Gegar Vaganza 6 (2019)

CG Sponsors




korang minat siapa?

  • Naqiu (boboy)

    Votes: 5 62.5%
  • Mazleela

    Votes: 0 0.0%
  • Wann

    Votes: 3 37.5%
  • Sham tony stark (Visa)

    Votes: 3 37.5%
  • Noorshila Amin

    Votes: 1 12.5%
  • Ameer (Sofazr)

    Votes: 1 12.5%
  • Kool (Duo)

    Votes: 0 0.0%
  • Roy

    Votes: 1 12.5%
  • Feeza

    Votes: 0 0.0%
  • Nur Fatima

    Votes: 0 0.0%
  • Hady Mirza

    Votes: 0 0.0%
  • Jatt (black dog bone)

    Votes: 4 50.0%
  • One nation emcess

    Votes: 2 25.0%

  • Total voters
    8
  • Poll closed .
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,163
Reaction score
1,531
Points
596
"Peminat Terjerit-Jerit Sambil Kelar Tangan, Ada Nak Datang Tikam Saya!" - Naqiu Boboy

AMRI HASSAN | 31 OKTOBER 2019. 12:45 PM



Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Naqiu Boboy mendedahkan ada antara peminatnya yang terlalu obses dengannya hingga sanggup mencederakan diri.

Malah, kejadian yang berlaku sekitar awal tahun 2000 itu benar-benar membuatkannya terkejut dan teringat-ingat sampai sekarang.

"Kejadian itu berlaku selepas saya membuat persembahan di sebuah funfair di Sabah awal tahun 2000.

"Ada seorang peminat wanita datang ke arah saya sambil menjerit-jerit dan mengelar tangan kiri dan kanannya.

"Mujur ketika itu saya dihalang oleh orang sekeliling dan mereka membawa wanita itu untuk menerima rawatan.

"Dalam fikiran saya, siapakah dia. Nak kata bekas kekasih rasanya bukan... Nak kata kenal pun tak," cerita Naqiu.

Malah, Naqiu juga pernah hampir ditikam oleh peminat lelaki yang cemburu dengan kekasihnya yang terlalu taksub dengan anggota kumpulan Boboy itu.

"Ada satu kejadian lagi seorang lelaki datang dari arah tepi dan cuba menikam saya.

"Tetapi pengawal peribadi saya menadah badannya dan pisau itu terkena padanya. Sampai dia dikejarkan ke unit rawatan rapi!

"Mujur peminat sekarang tidak ekstrim seperti dahulu dan menghormati saya dan keluarga, tidak bertindak keterlaluan dan melulu," tambah Naqiu.

Fenomena Naqiu kembali diperkatakan apabila penyanyi itu mencuri tumpuan menerusi persembahan luar biasa setiap minggu di GV2019.

dasyat sampai camtue ka

sampai terjerit jerit

kelar tikam apa hal
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
808
Reaction score
137
Points
23
dasyat sampai camtue ka

sampai terjerit jerit

kelar tikam apa hal
Ang xdak ka yg tergila2...kata Vin Diesel :LOL:

Xdak ka amoi tergila2...blh buat thread baru kat section love, relationships
Pengalaman Dausbiz ngan peminat :LOL:
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
808
Reaction score
137
Points
23
“Tidak merdu... harmoni pun bersepah!” - Gandingan Kool dan Farawahida tidak 'mesra' punca tersingkir GV6

Isnin, 4 November 2019 1:12 AM | Oleh: AZLINA MAZLI


Gandingan Kool dan Farawahida gagal menyerlah.

NADA suara tidak merdu membuatkan kumpulan duo, Kool tersingkir daripada pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pada konsert keempat yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor, Ahad.

Menurut juri tetapnya, Datuk Ramli MS, dia melihat gandingan
kumpulan Kool dengan artis undangan Farawahida yang tidak ‘mesra’
membuatkan mereka tidak layak untuk bertanding pada minggu hadapan.

“Faktornya kerana melodi lagu adalah sangat senang. Nada suara dan kemerduan itu tidak ada.

“Bila harmoni pun agak bersepah membuatkan mereka tidak mendapat markah yang cukup untuk mara ke minggu hadapan.

“Its nothing do to with Farawahida. Saya tidak boleh beri markah lebih kepada penyanyi undangan kerana mereka di sini hanya untuk menyokong yang bertanding,” katanya kepada mStar.

Kumpulan Kool yang dianggotai oleh Hairie ,51, dan Riot, 47, membawakan lagu Siapa Dia Sebelum Aku bersama Farawahida.


Gandingan Jatt dan Ayai terima pujian juri tetap.

Sementara itu, sembilan peserta mara ke minggu hadapan ialah Wann, Norshila Amin, Feeza, Nurfatima, Sham Visa, Naqiu Boboy, Hady Mirza, Jatt Black Dog Bone dan kumpulan One Nation Emcee.

Minggu kelima kesemua peserta akan mempersembahkan lagu bertemakan ‘Curhat’ (curahan hati).

Selain Ramli atau Tok Ram, kesemua peserta diadili seorang lagi juri tetap iaitu Hetty Koes Endang selain penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah sebagai juri jemputan.

GV6 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Dalam pada itu, penyanyi veteran, A. Halim menerima sumbangan
sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro manakala Anugerah Bintang Cili Padi pula dimenangi oleh Jatt Black Dog Bone.

 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
18,607
Reaction score
1,248
Points
201
“Tidak merdu... harmoni pun bersepah!” - Gandingan Kool dan Farawahida tidak 'mesra' punca tersingkir GV6

Isnin, 4 November 2019 1:12 AM | Oleh: AZLINA MAZLI


Gandingan Kool dan Farawahida gagal menyerlah.

NADA suara tidak merdu membuatkan kumpulan duo, Kool tersingkir daripada pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pada konsert keempat yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor, Ahad.

Menurut juri tetapnya, Datuk Ramli MS, dia melihat gandingan
kumpulan Kool dengan artis undangan Farawahida yang tidak ‘mesra’
membuatkan mereka tidak layak untuk bertanding pada minggu hadapan.

“Faktornya kerana melodi lagu adalah sangat senang. Nada suara dan kemerduan itu tidak ada.

“Bila harmoni pun agak bersepah membuatkan mereka tidak mendapat markah yang cukup untuk mara ke minggu hadapan.

“Its nothing do to with Farawahida. Saya tidak boleh beri markah lebih kepada penyanyi undangan kerana mereka di sini hanya untuk menyokong yang bertanding,” katanya kepada mStar.

Kumpulan Kool yang dianggotai oleh Hairie ,51, dan Riot, 47, membawakan lagu Siapa Dia Sebelum Aku bersama Farawahida.


Gandingan Jatt dan Ayai terima pujian juri tetap.

Sementara itu, sembilan peserta mara ke minggu hadapan ialah Wann, Norshila Amin, Feeza, Nurfatima, Sham Visa, Naqiu Boboy, Hady Mirza, Jatt Black Dog Bone dan kumpulan One Nation Emcee.

Minggu kelima kesemua peserta akan mempersembahkan lagu bertemakan ‘Curhat’ (curahan hati).

Selain Ramli atau Tok Ram, kesemua peserta diadili seorang lagi juri tetap iaitu Hetty Koes Endang selain penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah sebagai juri jemputan.

GV6 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Dalam pada itu, penyanyi veteran, A. Halim menerima sumbangan
sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro manakala Anugerah Bintang Cili Padi pula dimenangi oleh Jatt Black Dog Bone.


best betul tgk Kool keluar...memang buat semak stage je....
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
808
Reaction score
137
Points
23
GV2019: Kejutan Minggu Tiada Penyingkiran, Nurfatima Bernasib Baik! "Tapi Lepas Ni Mungkin Ada 2 Keluar Serentak!"

BY AMRI HASSAN

GV2019: Kejutan Minggu Tiada Penyingkiran, Nurfatima Bernasib Baik!


Minggu kelima konsert Gegar Vaganza 2019 (GV2019) menyaksikan tiada bintang yang tersingkir daripada terus bertanding.

Kekal seramai 10 bintang untuk meneruskan perjuangan, minggu tiada penyingkiran dianggap tuah buat Nurfatima yang berada di tangga tercorot minggu ini.

"Ada tiga orang juri, yang pasti tiga peserta tercorot sudah dikenal pasti cuma perbezaan markah bergantung pada juri-juri itu sendiri. Ada yang rendah dan sangat rendah!

"Minggu ini Nurfatima bernasib baik kerana tiada penyingkiran. Itu peluang terbaik dia dan akan menjadi perkara yang merugikan sekiranya dia tersingkir," kata ketua juri, Datuk Ramli MS.

Sementara itu, jelas Pengurus Saluran Astro Ria & Ria HD, Emarina Kamal, pihaknya sudah merancang dari awal bahawa minggu kelima menjadi minggu tiada penyingkiran peserta.

"Kalau diperhatikan daripada musim terdahulu akan ada episod yang tiada penyingkiran dan sama seperti kali ini, ia sudah dirancang daripada awal.

"Jika diikutkan ada 10 peserta sekarang dan terdapat lebihan masa untuk konsert, sekiranya ada penyingkiran kandungan akan menjadi pendek.

"Bagaimanapun, tidak mustahil nanti untuk minggu seterusnya akan ada dua penyingkiran serentak. Namun, ia berdasarkan perbincangan dengan pihak juri berdasarkan persembahan minggu tersebut," tambahnya.

Nurfatima yang menyanyikan lagu Can't Fight The Moonlight (LeAnn Rimes) nyaris menjadi bintang keempat tersingkir selepas Kool, Ameer Sofazr dan Mazleela.

Namun, penyanyi yang kini menetap di Australia itu beruntung kerana diselamatkan pada minggu tiada penyingkiran.

Konsert kelima menyaksikan Naqiu kembali merampas takhta juara mingguan menerusi persembahan bertenaga lagu Di Ambang Wati.

 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
808
Reaction score
137
Points
23
Perjalanan Feeza di pentas GV6 terhenti pada minggu suku akhir

WAWANN MOHD | 17 November 2019


Feeza tersingkir pada konsert minggu keenam yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, tadi.

FEEZA
menamatkan persaingan di pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6) apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu keenam yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam sebentar tadi.

Menerusi tema Melets, Feeza diberi tugasan menyampaikan lagu Terus Mencintai nyanyian asal daripada Siti Nordiana.

Bagaimanapun, persembahan tersebut gagal menambat hati juri apabila menerima markah paling rendah berbanding peserta lain.

Penyingkiran tersebut sekali gus menyaksikan Wann, Nurfatimah, Jatt, Naqiu, Roy, Hadi Mirza, One Nation Emcee, Sham Visa dan Noorshila Amin mara ke minggu separuh akhir.

Kesemua peserta diadili dua juri profesional, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, selain Saari Amri sebagai juri jemputan.

Dalam pada itu, Wann diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Cili Padi, manakala Bintang Cuckoo Paling Gempak pula menjadi milik Sham Visa.

GV6 yang dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
808
Reaction score
137
Points
23
Kejutan lagi! GV6 dilanjutkan selama 11 minggu, tiada penyingkiran minggu ketujuh

Isnin, 25 November 2019 12:09 AM
Oleh: NUR ASYIKIN MAYUDIN


Hady Mirza membawakan lagu Haqiem Rusli berjudul Jatuh Bangun.

KEJUTAN demi kejutan, pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang
berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam kinidilanjutkan dari lapan minggu ke 11 minggu.

Malah konsert pada minggu ketujuh yang berlangsung pada Ahad turut
menyaksikan sembilan peserta berjaya mara ke pentas minggu hadapan.

Semua peserta tersebut ialah Wann, Noorshila Amin, Nurfatima, Sham Visa, Naqiu Boboy, Roy, Hady Mirza, Jatt Black Dog Bone dan kumpulan One Nation Emcee.

Kesemua peserta diadili oleh dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan
Hetty Koes Endang, manakala pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi tampil sebagai juri jemputan.


Naqiu beri saingan menerusi lagu Rampas.

GV6 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Dalam pada itu, penyanyi Hail Amir menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro.

Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini menjadi milik Roy manakala Anugerah Bintang Cili Padi pula dimenangi oleh Noorshila Amin.

 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
808
Reaction score
137
Points
23
“Bermula Dengan 60 Ekor Lembu & Hantar Susu Guna Bas…” - Bos Susu Kongsi Kisah Perit Buat Netizen Kagum
AZWA RAHMAN | 26 NOVEMBER 2019. 7:47 PM

“Bermula Dengan 60 Ekor Lembu & Hantar Susu Guna Bas…” - Bos Susu Kongsi Kisah Perit Buat Netizen Kagum


Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh, Azmi Zainal mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi kisah bermulanya jenama susu segar keluarannya.

Semakin dikenali menerusi program Gegar Vaganza 2019 (GV2019) selaku penaja utama, jenama susu tersebut menerima respon positif wargamaya apabila mengadakan segmen ‘Astro & Farm Fresh Kongsi Rezeki’.

Menerusi laman sosial Facebook, Azmi atau lebih dikenali sebagai ‘Bos Susu’ memuat naik perkongsian itu untuk tatapan umum.

“Mungkin tidak ramai penonton GV yang tahu kisah brader dan Bro Loi memulakan bisnes kecil kami sehingga mencapai tahap ini.

“Kami bermula dengan 60 ekor lembu dan membeli susu dari penternak, kami hantar susu tu naik bas ekspres kerana tiada lori yang nak hairan pun setakat nak hantarkan susu 10 - 20 kotak ke KL.

“Kami jual di kedai kecil dahulu sebelum masuk ke supermarket. Bila petang brader akan jual sendiri di pasar malam dan pasar tani.

“Kami rasa perit dan susah, bukan hanya air mata sahaja yang mengalir. Maruah juga di injak-injak kami tidak pernah kenal erti tewas.

“Kami tahu bagaimana perasaannya menjadi orang susah yang memerlukan. Atas dasar keinsafan dan sedar asal-usul kami, kami tidak pernah lupa dan sentiasa ingat hari-hari kami bermula dulu.

“Sebab itu jugalah kami buat tanggungjawab sosial GV Farm Fresh ini,” jelasnya panjang lebar menerusi satu entri.

Perkongsian Bos Susu itu nampaknya telah mengundang rasa kagum dan hormat wargamaya terhadap jenama susu itu.

Malah, ramai yang berkongsi mereka telah mencuba susu berjenama Farm Fresh serta mendapat pelbagai kebaikan daripada susu tersebut.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, berdiri dan luaran


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, pokok, luaran dan alam


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri, langit dan luaran


 
Sponsored Post
Top
Log in Register