Gegar Vaganza 6 (2019)

CG Sponsors




korang minat siapa?

  • Naqiu (boboy)

    Votes: 5 62.5%
  • Mazleela

    Votes: 0 0.0%
  • Wann

    Votes: 3 37.5%
  • Sham tony stark (Visa)

    Votes: 3 37.5%
  • Noorshila Amin

    Votes: 1 12.5%
  • Ameer (Sofazr)

    Votes: 1 12.5%
  • Kool (Duo)

    Votes: 0 0.0%
  • Roy

    Votes: 1 12.5%
  • Feeza

    Votes: 0 0.0%
  • Nur Fatima

    Votes: 0 0.0%
  • Hady Mirza

    Votes: 0 0.0%
  • Jatt (black dog bone)

    Votes: 4 50.0%
  • One nation emcess

    Votes: 2 25.0%

  • Total voters
    8
  • Poll closed .

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
32,206
Reaction score
1,382
Points
206
bukan Loi Tuan Ee punya brand ke farm fresh ni?
 
Sponsored Post

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
787
Reaction score
135
Points
23
bukan Loi Tuan Ee punya brand ke farm fresh ni?
Joint Venture

Farm Fresh berjaya atasi kecaman dan ugutan diboikot

Sahlizah Mohamed, Astro Awani
Mei 30, 2019 12:35 MYT

Farm Fresh berjaya atasi kecaman dan ugutan diboikot

Fitnah dan kecaman yang dilemparkan kepada Farm Fresh menerusi laman Facebook kini kembali reda dan tenang.

KUALA LUMPUR
: Produk tenusu terkenal dalam negara, Farm Fresh, yang berdepan kecaman serta ugutan diboikot sejak lebih seminggu lalu akibat difitnah kononnya ia milik syarikat bukan Melayu, kini kembali tenang dan reda.

Sebelum ini, perkongsian yang dibuat oleh seorang individu melalui laman Facebook miliknya itu turut disertakan dengan kata-kata berbaur fitnah yang berpotensi menjadikan situasi lebih teruk khususnya kepada pelanggan tegar produk itu.

Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh, Azmi Zainal (COO) serta Loi Tuan Ee (CEO) tampil memberikan penjelasan sekali gus menafikan salah faham yang timbul sejak 19 Mei lalu.

“Bermain dengan isu rasis untuk viralkan sesuatu isu adalah satu tindakan yang tidak bijak. Dalam laman web atau mana-mana kenyataan, tidak pernah dimaklumkan syarikat ini adalah milik Muslim. Produk kami adalah produk Malaysia.

“Masa mula-mula saya fikir untuk saman, tetapi orang yang mula-mula mencetuskan keadaan itu meminta maaf. Jadi saya dengan Loi pun berbincang. Akhirnya kami batalkan hasrat. Orang ini pun ada anak isteri.

“Tindakan menyaman tidak akan membuatkan kami kaya walaupun kami akan berpuas hati,” katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.

Sebagai rekod, Farm Fresh sejak 10 tahun lalu yang diterajui oleh The Holstein Milk Co Sdn. Bhd.

Sehingga hari ini, sebanyak empat buah ladang lembu telah diusahakan mereka bermula di Kota Tinggi dan Desaru, Johor; Muadzam Shah, Pahang dan terkini sebuah ladang moden di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Selain susu segar, produk tenusu Farm Fresh juga boleh didapati dalam bentuk minuman yogurt.

Kejayaan Farm Fresh pada hari ini termasuk mengubah nasib ramai individu yang kini bergelar usahawan dan sehingga kini, terdapat sekitar 540 usahawan di bawah syarikat berkenaan dengan pendapatan lebih kurang RM50 juta manakala pendapatan kasar RM13 juta.

Mengulas tentang kejadian viral itu, Azmi berkata, kejadian itu menjejaskan wakil penjual apabila mereka terpaksa menjawab pelbagai persoalan pelanggan yang bertanyakan pelbagai soalan.

“Mereka bertindak membuat laporan polis kerana ia menjejaskan penjualan. Mereka kena jawab semua perkara.

“Pada saya, rakyat Malaysia seharusnya berbangga apabila Farm Fresh yang merupakan syarikat tempatan berjaya mengatasi produk daripada syarikat luar,” jelasnya.

Katanya, permintaan susu kurma pada hari ini mendapat sambutan yang sangat baik sehingga menjadi ikutan syarikat lain.

Sementara itu, Tuan Ee turut memberitahu, usaha dia dan Azmi dalam menternak lembu bukan satu pekerjaan mudah dan mereka bermula dengan 50 ekor lembu.

Justeru, dalam menstabilkan lagi empayar Farm Fresh, mereka telah membeli sebuah syarikat di Australia beberapa tahun lalu.

“Pelaburan itu bertujuan menggalakkan penghasilan baka lembu di Australia. Apa yang kita lakukan sekarang ialah terus menggunakan baka itu dan anak lembu yang dilahirkan dihantar ke Malaysia.

“Kita tidak mampu untuk menukar cuaca tropika di sini. Panas atau hujan, kita tak boleh buat apa-apa. Jadi daripada saya tukarkan keadaan cuaca mengikut lembu, kita tukarkan genetik.

“Genetik lembu itu kita tingkatkan agar ia sesuai untuk hidup dan tahan lasak bersesuaian dengan cuaca negara kita,” jelasnya.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,867
Reaction score
8,906
Points
2,226
Tahniah Hady Mirza & Naqiu
Juara Bersama #GV2019
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
787
Reaction score
135
Points
23
Tahniah Naqiu Boboy & Hady Mirza Juara Bersama GV2019!

Oleh: AMRI HASSAN

Tahniah Naqiu Boboy & Hady Mirza Juara Bersama GV2019!


Melakar sejarah baharu, Naqiu Boboy dan Hady Mirza dinobatkan sebagai juara rancangan realiti hiburan popular Gegar Vaganza 2019 (GV2019)!

Pertarungan pentas akhir sebentar tadi menyaksikan kedua-duanya menewaskan empat bintang lain dengan mudah dalam dua pusingan solo dan battle.

Naqiu dan Hady Mirza membawa pulang wang kemenangan RM100,000 beserta pakej percutian ke Eropah Timur dan Timur Tengah, pakej ubah suai ruang tamu dan ruang dapur, penginapan di Hotel Tenera Bangi serta trofi.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Jatt Ali yang membawa pulang wang tunai RM30,000, pakej percutian ke Shanghai dan Disneyland, pakej ubah suai ruang makan, penginapan di Hotel Tenera Bangi dan trofi.

Sementara Nurfatima dan One Nation Emcees terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tempat keempat dan kelima. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, pakej percutian ke Chiang Mai, Thailand dan RM15,000, pakej percutian ke Ho Chi Minh, Vietnam dan trofi.

Tidak pulang dengan tangan kosong, Sham Visa akur di kedudukan terakhir dengan wang saguhati RM10,000, pakej percutian ke Jakarta, Indonesia dan trofi.

Pentas akhir GV2019 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Rizalman Ibrahim.

Program realiti nyanyian dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

GV pernah menobatkan Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah dan Noryn Aziz sebagai juara musim terdahulu.

 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,521
Reaction score
898
Points
161
apebendeee la astro... x lame lg berkubur la GV ni... apekejadah juara sampai 2 org... kalo dah juara tuh mmg cuma SATU....
 

Dss.Net

Super Active Member
Joined
Sep 29, 2013
Messages
6,904
Reaction score
230
Points
83
apebendeee la astro... x lame lg berkubur la GV ni... apekejadah juara sampai 2 org... kalo dah juara tuh mmg cuma SATU....
itu ler, pnye la follow lama, eh boleh pulak 2 orang
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,281
Reaction score
130
Points
73
ok la tu 2 org champ...munkin org dok agak mmg naqiu juara last2 smua salah, 2 org sekaligus juara haha
 

elnino25

Super Active Member
Joined
Mar 29, 2010
Messages
7,337
Reaction score
28
Points
70
dua2 konsisten..tp bg aku naqiu lebih layak mng sbb lagu2 yg dia dpt semua mencabar..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,867
Reaction score
8,906
Points
2,226


Penyanyi, Hady Mirza (kiri) dan Naqiu mengungguli Gegar Vaganza musim keenam di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, sebentar tadi. - NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din



Peserta akhir Gegar Vaganza musim keenam di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, sebentar tadi. -NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Hady Mirza, Naqiu juara bersama GV6


SHAH ALAM: Keputusan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) mengejutkan peminat apabila buat kali pertama, dua peserta diumumkan juara bersama iaitu Hady Mirza dan Naqiu.

Pada pertandingan yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi, Hady dan Naqiu meraih wang tunai RM100,000 dan trofi.

Hady dan Naqiu turut memenangi pakej percutian ke Eropah Timur dan Asia Barat, pakej ubahsuai ruang tamu dan ruang makan serta penginapan percuma di sebuah hotel.

Vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt diumumkan pemenang ketiga. Sebagai ganjaran, Jatt menerima wang tunai RM30,000 dan hadiah lain.

Nurfatima menduduki tempat keempat, diikuti One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).

Persembahan peserta peringkat akhir diadili Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Rizalman.

Hadiah disampaikan Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh dan Ketua Saluran Melayu Astro, Azlun Reza Azmi.

Pentas akhir GV6 dikendalikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,867
Reaction score
8,906
Points
2,226

Hady dan Naqiu masing-masing memperoleh markah 87 peratus serta mempamerkan aksi setara ketika beraksi di pentas akhir GV6 yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, malam tadi. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din



Hady Mirza ketika membuat persembahan Gegar Vaganza Musim Ke-6 separuh akhir di Dewan MBSA, Shah Alam. - Foto Muhd Zaaba Zakeria



Naqiu ketika membuat persembahan Gegar Vaganza Musim Ke-6 separuh akhir di Dewan MBSA, Shah Alam. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
Markah Hady Mirza, Naqiu sama


SHAH ALAM: Juri musim keenam Gegar Vaganza (GV6) mempertahankan keputusan menobatkan Hady Mirza dan Naqiu sebagai juara bersama program realiti itu, malam tadi.

Ketua Juri, Datuk Ramli MS memberitahu keputusan dibuat selepas mendapati markah dikumpul Hady dan Naqiu adalah sama iaitu 87 peratus, selain beraksi hebat dan tidak melakukan kesilapan dalam persembahan.

"Selepas dicampurkan semua markah juri, Hady dan Naqiu masing-masing mendapat 87 peratus. Saya kena berlaku adil dan tidak bolehlah hendak pilih hanya seorang sebagai juara.

"Mereka memberikan persembahan yang setara dan nyanyian tidak sumbang. Atas faktor itu, saya berpendapat mereka layak bergelar juara.

"Apa salahnya jika kita mengangkat mereka sebagai juara? Saya tak nampak mereka bersaing malam ini (tadi). Apa yang saya lihat, Hady dan Naqiu menyanyi seperti satu keluarga... Nampak keikhlasan mereka," katanya pada sidang media selepas konsert malam kemuncak GV6 di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Strategi Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad serta dua juri iaitu Hetty Koes Endang dan Datuk Rizalman Ibrahim.

Pendapat Ramli disokong Hetty yang kagum dengan corak persembahan Hady dan Naqiu terutama dalam segmen 'battle'.

"Saya memang mengharapkan ada aksi beradu kekuatan vokal antara Naqiu dan Hady. Namun, itu tidak berlaku sama sekali. Sebaliknya, nyanyian mereka sangat harmoni. Situasi itu membuatkan saya bingung seketika.

"Mungkin selepas 11 minggu beraksi, mereka menjadi rapat dan ada keserasian. Itu yang membuatkan nyanyian mereka jadi begitu. Mana mungkin saya boleh pilih hanya seorang sebagai juara jika kedua-duanya memberikan persembahan hebat dan mengagumkan," katanya.

Sementara itu, mengulas dakwaan konon keputusan mengisytiharkan dua juara sudah dirancang awal berdasarkan dua trofi diterima pemenang, Raqim menjelaskan salah satu daripada trofi yang diberi hanyalah replika yang digunakan dalam sesi fotografi mempromosikan program itu.

"Kita hanya ada satu trofi manakala sebuah trofi lagi adalah replika yang digunakan untuk tujuan promosi. Kebetulan trofi itu memang ada, jadi kita berikan kepada mereka.

"Ini tiada kaitan langsung dengan spekulasi konon keputusan dibuat lebih awal seperti yang diperkatakan di laman sosial. Saya percaya dengan kredibiliti juri. Jika mereka kata dua peserta ini layak bergelar juara, saya hormat keputusan yang dibuat, " katanya.

Malam tadi, GV6 membuat kejutan dengan mengangkat Hady dan Naqiu sebagai juara bersama.

Keputusan yang tidak dijangka itu mencetuskan polemik dalam kalangan warganet. Ramai mempertikaikan keputusan itu yang didakwa sudah diatur awal.

Atas kejayaan Hady dan Naqiu, Kemuncak GV6 tidak mengumumkan naib juara. Jatt, mendapat tempat ketiga, Nurfatima (keempat), One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).


 
Sponsored Post
Top
Log in Register