InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 52,037
- Reaction score
- 4,421
- Points
- 601
BUENOS AIRES: Gempa bumi dengan kekuatan 6.4 magnitud menggegarkan barat dan tengah Argentina.
Perkara itu dimaklumkan Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Bagaimanapun, tiada laporan bahawa kejadian gempa itu mengakibatkan kematian atau kemusnahan teruk.
Menurut USGS, gempa berlaku kira-kira jam 11.45 malam waktu tempatan pada kedalamaan 20 kilometer (km).
Pusat itu menjelaskan, pusat gempa berada berhampiran dengan bandar Pocito di wilayan San Juan iaitu kira-kira 1,000 km dari Buenos Aires dan berdekatan sempadan China.
Selain itu, gegaran juga menyebabkan beberapa bandar di San Juan menghadapi masalah terputus bekalan elektrik, namun ia hanya sementara.
Gegaran turut dirasai di beberapa wilayah lain meliputi Mendoza, Cordoba, Santa Fe, La Rioja dan Buenos Aires. - AFP