BTC USD 58,710.8 Gold USD 2,579.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gelaran Biduanita Negara Buat Siti Nurhaliza Mungkin Jadi Kenyataan - Fahmi Fadzil

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
449,208
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
449,208
Reaction score
36,350
Points
2,836
Awards
2

Gelaran Biduanita Negara buat Siti Nurhaliza mungkin jadi kenyataan - Fahmi​


03 April 2024 05:26pm


2601578.jpg

Kejayaan Siti Nurhaliza ketika menganjurkan konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac lalu mengundang perhatian ramai hingga ada yang menyarankan penyanyi itu diberikan gelaran Biduanita Negara.


MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan pihaknya kini sedang meneliti cadangan penganugerahan gelaran Biduanita Negara kepada penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Menurut beliau, proses itu akan memakan masa untuk diteliti dan pihaknya akan cuba mempercepatkan perkara tersebut.

"Saya ada bangkitkan perkara itu dan ada perbincangan dalaman. Cuma ia akan mengambil masa dan kita akan cuba lihat apa boleh dilakukan untuk percepatkan proses itu,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Pengamal Media di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.

2601579.jpg

Fahmi mengambil kesempatan bertemu dan berbincang mengenai dunia seni bersama editor serta penulis hiburan. Turut serta adalah Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib (tiga dari kanan) dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din (empat dari kanan).


Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu enggan mengulas lanjut mengenai perbincangan itu.

"Saya tak mahu komen lebih kerana perkara ini masih dalam peringkat perbincangan," ujarnya.

Sebelum ini, kejayaan Siti Nurhaliza ketika menganjurkan konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac lalu mengundang perhatian ramai hingga ada yang menyarankan penyanyi itu diberikan gelaran Biduanita.

Namun Siti Nurhaliza yang diminta mengulas perkara itu berkata, dia tidak terlalu berharap dengan gelaran berkenaan kerana karier nyanyian yang diceburi dilakukan atas dasar minat.

Setakat ini, hanya dua penyanyi yang pernah mendapat gelaran Biduanita Negara iaitu Datuk Sharifah Aini dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma.


 
Sponsored Post

Siti Nurhaliza layak!​


04 APR 2024

2602023.jpg

Datuk Seri Siti Nurhaliza. Foto Instagram @ctdk


NAMA Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia hiburan tanah air kerana pastinya ramai peminat daripada pelbagai lapisan umur amat menggemari kelunakan suara dan peribadinya yang begitu menyenangkan hati.

Penyanyi nombor satu negara itu bahkan tidak kekok langsung ketika menyantuni peminat lebih-lebih lagi ‘SitiZoners’ dari dulu sehingga kini.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa pihaknya sedang meneliti cadangan untuk menganugerahkan gelaran Biduanita Negara kepada pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu.

Menurut beliau, proses tersebut memakan masa untuk diteliti dan pihaknya cuba mempercepatkan perkara berkenaan supaya menjadi realiti suatu hari nanti.

Berdasarkan rekod sebelumnya, difahamkan gelaran Biduanita Negara diberikan kepada individu yang banyak menyumbangkan jasa dan mempunyai pengaruh besar dalam industri seni tanah air.

Setakat ini, hanya dua penyanyi yang pernah mendapat gelaran tersebut iaitu Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan Datuk Sharifah Aini.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata terbabit mengakui tidak meletakkan sebarang harapan berhubung penganugerahan sebagai Biduanita Negara kerana karier yang diceburinya seawal usia 16 tahun dibuat atas dasar minat mendalam.

Ia rentetan daripada kejayaannya menganjurkan konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac lalu sehinggakan ramai yang menyarankan agar penyanyi berkenaan diberikan gelaran gah, sesuai dengan penglibatannya dalam industri muzik selama hampir tiga dekad.

Apapun, isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu sememangnya layak diberikan penganugerahan tertinggi negara atas jasa dan sumbangan yang bukan sahaja kepada seni, malah masyarakat juga.

Lebih-lebih lagi, beliau turut bergiat aktif dalam membantu golongan kurang berkemampuan di negara ini ketika musim kemarau dan banjir serta umat Islam seluruh dunia khususnya mangsa konflik peperangan di Palestin.

Sudah semestinya masyarakat bersetuju bahawa individu tersenarai antara 500 Muslim paling berpengaruh di dunia itu menjadi ‘living legend’ dalam masa sama, gemersik suaranya yang menyedapkan halwa telinga masih boleh didengar secara langsung.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register