan kerosakan akibat gempa itu biarpun ia turut menggegarkan Beijing.

Laporan media agensi Xinhua berkata, penumpang kereta api melalui kawasan gempa digantung sementara menunggu pemeriksaan infrastruktur kereta api untuk sebarang kerosakan.

"Saya masih rasa takut. Saya berusia 12 tahun ketika gempa di Tangshan pada 1976," kata penyambut tetamu di Hotel Tangjiashanhe menerusi telefon kepada AFP.

Pada tahun 1976, Tangshan yang kemudiannya menjadi bandar perlombongan arang batu dengan populasi sekitar sejuta penduduk, musnah akibat gempa pada kekuatan 7.8 dan gempa susulan 7.1 sekitar 15 jam kemudian.

Kejadian itu menyebabkan 240,000 terbunuh biarpun dipercayai jumlah korban sepatutnya tidak didedahkan atas alasan politik.- AFP

 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,198
Reaction score
1,975
Points
201
10km kedalaman... mcm akan ke jepon plak lepas ni
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,102
Reaction score
5,127
Points
721
CHINA-QUAKE_1621685048.jpg

Pasukan mencari dan menyelamat mengeluarkan mangsa gempa bumi dari bandar Yangbi di wilayah Dali, China. - Foto AFP

2 gempa bumi gegar China, 3 maut​


BEIJING: Gempa bumi kuat di Yunnan, barat daya China berhampiran sempadan Myanmar mengorbankan sekurang-kurangnya tiga mangsa, selain mencederakan lebih 27 lagi.


Gempa kedua berlaku di Qinghai, wilayah tengah China, kira-kira 1,000 kilometer (km) ke utara lokasi gempa bumi yang pertama.


Bagaimanapun, setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kemusnahan dilaporkan di kawasan yang tidak ramai penduduk itu.


Pihak berkuasa sudah mula menghantar bantuan kemanusiaan, termasuk khemah dan makanan ke wilayah berkenaan, yang dilanda gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter.

Pakar Geofizik Jabatan Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), Jonathan Tytell, berkata dua gempa bumi itu tidak berkaitan.


Biro Seismologi Yunnan berkata, gempa bumi pertama yang melanda semalam itu berukuran 6.4 dan berlaku pada kedalaman 8km.


Ia mengakibatkan gegaran kuat di sekitar bandar Dali yang mempunyai agak ramai penduduk, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang dan 27 lagi cedera, menurut laporan CCTV hari ini.


Kesan penuh kedua-dua gempa bumi terbabit belum diketahui sepenuhnya, tetapi bantuan kemanusiaan serta usaha mencari dan menyelamat sudah dimulakan.


Tahun lalu, gempa bumi bermagnitud lima di Yunnan mengorbankan empat orang dan mencederakan 23 lagi.


Gempa bumi terburuk China berlaku pada 2008 di kawasan bergunung ke utara daerah Sichuan, juga di wilayah Yunnan, mengorbankan hampir 90,000 orang. - AGENSI
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
12,960
Reaction score
1,902
Points
201
Petanda dari kayangan kena tukar pemerintah China plk nie hehehe
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,102
Reaction score
5,127
Points
721

5.1-magnitude Earthquake Hits Southwest China's Yunnan​

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register