Gangguan rangkaian Celcom di Lembah Klang

CG Sponsors




myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
580
Points
161
CELCOM Axiata Bhd akan melaksanakan penjadualan penggantian peralatan rangkaian di semua tapak menara komunikasi di Lembah Klang antara pukul 10 pagi dan 5 petang bagi tempoh empat bulan bermula Jumaat ini.

Celcom dalam satu kenyataan hari ini berkata pelanggan mungkin akan menghadapi gangguan perkhidmatan terputus-putus atau hilang hubungan sementara semasa proses tersebut yang merupakan sebahagian daripada peruntukan dana bernilai RM2 bilion bagi tempoh lima tahun.

"Penggantian itu juga merupakan sebahagian daripada persediaan Celcom Axiata untuk meningkatkan rangkaian kepada 4.5G pada masa depan serta menyediakan lapisan asas bagi rangkaian 5G pada masa depan," kata syarikat itu.

Sementara itu, Celcom Axiata juga mengumumkan kerjasamanya dengan Ericsson Malaysia Sdn Bhd dan Huawei Technologies (M) Sdn Bhd untuk menyepadukan, menggunakan dan mengendalikan pembangunan rangkaian 4G LTE syarikat itu.

Kedua-dua rakan kongsi akan menyediakan perkhidmatan Rangkaian Akses Radio Celcom Axiata, yang akan membawa kepada peningkatan seterusnya pengalaman pelanggan.

Celcom Axiata juga menempatkan sementara waktu "Cells on Wheels" (luar bangunan) dan femtocells (dalam bangunan) yang akan berfungsi sebagai hab rangkaian penggantian di tapak yang ditetapkan bagi memastikan pelanggan yang terjejas hanya mengalami gangguan perkhidmatan terputus-putus yang minimum.

Sejajar dengan komitmen berterusan Celcom Axiata untuk menyediakan pengalaman rangkaian terbaik bagi pelanggan, lebih 4,600 tapak menara komunikasi di seluruh negara akan dimodenkan bagi menerima teknologi 4G, peralatan dan perisian terkini.

Jadual pemodenan akan dikemas kini setiap Jumaat. Bagi butiran lanjut, sila layari www.celcom.com.my. - Bernama
 
Sponsored Post

fms

Legendary Member
Joined
Feb 10, 2007
Messages
19,821
Reaction score
197
Points
123
masalahnyerr line 3G mmg xde internet langsung..
4G ngan H+ x stabil pon xpe janji line x putus..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,069
Reaction score
8,937
Points
2,226
Tinggal nak guna 4G la pulak lepas ni
 

apiz89

Active Member
Joined
Sep 3, 2010
Messages
2,375
Reaction score
9
Points
25
line 1 hal
mkn kuota pun cm jahanam jgk celcom nie
nk jd kaki kencing cm kaler hijau biru tu ke
 

a2zextra

Legendary Member
Joined
Sep 7, 2013
Messages
16,407
Reaction score
273
Points
141
Pagi tadi pukul 4, muat turun guna LTE, kelajuan cuma dapat 800kbps - 3Mbps sahaja. Padahal bukannya berada di Lembah Klang.
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
580
Points
161
Pagi tadi pukul 4, muat turun guna LTE, kelajuan cuma dapat 800kbps - 3Mbps sahaja. Padahal bukannya berada di Lembah Klang.
Maknanya satu Malaysia terlibat juga ke?
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
580
Points
161
Raya atas tower... jangan lupa bawa ketupat, rendang dan kuih raya. :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register