Ganti rugi RM800 juta

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KOTA BHARU 30 Dis. – Kerajaan negeri Kelantan diarah membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua belah pihak sejak 45 tahun lalu.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi merupakan antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.

Menurut sumber, pada prosiding tersebut, Timbermine Sdn. Bhd. diwakili oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan kerajaan negeri diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Khairul Anuar Wahab.

Difahamkan Hakim Datuk Azman Husin membuat keputusan tersebut dalam prosiding yang berlangsung pagi tadi membabitkan Timbermine Sdn. Bhd. dan kerajaan negeri. Kes itu dipercayai difailkan pada 2004.

Utusan Malaysia difahamkan menurut fakta kes, syarikat pembalakan itu memperoleh konsesi balak beratus ribu hektar di Hulu Kelantan.

Bagaimanapun keluasan asal dikurangkan kepada separuh tetapi masih mengekalkan perkongsian di antara kedua-dua pihak.

Masalah dipercayai timbul apabila kerajaan negeri didakwa melanggar perjanjian konsesi dengan tidak membenarkan syarikat itu menjalankan pembalakan di kawasan yang dimilikinya.

Ekoran daripada itu syarikat yang dikatakan milik bumiputera terbabit terpaksa menanggung kerugian besar selepas pelaburan bernilai jutaan ringgit termasuk pembinaan beberapa buah kilang kayu tidak dapat beroperasi.
 
Sponsored Post

EZAFI

Fun Poster
Joined
Dec 11, 2009
Messages
232
Reaction score
36
Points
20
Mane nak cari 800juta tu...
tapi x pe lepas ni kerajaan kelantan
sekat plak telage minyak...
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
sejak 45 tahun dulu? lamanya...
 

AkuMamak

Active Member
Joined
Nov 9, 2008
Messages
1,448
Reaction score
794
Points
71
45 tahun? kerajaan parti mana la time tu la agaknya? Apakah ini hidden agenda yang bermotifkan politik? just wonder bcoz nama lawyer ni company tu pun Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah ... Yang kerajaan Pahang kena saman tu apa cite ye?
 

Joe1911

Active Member
Joined
Mar 5, 2009
Messages
1,644
Reaction score
8
Points
25
mana nak cari 800juta tuh??banyak tuh!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register