BTC USD 43,159.5 Gold USD 1,761.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gelombang haba landa AS, Kanada | 3 kebakaran hutan besar merebak di California Utara

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,105
Reaction score
5,511
Points
721
b-67.jpg


ONTARION: Gelombang haba dilaporkan melanda sebahagian besar Barat Laut Pasifik Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Keadaan itu menyebabkan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS (NWS) mengeluarkan amaran mengenai gelombang haba di seluruh Washington dan negeri Oregon, selain beberapa bahagian di California dan Idaho turut terjejas.

Beberapa bandar utama juga membuka pusat ‘penyejukan’ yang membolehkan penduduk mendapatkan perlindungan di dalam bangunan berhawa dingin.

NWS meramalkan suhu tinggi akan melanda dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Dalam pada itu, di sebalik cuaca panas dan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa, orang ramai masih menikmati keadaan itu dengan mengunjungi tasik serta kolam renang untuk menyejukkan diri.

Suhu setinggi 40 hingga 46.6 darjah Celsius direkodkan di washington dan Oregon.

Sementara itu, keadaan cuaca panas melampau menyebabkan pusat pemberian vaksin di beberapa tempat terpaksa ditutup, selain alat pendingin hawa mudah alih serta kipas habis dijual di kebanyakan premis perniagaan. – AFP/AGENSI
 
Last edited:
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,105
Reaction score
5,511
Points
721

Record breaking temperatures continue to affect millions in the Northwest. Some states face this heatwave amid a drought. There are also 44 active large fires burning from New Mexico to Oregon



 
Last edited:

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,105
Reaction score
5,511
Points
721

'Kubah panas' di barat AS, Kanada meningkatkan suhu​


OTTAWA: 'Kubah panas' atau 'heat dome' di barat Kanada dan barat laut Pasifik Amerika Syarikat (AS) menyebabkan suhu melonjak tinggi, yang membawa amaran panas terik dari Oregon ke wilayah Artik Kanada semalam.


Laman web cuaca Environment Canada melaporkan, titik panas Lytton di British Columbia, kira-kira 250 kilometer (155 batu) timur laut Vancouver memecahkan rekod suhu paling tinggi di negara itu iaitu 46.6 darjah Celsius (116 Fahrenheit).


Lebih 40 suhu baharu dicatatkan di seluruh wilayah pada hujung minggu, termasuk di bandar peranginan ski Whistler.


Tekanan tinggi di kawasan tanah tinggi yang memerangkap udara panas di rantau itu dijangka terus memecahkan lebih banyak rekod sepanjang minggu.

Environment Canada mengeluarkan amaran kepada British Columbia, Alberta, dan beberapa bahagian Saskatchewan, Yukon dan Wilayah Barat Laut.


"Gelombang panas yang berpanjangan dan berbahaya, akan berlanjutan hingga minggu ini," katanya.


Ia turut meramalkan suhu menghampiri 40 darjah Celsius (104 Fahrenheit) di beberapa wilayah, atau 10 hingga 15 darjah Celsius lebih panas daripada biasa.


Perkhidmatan Cuaca Nasional AS mengeluarkan amaran serupa mengenai gelombang panas berbahaya yang menyaksikan kenaikan suhu sehingga lebih 30 darjah Fahrenheit di atas paras normal di beberapa bahagian Washington dan Oregon.


Isnin dijangka menjadi hari paling panas di bandar besar seperti Seattle dan Portland, dengan rekod tertinggi sepanjang masa kemungkinan berlaku di kedua-dua bandar itu.


Ahli kaji cuaca Environment Canada, David Phillips memberitahu stesen penyiaran CTV bahawa suhu di barat Kanada lebih panas daripada Dubai.


Katanya, risiko kebakaran hutan meningkat, dan paras air di tasik dan sungai menjadi lebih rendah.


Pendingin hawa dan kipas mudah alih dilaporkan habis dijual, sementara ada bandar membuka pusat penyejukan kecemasan dan pekerja turun ke jalanan untuk mengedarkan air dan topi.


Beberapa klinik membatalkan program imunisasi COVID-19 dan sekolah mengumumkan akan ditutup hari ini. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,105
Reaction score
5,511
Points
721

Large parts of the United States and Canada are experiencing a heat wave. One village in Canada's British Columbia saw temperatures hit nearly 47° Celsius at the weekend, which is 116° Fahrenheit!
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,105
Reaction score
5,511
Points
721

Penduduk AS, Kanada bagai ‘dipanggang’ dalam cuaca panas melampau​


OTTAWA: Sejumlah sekolah dan pusat pemberian vaksin (PPV) ditutup buat sementara waktu, selain lebih ramai penduduk berkunjung ke pusat penyejukan ketika barat Kanada dan beberapa bahagian di barat Amerika Syarikat (AS) terus dilanda gelombang haba kritikal.


Lytton di British Columbia memecah rekod suhu di Kanada dengan 47.5 darjah Celsius, sehari selepas kawasan perkampungan itu mencatatkan suhu setinggi 46.6 Celsius.


Suhu di sebahagian besar kawasan Barat Laut Pasifik AS seperti di Portland, Oregon dan Seattle, Washington juga dilaporkan luar biasa.


Portland mencatatkan suhu setinggi 46.1 darjah Celsius, manakala Oregon pula merekodkan suhu 42.2 Celsius.


Pakar iklim di Kementerian Alam Sekitar Kanada, David Phillips menyifatkan cuaca panas ketika ini amat melampau, malah Dubai mungkin lebih sejuk.


“Suhu panas ketika ini sama seperti di kawasan gurun, kering dan sangat panas.

“Kanada merupakan negara kedua yang paling sejuk dan banyak salji di dunia. Kami sering berdepan dengan ribut salji dan amat jarang kami bimbang dengan suhu panas seperti ini,” katanya.


Gelombang haba yang melanda AS dan Kanada ketika ini diburukkan dengan kemarau, menyaksikan kebakaran hutan seluas 600 hektar berlaku di sempadan California-Oregon.


Dalam pada itu, kebanyakan penduduk di Seattle mula mengunjungi pusat penyejukan bagi mengharungi gelombang haba yang berlaku,


Cuaca di Seattle kebiasaanya sejuk dan lembap, menyaksikan penduduknya tidak mempunyai alat pendingin hawa.


Lebih panas, bahaya


Penjualan kipas angin dan pendingin hawa di kebanyakan kedai di Kanada dilaporkan semakin laku, selain kumpulan sukarelawan mengedarkan air botol dan topi kepada penduduk.


Di Vancouver, pihak berkuasa membina air pancut buatan bagi sementara waktu, manakala orang ramai memenuhi kolam renang dan pantai.


Ada juga penduduk terpaksa tidur di dalam kereta dan memasan pendingin hawa susulan tidak mempunyai kemudahan itu di rumah mereka.


Kementerian Alam Sekitar Kanada mengeluarkan amaran gelombang haba yang lebih kritikal di beberapa bahagian termasuk British Columbia, Alberta, Saskatchewan, Manitoba, Yukon dan Wilayah Barat Laut.


“Semua penduduk dinasihatkan supaya duduk di dalam tempat yang berhawa dingin, elakkan aktiviti luar sehingga keadaan kembali stabil,” jelas kementerian itu. – AFP
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
8,255
Reaction score
483
Points
91
diorg ni klu panas,panas sgt lebih 40C..Kalu sejuk,sejuk sgt sampai bersalji..x tahan woo badan
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,105
Reaction score
5,511
Points
721
The Southwest US is being ravaged by a drought that's dropped water levels to record lows.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,105
Reaction score
5,511
Points
721

Canada has recorded its highest ever temperature for a third straight day as authorities link most of sudden deaths reported in the country since last week to the scorching temperatures.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,105
Reaction score
5,511
Points
721
CANADA-WEATHER-HEAT_1625037553.jpg


Kanada catat rekod suhu tertinggi​


VANCOUVER: Lonjakan kes kematian di sekitar kawasan Vancouver dipercayai berkait gelombang panas yang melampau, kata pihak berkuasa, semalam.


Kanada sedang bergelut dengan rekod suhu tertinggi ketika cuaca panas melanda hingga Barat Laut Pasifik Amerika Syarikat (AS).


Sekurang-kurang 134 orang dilaporkan meninggal dunia secara mengejut di Vancouver, sejak Jumaat lalu, menurut perangkaan dikeluarkan jabatan polis bandar itu dan Polis Diraja Kanada.


Jabatan Polis Vancouver berkata, pihaknya menerima makluman berhubung lebih 65 kematian mengejut sejak Jumaat lalu, dengan kebanyakan dikatakan 'berkait cuaca panas.'

Perkhidmatan kaji cuaca, Environment Canada, melaporkan bahawa negara ini mencatat rekod baharu suhu tinggi untuk hari ketiga berturut-turut, semalam, iaitu mencecah 49.5 darjah Celsius di Lytton, British Columbia, kira-kira 250 kilometer timur Vancouver.


Sarjan polis, Steve Addison, berkata Vancouver tidak pernah mengalami keadaan cuaca panas sedemikian.


Pihak berkuasa tempatan di kawasan lain mengaku turut menerima banyak makluman mengenai kes kematian mengejut, namun belum mengeluarkan sebarang perangkaan rasmi, setakat ini.


Perubahan iklim menyebabkan semakin kerap berlaku peningkatan suhu secara mendadak.


Secara global, dekad menjelang 2019 mencatat suhu tertinggi, dengan kesemua tahun paling panas berlaku dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. - AFP
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,793
Reaction score
860
Points
121
Memang azab ni kalau dah sampai dekat 50 celcius.
Tempat kita rekod paling tinggi pun 40 darjah, itu pun dah tak nak keluar rumah.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register