TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 394,705
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 394,705
- Reaction score
- 26,624
- Points
- 2,836
- Awards
- 2

JAKIM mendedahkan terdapat 310,000 pengamal gay di Malaysia, meningkat berbanding 173,000 yang direkodkan lima tahun sebelum ini.
Golongan transgender juga meningkat daripada 10,000 pada 1988 kepada 30,000 pada 2018. Jumlah ini mengisyaratkan virus lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sedang membiak dan akan merosakkan masyarakat jika tidak dikawal.
Ini tentu merisaukan rakyat Malaysia yang melihat kehidupan songsang golongan ini bakal mengancam pengukuhan institusi keluarga dan kesejahteraan kehidupan sosial mereka.
Agak melegakan apabila kerajaan secara rasminya mengambil pendirian tidak mengiktiraf LGBT. Namun pendirian kerajaan sewajarnya disertai mekanisme kawalan bersistematik supaya wabak LGBT tidak berkembang.
Untuk itu faktor penularan perlu dikawal hinggalah kepada merawat simptomnya.
Pengkaji isu LGBT mencadangkan dua kaedah utama - pendidikan dan perundangan. Pendidikan adalah paling asas untuk mengawal punca, manakala perundangan untuk mengawal akibat yang tidak dapat diuruskan melalui pendidikan.
Undang-undang adalah proses terakhir. Benih dan tunjangnya perlu dihapus sebelum ia menjalar dan meracuni ekosistem kehidupan manusia. Ibu bapa berperanan sebagai pendidik kerana merekalah yang mencorakkan kehidupan awal dan orientasi pendidikan awal anak-anak.
Orientasi gender berpaksikan nilai agama dan norma tabii jantina akan menanam kefahaman dan menentukan sifat setiap kanak-kanak, sama ada menjadi lelaki atau perempuan.
Pendidikan agama di rumah juga faktor utama perlu diberi perhatian. Ibu bapa hari ini banyak melepaskan tugas memberikan pendidikan agama kepada pihak sekolah, sedangkan anak-anak lebih banyak di rumah.
Sekolah tidak dapat menampung pendidikan agama kerana orientasi pendidikannya lebih menjurus pemberian ilmu. Tarbiah tidak rasmi dalam institusi keluarga paling berkesan dalam membentuk pemikiran, psikologi dan sikap anak-anak.
Banyak sistem dan persekitaran kita rosak dan perlu diperbaiki. Ada kes di mana ibu bapa memberi tarbiah baik dan pendidikan agama di sekolah Islam, tetapi persekitaran luarnya yang begitu ‘menarik’ mengherotkan tabii jantinanya.
Ini termasuk proses normalisasi gejala LGBT melalui kebebasan melampau dalam segala bentuk media massa yang terlalu banyak mempromosi watak pondan dan mak nyah melalui filem, drama, komedi, radio dan seumpamanya.
Konsep langit terbuka alam siber dan internet tidak dikawal juga memudahkan virus ini merebak. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu menyekat sebarang bentuk promosi secara langsung atau tidak langsung terhadap elemen LGBT, bukan menunggu aduan untuk bertindak.
Sistem sekolah berasrama juga lama dikesan antara premis awal berlaku masalah LGBT. Bukan sahaja sekolah biasa, tetapi membabitkan sekolah agama dan tahfiz.
Mungkin sistem dua atau tiga guru murabbi tinggal bersama sejumlah pelajar dalam satu dormitori seperti diamalkan di beberapa pesantren di Indonesia boleh dicuba bagi mengawal ‘kebebasan’ di asrama.
Saranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya sistem belajar di asrama bermula pada umur 16 tahun hendaklah dipandang serius Kementerian Pendidikan bagi mengekang penularan virus LGBT di asrama sekolah.
Ada juga laporan menyebut ramai mula terjebak LGBT ketika menjadi mahasiswa di universiti atau kolej. Mereka yang baru merasai ‘kebebasan’ daripada dibayangi kawalan ibu bapa, mudah terpengaruh penonjolan gaya hidup songsang oleh senior.
Untuk itu, pihak Pusat Islam setiap universiti awam sebagai contoh perlu berkolaborasi mewujudkan garis panduan kawalan elemen LGBT di pusat pengajian tinggi.
Ada cubaan golongan LGBT menggunakan pendekatan ilmiah dengan memanipulasikan ajaran agama secara salah untuk memberi justifikasi songsang ini.
Persepsi bahawa LGBT tidak menyalahi syariat agama giat ditanam dalam pemikiran. Segala akalan dan tafsiran songsang digunakan secara intensif dan manipulatif bagi meyakinkan pengikut mereka. Ini perlu ditekuni secara ilmiah oleh ilmuwan dan agamawan.
Penghujahan menyeleweng berdasarkan congakan akal yang diruntuni nafsu, perlu dijawab secara akademik dan tuntas oleh sarjana. Jemput mereka duduk semeja dan berwacana serta bermuzakarah secara ilmiah.
Elemen LGBT juga tersebar secara tidak langsung melalui promosi produk kosmetik yang dimiliki oleh usahawan yang mempunyai jutaan pengikut di media sosial mereka. Iklan produk lelaki pondan memakai mahkota, tayangan aurat di media sosial sebagai teknik pemasaran bagi melariskan jualan kini berleluasa tanpa kawalan pihak berkuasa.
Jalan terbaik boikot produk mereka dan sekatan oleh agensi komunikasi.
LGBT juga banyak menggunakan lorong hak asasi sebagai wasilah perjuangan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pembela golongan ini ditubuhkan sama ada secara tersurat atau tersirat. Mereka menggunakan saluran antarabangsa untuk memberi tekanan terhadap negara bagi membenarkan semua tuntutan luar tabii.
NGO sebegini ini tidak wajar dibiarkan bebas. Malaysia mempunyai undang-undang untuk mendakwa jenayah homoseksual sama ada melalui undang-undang sivil atau syariah.
Seksyen 377 Kanun Keseksaan boleh digunakan bagi mendakwa pasangan terbabit homoseksual, manakala bagi masyarakat Islam, jenayah liwat dan musahaqah boleh didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah melalui Seksyen 14 dan 15.
Masih belum terlambat untuk mencari penawar bagi penyakit kronik masyarakat ini.
Dr Saadan Man
Pensyarah Hukum Islam Semasa, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam universiti Malaya
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/04/555084/virus-lgbt-perlu-dikawal-secara-holistik