hiduprakyat
Legendary Member
- Messages
- 18,839
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 18,839
- Reaction score
- 1,301
- Points
- 201
3 lelaki cedera dalam letupan gas penyaman udara
Kuala Lumpur: Letupan yang berlaku ketika kerja pengisian gas penyaman udara mengakibatkan tiga lelaki cedera dalam kejadian di tingkat sembilan, Plaza GM, Chow Kit di sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kejadian pada 3.20 petang.
"Menurut Komander Operasi Mohd Azrul Mat Zenan, setibanya pasukan di lokasi mendapati letupan berpunca daripada kerja-kerja pengisian gas penyaman udara.
"Letupan juga mengakibatkan tiga lelaki dewasa cedera ringan serta terdapat runtuhan siling premis di tingkat tujuh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mangsa terdiri daripada seorang pekerja pengurusan bangunan dan dua kontraktor warga Myanmar.
Katanya, kesemua mangsa diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menerima rawatan dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.