Gantung bendera salah tempat

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136


KLUANG - Tindakan pembangkang menggunakan tiang antena milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mengibarkan bendera di hadapan Balai Polis Simpang Renggam, dekat sini, mendapat perhatian umum.

Difahamkan, bendera yang dipasang pada aset milik ATM sejak dua minggu lalu itu mampu merosakkan imej pasukan keselamatan berkenaan meskipun ia berkecuali daripada aktiviti politik tanah air.

Pengadu, Iskandar Ahmad, 41, berkata, tiang yang digunakan untuk menggantung bendera PR itu adalah ‘Clark Mast’ atau lebih dikenali sebagai PU 10.

Beliau yang juga anggota tentera berkata, biasanya tiang itu digunakan oleh pasukan Rejimen Semboyan DiRaja (RSD) untuk mendapatkan pancaran alat perhubungan.

“Tiang PU 10 ini terkawal pengeluarannya dan tidak boleh digunakan untuk sebarang kegunaan lain kerana ia adalah aset negara.

“Satu tiang ini dianggarkan bernilai kira-kira RM10,000 dan tidak boleh diguna oleh orang awam.

“Kalau tiang ini telah dilupus, tapi kenapa tiang ini tidak dimusnahkan terus dan terlepas keluar daripada stor pasukan serta digunakan oleh pihak yang tidak sepatutnya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Justeru, Iskandar berharap tiang berkenaan dapat segera diturunkan kerana mampu memberi gambaran buruk terhadap unit pasukan RSD dan ATM secara keseluruhan.

Sementara itu, Mohd Rosli Mohd Ali, 46, berkata, berdasarkan kepada pengalamannya sebagai juruteknik, tiang tersebut akan dilupuskan sekiranya patah.

“Jika dilihat keadaan pada tiang yang dipasang di Simpang Renggam ini, ia masih baik hanya tapak saja tidak diletakkan bersama-sama tiang berkenaan.

“Kita juga percaya bahawa, hanya orang yang berkemahiran saja yang boleh menaikkan tiang tersebut dengan sempurna. Saya harap pihak Markas Tujuh Briged ambil tindakan segera untuk menurunkan tiang berkenaan dan siasat siapa yang mengeluarkan alat ATM ini,” katanya.

Jurucakap Markas 7 Briged ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah sedia maklum berkaitan kejadian itu dan akan bertindak menurunkan tiang antena itu untuk tujuan siasatan.

Manakala Ketua Cabang PKR Simpang Renggam, Mohd Ishak Sher Mohd berkata, pihaknya mendapat tiang antena milik ATM itu hasil sumbangan seseorang kepada partinya yang diperoleh dari tempat barang lusuh.

“Saya tidak tahu tiang itu milik ATM dan salah di sisi undang-undang kerana niat kami guna tiang ini hanya untuk pasang bendera.

“Jika kami tahu itu satu kesalahan kami tidak akan guna tiang ini untuk gantung bendera parti kami,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/gantung-salah-tempat-1.149224
 
Sponsored Post

akuehebat

Super Active Member
Joined
Jan 12, 2012
Messages
7,707
Reaction score
480
Points
81
bukan slh tempat la..tp slh mengguna alat je...aku ingatkan slh tempat tu, 1 bendera parti lain pacak kat markas parti lain..y tu gempak..hehe
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,653
Reaction score
21,082
Points
1,671
kelongsong mortar pun askar ketuk jual besi buruk..cari duit maa
 

frossonice

Active+ Member
Joined
Oct 5, 2010
Messages
3,459
Reaction score
19
Points
25
Kenapa pulak Clark Mast ada tengah-tengah bandar? Ada kem ke situ?
 

arzaraza

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2010
Messages
5,762
Reaction score
28
Points
70
"Manakala Ketua Cabang PKR Simpang Renggam, Mohd Ishak Sher Mohd berkata, pihaknya mendapat tiang antena milik ATM itu hasil sumbangan seseorang kepada partinya yang diperoleh dari tempat barang lusuh."


nak salah kat mana? bukan ka tiang tu depa beli dari kedai lusuh.

ATM kena check tengok mcm mana harta kerajaan boleh di seludup jual. tangkap siapa yg seludup keluar tu, jangan main tuduh-tuduh saja.
 

drpsychomereng

Active Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
2,329
Reaction score
31
Points
30
pelik, camne antenna ATM blh mudah dikesan? adakah sepatutnya system semboyan ketenteraan blh pacak ikut suka?
 

zakuan_ktm

Fun Poster
Joined
Apr 5, 2011
Messages
924
Reaction score
1
Points
15
kaya la tokeh besi buruk pasnie .... kutip besi pastu jual kat orang pasang bendera ...!!!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register