BTC USD 66,334.2 Gold USD 2,326.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempa Bumi Dengan Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
446,972
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
446,972
Reaction score
35,933
Points
2,836
Awards
2
1712377107186.png

Amaran kecemasan dipaparkan dari Sistem Penyiaran Kecemasan Kebangsaan. Foto AFP
SINAR HARIAN

06 APR 2024 1:23 AM


WASHINGTON - Gempa bumi dengan magnitud 4.8 menggegarkan negeri timur laut Amerika Syarikat, New York dan New Jersey pada Jumaat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Satu gempa bumi dengan magnitud 4.8 melanda barat Manhattan dan dapat dirasai di seluruh New York,” Gabenor New York Kathy Hochul berkata dalam laman X (dahulunya Twitter).

"Pasukan saya sedang menilai impak dan sebarang kerosakan yang mungkin berlaku dan akan memberikan kemas kini kepada orang ramai sepanjang hari,” katanya dalam hantaran itu.

Tiada kehilangan nyawa atau kerosakan dilaporkan setakat ini. - Bernama-Anadolu


 
Sponsored Post

Gempa bumi di New Jersey, New York: Kementerian Luar giat selaras usaha​


06 APR 2024
A⁻A⁺
2605231.jpg

Laporan Sinar Harian.


KUALA LUMPUR – Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di New York, ingin mengesahkan bahawa satu gempa bumi berukuran 4.8 magnitud melanda berhampiran Stesen Whitehouse, New Jersey, pada kira-kira jam 10.20 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Sabtu berkata, gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts.

Menurut kenyataan itu, walaupun tiada laporan kerosakan besar atau kecederaan dilaporkan, pihak berkuasa masih menilai keadaan dan situasi semasa.

Notis pemberhentian darat telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di lapangan terbang utama dan menggantung beberapa perkhidmatan pengangkutan awam buat sementara waktu.

Kementerian Luar berkata, Konsulat Jeneral Malaysia di New York sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ia juga berkata, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di New York di alamat: 313 East 43rd Street New York, NY 10017 atau melalui nombor telefon: +1(212) 490 2723 atau melalui e-mel: mwnewyorkcg@ kln.gov.my.

Sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – Bernama
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register