- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
MELAKA 15 Nov. - Pihak polis diminta mengambil tindakan tegas ke atas pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menggantungkan kepala **** pada pagar rumah seorang penduduk di Kampung Ujong Padang, Alor Gajah semalam.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, perkara tersebut dianggap sebagai biadab serta kurang ajar dan mereka yang melakukan perkara itu patut dikenakan hukuman tegas.
''Tindakan ini boleh mencetuskan pergaduhan melibatkan kaum. Jadi saya serah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tegas kepada pelaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, seorang penduduk di Kampung Ujong Padang terkejut apabila menemui kepala **** itu dalam keadaan tergantung di pagar rumahnya ketika hendak menunaikan solat Subuh di surau berhampiran, kira-kira pukul 5.30 pagi.
Penduduk terbabit, Md. Rawi Mahmud, 55, yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah berkata, beliau tidak menyangka akan mengalami insiden sedemikian memandangkan beliau yakin tidak bermusuhan dengan sesiapa.
Kejadian penemuan bangkai **** itu yang kedua berlaku di daerah ini selepas 17 Oktober lalu orang ramai menemui bangkai **** di Pantai Kemunting, Pengkalan Balak dekat sini.
Mohd. Ali berkata, perkara tersebut perlu dipandang serius dan pihaknya telah menyerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Datuk Gan Tian Loo serta pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Jangan kira siapa dan apa motifnya....ISA kan orang macam nie