- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Perkenalan seorang penuntut kolej swasta dengan sahabat pena melalui majalah hiburan tempatan bertukar malang apabila diperdaya lelaki itu yang merancang penculikan palsu sebelum menggelapkan ‘wang tebusan’ diberi keluarganya.
Chow Weng Fatt, 21, mendakwa kejadian bermula 31 Disember lalu apabila lelaki dikenali sebagai Charles berusia 30-an berasal dari Johor itu datang bercuti di rumah nya di ibu kota selepas seminggu berhubung menerusi telefon bimbit.
Menurut Chow, dia pada awalnya tidak mengesyaki apa-apa berikutan lelaki yang mendakwa bekerja sebagai pereka itu berkelakuan baik dan bersopan santun dengan keluarganya.
“Selepas lima hari bermalam, dia tiba-tiba mengajak saya pergi ke rumahnya di Johor Bharu dan menceritakan masalah dirinya di buru along selepas menjadi penjamin rakannya yang gagal melunaskan hutang.
“Lelaki itu meminjam telefon bimbit saya kononnya mahu menghubungi ibu saudaranya untuk memohon pertolongan kecemasan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Wisma MCA di sini, semalam. Turut hadir Biro Aduan MCA, Da tuk Michael Chong.
Baru 5 hari kenal dah ajak ke rumah...