Gempa bumi: berpuluh bangunan di Athens rosak

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
ATHENS, Greek - Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Ricther yang meletus di bahagian tengah Greek awal hari ini telah merosakkan berpuluh-puluh buah bangunan tetapi tiada mangsa tercedera, kata ahli seismologi dan pihak berkuasa tempatan.

Institut Geodinamik Athens berkata, gempa bumi dekat bandar Nafpaktos, kira-kira 160 kilometer ke barat laut Athens itu meletus pada pukul 2.46 pagi waktu tempatan itu disusuli dengan empat lagi letusan kecil yang berukuran 4.4 dan 4.7 pada skala Ricther.

Pihak berkuasa tempatan berkata, beberapa buah sekolah di kawasan terlibat telah di tutup selepas berlaku gempa yang telah merosakkan kebanyakan bangunan-bangunan lama di Nafpaktos dan perkampungan sekitarnya.

Letusan berukuran 5.2 pada skala Ricther telah berlaku di daerah berkenaan pada Selasa lalu.

Greek antara negara yang banyak dilingkungi dengan punca gempa di dunia dengan ribuan letusan dilaporkan berlaku setiap tahun yang menyebabkan banyak kerosakan dan kecederaan.

Letusan bersaiz 5.9 pada skala Ricther pada tahun 1999 telah meragut 143 nyawa di Athens. -
 
Sponsored Post

WangEmas

Active+ Member
Joined
Aug 28, 2009
Messages
3,519
Reaction score
55
Points
30
kerap betul gempa skrg ni.. Nauzubillah.. Marilah kita kembali kpd ajaran Islam agar terselamat dpd kemurkaanNya..
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
tak heran mana pon..tempat tuh memang rapuh..malahan bertukarnya agama nasrani kepada kristian pun berlaku disini
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Bumi pun hidup juga dan byk menyimpan rahsia dan memendam rasa kerana ramai manusia membuat kerosakan dimuka bumi yg dah semakin tua ni. Hanya menunggu masa dan ketikanya saja.
 

WangEmas

Active+ Member
Joined
Aug 28, 2009
Messages
3,519
Reaction score
55
Points
30
tak heran mana pon..tempat tuh memang rapuh..malahan bertukarnya agama nasrani kepada kristian pun berlaku disini
kalo kena kat KL silap2 lagi teruk dpd di Haiti.. Nauzubillah.. #:-S
 
Sponsored Post
Top
Log in Register