BTC USD 37,923.6 Gold USD 1,801.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempa bumi 5.6 skala Richter di Utara Laut Maluku

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,063
Reaction score
5,127
Points
721
KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Utara Laut Maluku, 85 kilometer Barat dari Ternate, Indonesia pada jam 5.03 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia gempa bumi itu berlaku pada kedudukan 1.0 darjah Utara dan 126.7 darjah Timur di kedalaman 10 kilometer.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,063
Reaction score
5,127
Points
721
Gempa 6.3 skala Richter landa Maluku

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda timur laut Maluku, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia berkata, gempa berlaku jam 10.43 pagi waktu Indonesia barat, berpusat di 198 kilometer (km) timur laut Maluku, pada kedalaman 196 km di dasar Laut Arafura, di perairan antara Pulau Papua dan Australia.

BMKG kini memantau kejadian itu yang dibimbangi boleh mencetuskan gempa susulan. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,063
Reaction score
5,127
Points
721
Gempa bumi sederhana gegar utara Laut Maluku, Indonesia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.25 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat di 138 kilometer (km) selatan dari Kepulauan Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km.

Gempa bumi itu tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. – BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,063
Reaction score
5,127
Points
721

Gempa bumi landa timur Indonesia​


JAKARTA: Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda wilayah terpencil di kepulauan Maluku di timur Indonesia hari ini.

Jabatan Pemantauan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) mengesahkan perkara itu tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa yang tidak begitu dalam itu berlaku sekitar jam 1.43 petang waktu tempatan di Laut Banda, kira-kira 70 kilometer (km) ke tenggara Amahai di kepulauan Seram.

Walaupun gempa sebegini lazimnya mengakibatkan kemusnahan lebih besar, tiada laporan mengenai kerosakan besar atau kemalangan jiwa setakat ini. - AFP
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,458
Reaction score
323
Points
51
Tsunami kecil landa Maluku selepas gempa 6.1 Richter

60c9de0caa1fc.jpg


AMBON: Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BMKG) Ambon menyatakan berlaku tsunami kecil selepas gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter menggegar Maluku Tengah semalam.

Lapor Kompas.com, Ketua BMKG Ambon, Herlambang Hudha berkata, tsunami itu berlaku di Tehoru, beberapa saat selepas gempa berlaku.

“Selepas gempa berlaku, tsunami kecil terbentuk dan melanda Tehoru. Semuanya berlaku sangat cepat,” katanya.

Jelas Herlambang, tsunami itu berlaku akibat pergerakan tanah di bawah laut di Tehoru.

Katanya, tsunami kecil itu mencapai ketinggian 0.5 meter.

“Seharusnya tiada tsunami berlaku kerana gempa tersebut pada ukuran sederhana, namun disebabkan pergerakan tanah bawah laut, maka tsunami kecil melanda Tehoru,” ujarnya.

Sementara itu, keadaan dijamin sudah reda dan pihak berkuasa memeriksa sejumlah rumah penduduk yang rosak akibat gempa tersebut.


== UTUSAN ONLINE
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register