BTC USD 62,385.8 Gold USD 2,638.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gangguan besar IT jejas syarikat merata dunia, termasuk SG, Amerika dan Australia

crowdstrike ni antivirus gak mcm Kaspersky.. avast antvirus..

maybe crowdsrike ni lebih power dari kaspersky tapi kegunaan crowdsrike more to big company..

bila patch windows update sekali gan crowdstrike ni tu yg bug .. blue screen terus

yg sebenarnya yg effected... pendek kata company yg guna crowdstrike sebagai AV sahaja.. bukan nya semua penguna ms windows

memang windows ada antivirus basic tapi nama nya windows defender... yg ni bukan punca ya.. jgn salah paham
 
Sponsored Post

CrowdStrike ialah syarikat teknologi keselamatan siber yang menyediakan penyelesaian keselamatan titik akhir berasaskan awan untuk mengesan, mencegah dan bertindak balas terhadap serangan siber. Mereka terkenal dengan platform Falcon mereka, yang menggunakan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin untuk mengenal pasti dan menyekat aktiviti berniat jahat pada titik akhir, seperti komputer riba dan pelayan.

Penyelesaian CrowdStrike direka untuk menyediakan pengesanan ancaman masa nyata, tindak balas insiden dan keupayaan memburu ancaman untuk membantu organisasi melindungi diri mereka daripada ancaman lanjutan, termasuk perisian hasad, perisian tebusan dan serangan tajaan negara bangsa.

Syarikat itu telah mendapat perhatian penting dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana peranannya dalam mendedahkan dan bertindak balas terhadap beberapa serangan siber berprofil tinggi, termasuk penggodaman Jawatankuasa Kebangsaan Demokratik (DNC) 2016 dan serangan NotPetya 2017.

CrowdStrike telah menjadi pemain terkemuka dalam pasaran keselamatan titik akhir, dan teknologinya digunakan oleh banyak organisasi merentas pelbagai industri untuk melindungi titik akhir mereka dan mencegah serangan siber.
 
CrowdStrike ialah syarikat teknologi keselamatan siber yang menyediakan penyelesaian keselamatan titik akhir berasaskan awan untuk mengesan, mencegah dan bertindak balas terhadap serangan siber. Mereka terkenal dengan platform Falcon mereka, yang menggunakan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin untuk mengenal pasti dan menyekat aktiviti berniat jahat pada titik akhir, seperti komputer riba dan pelayan.

Penyelesaian CrowdStrike direka untuk menyediakan pengesanan ancaman masa nyata, tindak balas insiden dan keupayaan memburu ancaman untuk membantu organisasi melindungi diri mereka daripada ancaman lanjutan, termasuk perisian hasad, perisian tebusan dan serangan tajaan negara bangsa.

Syarikat itu telah mendapat perhatian penting dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana peranannya dalam mendedahkan dan bertindak balas terhadap beberapa serangan siber berprofil tinggi, termasuk penggodaman Jawatankuasa Kebangsaan Demokratik (DNC) 2016 dan serangan NotPetya 2017.

CrowdStrike telah menjadi pemain terkemuka dalam pasaran keselamatan titik akhir, dan teknologinya digunakan oleh banyak organisasi merentas pelbagai industri untuk melindungi titik akhir mereka dan mencegah serangan siber.

sebb tu company besar tak pakai Av kaspersky atau avast.. yg ni end user n SME jr

big company memang pakai crowdstrike
 

Pas penerbangan tulisan tangan, daftar masuk manual tangani kekalutan ganguan IT global​


87806401c45df15c54dee29a68839d8e669a4cb70f2ef-681x426.jpg

Kredit: Akshay Kothari

KUALA LUMPUR – Insiden gangguan teknologi maklumat (IT) global mencetuskan kekalutan operasi lapangan terbang dan syarikat penerbangan di serata dunia pada Jumaat, termasuk lapangan terbang Berlin yang mengumumkan penangguhan semua penerbangan manakala di Malaysia menyaksikan segelintir syarikat melaporkan sistem daftar masuk dan tempahan terjejas.

Malah, setakat petang ini, difahamkan selain lapangan terbang dan syarikat penerbangan, gangguan itu turut menular ke peringkat operasi bursa saham, syarikat perkhidmatan kereta api, media serta bank-bank.

Punca insiden itu, sebagaimana diakui Crowdstrike, sebuah syarikat keselamatan siber Amerika Syarikat (AS) yang memaklumkan bertanggungjawab berikutan apa didakwanya sebagai ‘kecacatan’ pengaturcaraan di peringkatnya.

Berikutan itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya George Kurtz berkata CrowdStrike sedang bekerjasama dengan pelanggan terjejas akibat kesan dalam kemas kini kandungan tunggal untuk hos Windows.

“Ini bukannya satu insiden keselamatan atau serangan siber. Malah, puncanya telah dikenal pasti, diasingkan serta usaha mengatasinya sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan disiarkan dalam laman LinkedIn.

Mengikut laporan, syarikat penerbangan seperti American Airlines, United dan Delta telah meminta bantuan pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) supaya semua penerbangan turut digantung di peringkat global.

FAA sebaliknya menyatakan sedang memantau semua isu teknikal membabitkan sistem IT di syarikat-syarikat penerbangan negara maju itu selain mengesahkan beberapa syarikat penerbangan meminta bantuan bagi menghentikan perkhidmatan berkenaan sehingga masalah itu dapat ditangani.

Sebaliknya di peringkat domestik, Malaysia Airports Holdings Bhd berkata rangkaian lapangan terbangnya di Malaysia tidak terjejas dengan gangguan IT global Microsoft.

“Bagaimanapun, beberapa rakan syarikat penerbangan kami terjejas akibat isu ini,” katanya.

Kenyataan itu jelas merujuk kepada keadaan dialami pelanggan syarikat penerbangan AirAsia

“Terkini!!! Semua sistem Daftar Masuk (dalam talian, kiosk) penerbangan #AirAsia mengalami gangguan teknikal,” kata pengguna Syahrul Azlan menerusi akaun X beliau, @syahrulazlan91.

“Mana yang perlu menaiki penerbangan dalam masa terdekat, sila datang awal ke Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2). Mereka yang belum ada pas penerbangan atau perlu serah bagasi, wajib beratur di kaunter,” katanya.

Akshay Kothari, melalui akaun X miliknya, @akothari berkata: “Kegagalan Microsoft/CrowdStrike telah “menghuru-harakan” (menganggu operasi) kebanyakan lapangan terbang di India.

“Saya mendapat pas penerbangan tulisan tangan buat pertama kali hari ini,” katanya yang disertakan gambar pas penerbangan syarikat penerbangan Indigo Airlines dengan tulisan tangan berbanding biasanya cetakan komputer.

Ron Jeremy pula berkata sebuah syarikat penerbangan yang beribu pejabat di Denver, Colorado (Amerika Syarikat) – FlyFrontier telah menutup operasi sepenuhnya dan membatalkan semua penerbangan.

“Dalam beberapa jam anda akan menerima e-mel mengenai pilihan anda. Akibat masalah produk Microsoft, syarikat penerbangan ini tidak boleh beroperasi. Kakitangan mereka tidak boleh bekerja menggunakan komputer dan mereka tiada pilihan lain,” katanya di X.

Seorang lagi pengguna X, Pengarah Scowcroft Strategy Initiative, Andrew A. Michta berkata beliau terperangkap di Lapangan Terbang Athens, Greece.

“Kami diberitahu semua rangkaian Microsoft syarikat penerbangan AS tidak dapat beroperasi. Mereka tidak boleh mengeluarkan pelan pelan penerbangan…tiada apa pun yang boleh dilakukan. Saya baru sahaja menerima mesej dari seorang kenalan dari negara Eropah, beliau memberitahu bahawa rangkaian perbankan “lumpuh” di negaranya. Adakah ini serangan siber?.

Sementara itu, antara lapangan terbang paling sibuk di dunia, Lapangan Terbang Heathrow London, United Kingdom berkata gangguan di peringkat global itu hanya memberi kesan kepada sistem terpilih semasa penerbangan beroperasi dan telah melaksanakan pelan kontigensi untuk meminimumkan sebarang kesan terhadap perjalanan udara.

Pihak pengendali lapangan terbang itu turut menasihatkan penumpang supaya merujuk dengan syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat penerbangan terkini.

Di Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) berkata semakannya mendapati berlaku gangguan operasi di beberapa kawasan utama di negara ini.

“Sebagai contoh, operasi KLIA2 terjejas, menyebabkan proses daftar masuk terpaksa dilakukan secara manual dan tempoh menunggu yang lama. Bank turut menghadapi gangguan sistem sehingga menjejaskan urus niaga dan perkhidmatan pelanggan.

“Ini telah menyebabkan kelewatan dan cabaran terhadap operasi merentas pelbagai sektor, menjejaskan perniagaan dan orang ramai. Kami memantau keadaan dengan teliti dan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mengurangkan kesan dan memulihkan operasi secepat mungkin,” katanya. – BERNAMA
Dulu2 kita gelakkan MyAirline guna tiket tulisan tangan.
 
kaspersky diharamkan sebab dia detect nsa spyware
yg aku npk main sponsor Mercedes Petronas F1 crowstrike

mula2 tu igt pebendala business crowdstrike ni

zaman awal2 pc dulu.. yg pemes norton antivirus.. enduser sampai big company pakai... la ni mcm2 pilihan da
 
user problem ❌

ceo problem ✅

________________


Oops, they did it again! 🚨

Did you know the McAfee PC meltdown and the Microsoft-CrowdStrike outage have a common link?

🔙 In 2010:
McAfee released an antivirus update that mistakenly deleted a key Windows XP file, causing endless reboots and no network access.

What Happened?
- A false positive marked a regular Windows file, "svchost. exe," as a virus.
- Systems showed blue screens and shut down.
- The problem spread quickly through a network tool called "ePolicyOrchestrator."

Solution:
- McAfee removed the faulty update.
- They provided a new definition of the virus to fix it.

💡 Interesting Fact:
- George Kurtz, now CEO of CrowdStrike, was McAfee's CTO during this 2010 glitch.
- The incident was so costly that Intel bought McAfee in 2011.

Tech issues happen, but it’s all about how we handle them. 💪

#McAfee #Intel #CyberSecurity #CrowdStrike #Microsoft
 
Last edited:
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register