Gelandangan Di Hukum Gantung Lepas Mahkamah Rayuan Hidupkan Pertuduhan

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,511
Reaction score
3,410
Points
236
16.07.2020 - Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini menjatuhi hukuman mati ke atas seorang gelandangan selepas menghidupkan semula pertuduhan yang dihadapi lelaki itu sebelum ini iaitu membunuh rakannya.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Nordin Hassan selepas membenarkan rayuan pendakwaaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang meminda pertuduhan terhadap Mohd Khaidir Man kepada menyebabkan kematian tidak terjumlah kepada pembunuhan.

Mohd Khaidir, 30, dihukum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi bagi kesalahan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Dalam penghakimannya, Yaacob yang mempengerusikan panel itu berkata mahkamah bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta ketika meminda pertuduhan tersebut.

Beliau berkata pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Mohd Khaidir bagi kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Yaacob kemudian menggantikan keputusan itu dengan sabitan bagi kesalahan membunuh dan menjatuhkan hukuman mati terhadap Mohd Khaidir.

Mohd Khaidir telah didakwa bersama-sama Abdul Aziz Zabidi, 41, membunuh Razali Mahmod, 38, yang juga seorang gelandangan, di sebuah bilik Hotel Times Inn di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor pada 9.45 malam 1 Mac 2016.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membebaskan Abdul Aziz tanpa dipanggil membela diri dan pendakwaan tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Pada akhir kes pembelaan, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Julai 2018 telah menjatuhi hukuman penjara 20 tahun ke atas Mohd Khaidir selepas meminda pertuduhan terhadapnya kepada menyebabkan kematian tidak terjumlah kepada pembunuhan.

Mengikut fakta kes, pergaduhan meletus antara Mohd Khaidir, mangsa dan Abdul Aziz di sebuah bilik hotel dan keterangan menunjukkan bahawa si mati telah dipukul, ditumbuk dan ditendang berulang kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya How May Ling manakala Mohd Khaidir diwakili peguam K.A.Ramu.

d3069d48d8abe01b07605c474a4833ff.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/534737
 
Sponsored Post

pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
1,983
Reaction score
501
Points
81
2 org gelandangan bunuh rakan yg juga gelandangan disebuah hotel ...... Gelandangan sekarang ni kaya boleh check in hotel
 
Sponsored Post
Top
Log in Register