BTC USD 38,497.8 Gold USD 1,805.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gara-gara 'ayam rendang tidak rangup', netizen serang YouTube MasterChef

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
155,328
Reaction score
21,275
Points
1,671
Chef 'rendang crispy' pulang ke tanah air

PETALING JAYA: Lebih tiga bulan selepas kontroversi 'rendang crispy', bekas peserta MasterChef UK Zaleha Kadir Olpin masih diiktiraf sebagai 'wanita rendang'.


"Rakan-rakan beritahu saya amat terkenal di Malaysia. Saya rasa ia sesuatu yang lucu.

"Saya menghadiri Kongres & Ekspo Worldchef di Kuala Lumpur pada Jumaat dan orang ramai mengenali saya!," kata Zaleha sambil tertawa ketika dihubungi.

Rakyat Malaysia berusia 49 tahun itu yang juga menetap di Bristol di barat daya England, kembali ke tanah air untuk bercuti selama empat minggu bersama suami dan juga dua anaknya.

Pada April lalu, nama Zaleha menjadi sebutan apabila hidangannya tidak disukai salah seorang juri program MasterChef UK kerana ayamnya tidak cukup rangup.

Insiden itu menjadi tular dan menyebabkan rakyat Malaysia termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad 'bersatu' mempertahankan Zaleha di media sosial.

"Mungkin anda keliru ayam rendang dengan KFC?," tulis Dr Mahathir di Twitternya.

"“Mana ada orang makan rendang ayam ‘crispy’?," kata Najib.

Mengimbau kembali episod itu, Zaleha berkata amat malang komen pedas itu menimbulkan kekecohan kerana kedua-dua juri John Torode dan Gregg Wallace amat baik.

"Torode sebenarnya mempunyai pengetahuan luas mengenai makanan Asia. Dia juga pernah berkunjung ke Malaysia dua tahun lalu," katanya.

Namun, pengaruh terbesar dalam kemahiran memasak hidangan Malaysia adalah melalui ibunya.

"Saya tidak banyak memasak semasa berada di Malaysia kerana amat mudah untuk mendapatkan makanan yang baik di sini.

"Namun sejak saya berpindah ke Australia pada 2003, saya terpaksa memasak lebih kerap," katanya.

Malah ibu kepada dua anak itu berkata dia terpaksa membayar bil telefon yang tinggi gara-gara menghubungi ibunya untuk mendapatkan tips dalam masakan.

Ketika meningkat dewasa, Zaleha dana adik-beradiknya sering didedahkan kepada aroma masakan dan hidangan yang enak kerana bapanya menguruskan sebuah restoran dan ibunya gemar memasak.

"Menjadi rakyat Malaysia, ibu bapa saya mahu memastikan kami tahu cara memasak. Ibu saya percaya tidak kira betapa tinggi pelajaran kita, anda perlu belajar cara memasak," katanya.

Zaleha akan bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Vicki Treadell pada Rabu ini.

"Saya akan memasak rendang tak crispy dengannya di kampung saya di Kuantan," kata Zaleha dalam nada berseloroh. - MStar

zaleha%20kadir%20rendang.ashx
 
Sponsored Post

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
6,905
Reaction score
650
Points
126
Chef Zaleha Olpin Lancar Buku ‘My Rendang Isn’t Crispy’ Julai Ini.

thatrendangladyvckt-e1557884952187.jpg


Adakah anda masih ingat tentang isu peserta Masterchef UK tersingkir kerana rendangnya tidak rangup? Isu ini hangat menjadi buah mulut warganet pada ketika itu dan kebanyakkan warganet melemparkan kata-kata negatif di video Masterchef UK sehingga menyebabkan video tersebut dipadamkan.

Untuk pengetahuan anda, Zaleha Kadir Olpin yang merupakan peserta Masterchef UK musim ke-14 yang berasal dari Pahang tersingkir berikutan cara masakan ayam rendang tidak tepat menurut juri pertandingan John Torode dan Gregg Wallace.


Kini, beliau tampil dengan buku masakan ‘My Rendang Isn’t Crispy and Other Favourite Malaysian Dishes’ yang dijangka akan dijual di Asia pada 1 Julai 2019 dan 16 September 2019 di UK. Buku berkenaan turut akan mengandungi kisah tentang hidangan lain yang sangant bermakna buat Zaleha dari beliau kecil sehingga dewasa antaranya laksam, ketupat, nasi lemak dan semestinya menu kontroversi beliau, rendang.

Kandungan buku ini nanti turut akan menceritakan berkongsikan resipi turun temurun keluarga beliau kepada para pembaca. Walau bagaimanapun, harga untuk buku ini masih belum diketahui tetapi anda boleh membuat tempahan awal di link bio Instagram Puan Zaleha. Kami yakin buku ini pasti laris bak pisang goreng panas!

Sumber
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,804
Reaction score
1,673
Points
596
dengan tiba tiba famous plak
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register