BTC USD 54,318.5 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gara-gara percaya menang cabutan bertuah barang kemas lesap

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Menurutnya, surirumah berkenaan didatangi dua lelaki Cina yang memperkenalkan diri sebagai jurujual sebuah syarikat minyak masak dan ingin mempromosikan barang keluaran syarikat mereka.

“Selepas bercakap me-ngenai barang jualan, suspek mula memujuk untuk melihat barang kemas yang dipakai mangsa dan surirumah itu terpedaya lalu menyerahkan barang kemas bernilai RM7,000 yang dipakai.

“Suspek membuat helah ingin melihat nombor siri barang kemas itu sebelum melarikan diri dan mangsa berusia 45 tahun baru tersedar dirinya ditipu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Ab Rahim berkata, kejadian kedua pula dilaporkan berlaku sehari selepas itu di Sungai Rengas, Kampung Kubang Tangga, di sini, kira-kira jam 3 petang melibatkan kerugian sejumlah RM6,000.

Menggunakan taktik sama katanya, dua lelaki Cina memujuk mangsa seorang guru menyerahkan seutas gelang emas sebelum lelaki berkenaan melarikan diri dan meninggalkan mangsa yang mendakwa seolah-olah khayal.

“Kejadian sama turut menimpa seorang surirumah berusia 44 tahun di Dungun apabila didatangi dua lelaki dari syarikat sama mendakwa mangsa memenangi cabutan bertuah sebelum pujuk wanita itu memberikan barang kemas dipakai.

“Suspek membuat helah ingin melihat nombor siri barang kemas itu sebelum melarikan diri bersama tiga rantai tangan emas bernilai kira-kira RM5,900,” katanya.

Menurutnya, semua kes tersebut dipercayai dilakukan individu sama dan oleh itu beliau menasihati orang ramai khususnya wanita agar berhati-hati sekiranya didatangi lelaki tidak dikenali mendakwa jurujual sebuah syarikat.

“Jika ada maklumat mengenai kejadian ini, terus menghubungi kita dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register