hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 21,290
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 21,290
- Reaction score
- 1,507
- Points
- 201
Gangguan bekalan kuasa: Perkhidmatan komuter, ETS lewat lebih 60 minit
Kuala Lumpur: Perkhidmatan tren komuter laluan Tanjung Malim-KL Sentral-Tanjung Malim dan tren elektrik (ETS) hari ini mengalami gangguan bekalan kuasa.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan susulan situasi berkenaan, perkhidmatan komuter di laluan berkenaan dan ETS dijangka akan mengalami kelewatan melebihi 60 minit daripada jadual asal disebabkan penggunaan satu landasan.
"KTMB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.
"Perkembangan terkini operasi perkhidmatan tren akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," menurut hantaran itu.
Kredit
