BTC USD 19,692.2 Gold USD 1,702.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gara - Gara Cemburu, Wanita Maut Di Tarik Teman Lelaki Terjun Tebing 25 Meter

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,908
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
35,908
Reaction score
4,629
Points
296
Awards
1
17.08.2022 - Turki, Hanya kerana cemburu dan perselisihan faham, seorang wanita di Turki maut di tangan teman lelaki dalam satu insiden tragis. Mehlika Derici, 35, seorang pakar kecantikan dan teman lelaki Selcuk Cetiner, 41, pada awalnya keluar menyambut ulang tahun kelahiran rakan mereka, Merve, 32, di sebuah restoran. Pasangan itu terus minum sambil meneroka pemandangan indah Asiklar Tepesi yang juga dikenali sebagai Bukit Kekasih pada 6 Ogos.

Namun suasana berubah menjadi buruk selepas kedua-duanya mula bertengkar dipercayai didorong rasa cemburu. Menurut saksi kejadian, Cetiner telah menolak Mehlika hingga rebah. Lelaki itu kemudian didakwa menjerit “Jika kita mati, kita mati bersama.” Sebelum Mehlika bangkit, lelaki itu merangkul pinggang Mehlika dan terjun dari tebing setinggi 25 meter (82 kaki) bersama-sama.

Paramedik yang dihubungi bergegas ke tempat kejadian mengesahkan pasangan tersebut meninggal dunia. Mayat mereka dibawa ke bilik mayat di Hospital Awam Marmara Ereglisi manakala telefon bimbit pasangan itu dianalisis. Terdapat laporan mengatakan Mehlika adalah ibu kepada dua cahaya mata.

Pembunuhan wanita adalah masalah yang semakin meningkat di Turkiye. Menurut Laporan Data Tahunan 2021 oleh ‘We Will Stop Femicide Platform’, 280 wanita dibunuh oleh lelaki pada 2021 manakala 217 wanita ditemui mati dalam keadaan mencurigakan.​

1660729021964.png
 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
10,735
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
10,735
Reaction score
1,525
Points
191
Lovers hill


LOVER’S HILL SUNSET POINT IN CAPPADOCIA (ASIKLAR TEPESI)
 
Sponsored Post

Top
Log in Register