BTC USD 49,339.7 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Gelang Hitam Berbelang Untuk Geng Antivaksin

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,087
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,087
Reaction score
435
Points
91
#Artikel - Gelang Hitam Berbelang Untuk Geng Antivaksin
FB_IMG_1634535173183.jpg

DALAM proses rakyat Malaysia mula menikmati kebebasan hidup, golongan antivaksin pula terpaksa berhadapan dengan beberapa sekatan.

Antaranya tidak dapat bergerak bebas memasuki mana-mana premis, larangan dine-in, larangan rentas negeri dan paling terkini apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) memberi amaran mahu menyusahkan hidup golongan berkenaan.

Kata KJ, ia mungkin agak kasar tetapi pendekatan dibuat kerana golongan tersebut yang memilih untuk tidak mahu divaksin. Sudahlah tidak mahu dicucuk, mereka turut menyebarkan berita palsu dan menggugat keselamatan awam.

Bagaimana mahu membezakan antara golongan antivaksin dan golongan yang tidak dapat divaksin kerana masalah kesihatan?

Setakat ini kita sukar mengecam golongan itu kerana mereka hanya lantang di media sosial dan ada juga berselindung di sebalik akaun palsu untuk menyatakan prinsip mereka sebagai golongan antivaksin.

Mereka juga sekadar berani menyatakan kedudukan masing-masing dalam kumpulan kecil seperti grup WhatsApp kejiranan, ahli keluarga dan rakan-rakan sahaja.

Kumpulan antivaksin masih belum berani untuk menyatakan pegangan hidup mereka secara terbuka seperti mengadakan himpunan beramai- ramai dan membawa sepanduk tertulis tidak mahu divaksin seperti di luar negara.

Oleh kerana kerajaan dalam proses untuk menyusahkan kehidupan golongan antivaksin, maka usaha untuk membezakan dua kumpulan itu melalui label di Mysejahtera perlu dilaksanakan segera.

Sumber : Sinar Harian
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Messages
30,598
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,598
Reaction score
2,297
Points
206
Org sakit yg dikecualikan vaksin ada surat doktor n blh bwk kesana sini utk pengesahan. Den urusan dgn pbt, ado jumpa pokcik2 yg x vaksin tapi ado surat doktor n deme blh urusan dgn pbt, mkn di kedai n masuk mall dgn patuh sop.
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,690
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,690
Reaction score
16,562
Points
2,376

Boto la tu
Bukan semuo boleh divaksinkan
 
azham

Super Active Member
Messages
7,305
Joined
Dec 20, 2012
Messages
7,305
Reaction score
2,003
Points
156
Org sakit yg dikecualikan vaksin ada surat doktor n blh bwk kesana sini utk pengesahan. Den urusan dgn pbt, ado jumpa pokcik2 yg x vaksin tapi ado surat doktor n deme blh urusan dgn pbt, mkn di kedai n masuk mall dgn patuh sop.
Tiada siapa pun nak sisihkan golongan yang tidak ambil vaksin.
Mereka pun manusia dan dalam masyarakat kita juga.
Cuma segelintir tu yang tidak ambil vaksin suka provoke dan menghina ambil vaksin dengan pelbagai gelaran menyebabkan mereka sendiri balik dikecam.
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,690
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,690
Reaction score
16,562
Points
2,376
Polis nak kena cek la ni nanti kalau menda ni dilaksanakan
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,291
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,291
Reaction score
15,432
Points
1,906
kerajaan takkan kuatkuasakan gelang hitam seperti yg artikel ni sebut
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,690
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,690
Reaction score
16,562
Points
2,376
kerajaan takkan kuatkuasakan gelang hitam seperti yg artikel ni sebut

Macam tambah keje pulak pihak berkuasa nak laksanakan menda gini
Jadi logik la kerajaan tak laksanakan
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,291
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,291
Reaction score
15,432
Points
1,906
Macam tambah keje pulak pihak berkuasa nak laksanakan menda gini
Jadi logik la kerajaan tak laksanakan
aah ye tn TXT
lagi satu nampak sangat diskriminasi tu, tak boleh buat mcm ni

rasanya sijil digital vaksin tu dah memadai utk pemeriksaan
tak perlu gelang hitam bagai ni
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,690
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,690
Reaction score
16,562
Points
2,376
aah ye tn TXT
lagi satu nampak sangat diskriminasi tu, tak boleh buat mcm ni

rasanya sijil digital vaksin tu dah memadai utk pemeriksaan
tak perlu gelang hitam bagai ni

Tu pun bukan cadangan kerajaan kan
Atau cadangan KJ sendiri
 
yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
658
Points
81
aah ye tn TXT
lagi satu nampak sangat diskriminasi tu, tak boleh buat mcm ni

rasanya sijil digital vaksin tu dah memadai utk pemeriksaan
tak perlu gelang hitam bagai ni
Sy rase kalau kerajaan nk asingkn mgkin dia adjust kt mysejahtera tu.. xvaksin dia check in kaler lain ke.. atau buat la mcm mane pun kt mysejahtera tu.. xkn la nk psg gelang plak.. mcm xlogik je artikel ni..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register