BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gegau, XOXO, Awok tersingkir

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
image.jpg


KONSERT penentuan Kumpulan B, Bintang Mencari Bintang (BMB) yang berlangsung malam tadi menyaksikan Gegau, XOXO dan Awok tersingkir sekaligus meleburkan hasrat mereka untuk ke pentas separuh akhir.

Sementara peserta lain, Bocik, Ajo dan Titan menyertai tiga peserta dari kumpulan A, Achey, Bowl dan Tapaw yang telah melayakkan diri mereka ke konsert separuh akhir minggu lalu.

Lonjakan luar biasa dilakukan anak didik Senario, Gegau apabila berjaya menjuarai konsert kali ini meskipun gagal ke peringkat seterusnya ekoran pungutan markah yang rendah sepanjang empat konsert berlangsung.

Anak didik Raja Azura, Awok turut tidak mengecewakan ketika membuat persembahan pembukaan, malam tadi.

Meskipun XOXO, Gegau dan Awok seolah-olah sudah ‘reda’ bahawa mereka bakal tersingkir ekoran pungutan markah yang rendah berbanding tiga peserta lain, namun, persembahan mereka wajar dipuji kerana berjaya menghiburkan penonton.

Gegau yang tampil dengan komedi ala-ala Charlie Chaplin menggeletek penonton dari awal hingga akhir persembahan.

Gegau yang dianggotai Mohd Saffuan Samsudin dan Faizal Ibrahim menerima 19 markah daripada juri awam dan empat bintang dari penonton di rumah dengan markah keseluruhan 68.5.

Juri profesional, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, akui pertama kali ketawa apabila Gegau membuat persembahan.

“Anda berani melakukan apa yang anda lakukan pada malam ini (malam tadi). Memang lawak.

“Terus terang saya kata, beberapa minggu ini, saya tak pernah ketawa apabila Gegau membuat persembahan...malam ini, saya memang ketawa,” katanya.

Enam peserta terselamat bakal menempuh tiga konsert separuh akhir sebelum layak ke peringkat akhir.

Markah rasmi bagi kumpulan B, Bocik (281.4), Ajo (263.76), Titan (261.87), Gegau (209.05), Awok (200.58) dan XOXO (141.46).
 
yg tersingkir dan yg tak tersingkir tak best lgsung...
 
yg lagu halkum tu mmg bengongla
 
Boring tgk rancangan ni... tak lawak langsung.. mungkin pengacara tak boleh bawa kot...

Tapi masa dia buat rancangan super spontan ok la plak... hehehe..
 
Back
Top
Log in Register