BTC USD 61,231.8 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gelombang haba landa AS, Kanada | 3 kebakaran hutan besar merebak di California Utara

Ahmad Pintu8_8

Active Member
Joined
Mar 26, 2012
Messages
1,948
Reaction score
204
Points
43
Memang azab ni kalau dah sampai dekat 50 celcius.
Tempat kita rekod paling tinggi pun 40 darjah, itu pun dah tak nak keluar rumah.
atas 40c memang panas tuan, kalau ada rezeki inshaaAllah buat umrah masa bulan puasa, memang betul2 panas, pernah dekat 48c x silap, keluar hotel bahang sungguh, tapi lantai tempat tawaf sejuk je tiles dia.
 
Sponsored Post

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,917
Reaction score
893
Points
121
Dulu
atas 40c memang panas tuan, kalau ada rezeki inshaaAllah buat umrah masa bulan puasa, memang betul2 panas, pernah dekat 48c x silap, keluar hotel bahang sungguh, tapi lantai tempat tawaf sejuk je tiles dia.
Dulu masa pergi bulan 12, kat madinah tu sejuk gigil 12 celcius. Cuma kat mekah tak ada sejuk sangat, sebelah malam jer angin bertiup kencang.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721

Lebih 230 maut akibat gelombang haba di Kanada​


Ottawa: Sekurang-kurangnya 233 orang dilaporkan maut akibat cuaca panas melampau melanda wilayah British Columbia, barat Kanada sejak Jumaat lalu, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Rabu.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah, negara ini dilanda gelombang haba berpanjangan.

Keadaan itu menyebabkan banyak kedai di British Columbia kehabisan stok penyaman udara dan kipas angin.

Pada Isnin, bilik hotel di Vancouver juga penuh ditempah apabila penduduk tempatan mahu lari daripada cuaca panas.

Polis di Metro Vancouver pada Selasa menyatakan pihaknya menerima kira-kira 100 panggilan kecemasan membabitkan kes kematian mengejut.

Suhu kali ini adalah tertinggi berbanding 59 kejadian gelombang haba yang melanda Kanada sebelum ini. Gelombang haba kini bergerak ke timur.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
24,973
Reaction score
2,739
Points
201
risau hutan terbakar je kat sana. Sana banyak pokok pine.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
CANADA-US-WEATHER-CLIMATE-DEATH_1625126592.jpg


486 maut akibat suhu panas di British Columbia​


VANCOUVER: Sekurang-kurangnya 486 orang maut dalam tempoh lima hari lalu selepas British Columbia di Kanada dilanda gelombang panas, kata perkhidmatan koroner wilayah berkenaan semalam.


Ketua Koroner British Columbia, Lisa Lapointe, dalam satu kenyataan, berkata bilangan yang maut itu adalah berdasarkan statistik antara Jumaat minggu lalu hingga semalam.


Menurut portal berita BBC, Lapointe dilaporkan berkata beliau percaya cuaca terlalu panas adalah punca semua kematian, kebanyakannya membabitkan individu yang tinggal bersendirian.


Sebelum ini, suhu setinggi 49.5 darjah Celsius dicatatkan Selasa lalu di Lytton, British Columbia, kira-kira tiga jam perjalanan dari bandar Vancouver, yang juga rekod baharu suhu tertinggi di Kanada.

Dalam pada itu, seorang pegawai polis, Sarjan Steve Addison, berkata cuaca terlalu panas itu tidak pernah dirasai oleh penduduk sebelum ini dan beliau sedih kerana ramai yang maut akibat suhu tinggi.


Menurut AFP, sekolah di bandar Vancouver buat pertama kali ditutup susulan cuaca panas itu manakala anggota bomba menggunakan hos air untuk menyejukkan badan sesiapa saja yang memerlukannya.


Jutaan penduduk di barat Kanada dan barat laut Amerika Syarikat (AS) menghadapi amaran suhu panas semalam tatkala rantau itu mencatatkan suhu yang memecah rekod kepanasan.


Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, berkata suhu yang dicatatkan minggu ini belum pernah direkodkan berlaku dan meragut banyak nyawa selain meningkatkan risiko kebakaran hutan.


Suhu juga melambung tinggi di kawasan lembah, gunung dan gurun di California, menimbulkan kebimbangan mengenai kebakaran di beberapa bahagian barat AS.


Presiden AS, Joe Biden, dalam satu mesyuarat secara maya, memberitahu gabenor wilayah-wilayah barat bahawa ancaman kebakaran hutan pada tahun ini sama dahsyatnya seperti yang pernah berlaku.


Sebelum ini, sekitar 9,000 ahli bomba dikerah melawan kebakaran di puluhan wilayah, khususnya di utara California yang memusnahkan lebih 6,879 hektar tanah. - AGENSI
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
6,969
Reaction score
1,884
Points
156
diorg ni klu panas,panas sgt lebih 40C..Kalu sejuk,sejuk sgt sampai bersalji..x tahan woo badan
Pada setengah pendapat kawasan paling selesa ialah Mediterranean.
Sesedap rasa je kat sana.
Siang nak pakai tshirt boleh pakai coat pun boleh.
Ada yang pendapat cuaca pada musim bunga paling selesa.
Pendapat masing2
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
317,626
Reaction score
15,501
Points
2,376
DUNIA| 486 Maut, Cuaca Panas Luar Biasa Di Kanada & AS

Sekurang-kurangnya 486 orang maut dipercayai akibat cuaca panas.

Sebilangan besar yang maut terdiri daripada warga emas, yang berdepan masalah kesihatan.

Pihak berkuasa tempatan di kawasan lain turut menerima banyak laporan, mengenai kes kematian mengejut, namun belum mengeluarkan sebarang angka rasmi.

Ini merupakan rekod suhu tertinggi pernah dicatatkan mencecah 49.5 Celcius.

====================

Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3

IKUTI kami di;
Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/
Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3
Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/
Website: https://www.buletintv3.my

#BuletinTV3 #Seantero

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
US-CLIMATE-WILDFIRE-CALIFORNIA_1625395835.jpg

Hanya serombong asap masih berdiri selepas rumah di Gregory Creek dalam wilayah Shasta di selatan Lakehead, California di Amerika Syarikat musnah dalam kebakaran hutan. - Foto AFP

3 kebakaran hutan besar merebak di California Utara​


SAN FRANCISCO: Tiga kebakaran hutan menyebabkan kemusnahan kawasan seluas lebih 16,000 hektar di California Utara, Amerika Syarikat (AS).


Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire), dalam satu kenyataan, Kebakaran Lava di Wilayah Siskiyou yang bermula 24 Jun lalu membabitkan kawasan kira-kira 99 kilometer (km) persegi.


"Hampir 24 peratus kebakaran di kawasan ini berjaya dikawal semalam (kelmarin) dan ribuan orang dipercayai kehilangan tempat tinggal.


"Kebakaran Tennant, yang dipercayai bermula di sebelah timur Hutan Simpan Klamath petang Isnin lalu, merebak ke kawasan seluas 40.5 km persegi dengan 17 peratus kebakaran berjaya dikawal," katanya

Menurut Perkhidmatan Hutan AS, kebakaran itu memusnahkan kira-kira 27 rumah dan api merebak dalam kawasan seluas kira-kira 30 km persegi dengan lima peratus kebakaran sudah dapat dikawal.


Laporan San Francisco Chronicle menyatakan kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah kenderaan yang bergerak di I-5 pada Rabu lalu, berhampiran Tasik Shasta.


Menurut Cal Fire, kebakaran hutan adalah fenomena semula jadi di California dan di seluruh barat AS ketika musim panas, biasanya bermula lebih awal dan berakhir pada penghujung musim setiap tahun.


"Perubahan iklim juga menjadi faktor penyebab kebakaran berlaku kerana bahang pada musim bunga dan musim panas menyebabkan suhu meningkat.


"Suhu lebih panas direkodkan pada musim bunga dan musim panas menyebabkan salji berkurangan dan musim bunga kali ini tiba lebih awal.


"Ini menjadikan musim kering lebih lama lagi ekstrim, yang meningkatkan tekanan kelembapan pada tumbuhan dan menjadikan hutan lebih terdedah kepada kebakaran hutan yang teruk," katanya. - AGENSI
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register