Info Gangguan Bekalan Air Selangor WP. Kuala Lumpur dan Putrajaya.Sila rujuk post terkini

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,571
Reaction score
3,694
Points
236
dasar pegawai Kerajaan, dah tau ada LRA kat situ patut dipantau kilang2 sekitar sana .. duduk opis goyang kaki la "dasar" kan :D

tabiat .. xboleh tuko
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,231
Reaction score
1,672
Points
206
STATUS PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, KLANG/SHAH ALAM, KUALA SELANGOR, HULU SELANGOR, GOMBAK, KUALA LANGAT DAN KUALA LUMPUR (7 September 2020, 7:00 pagi)

7 September 2020, 7:00 pagi

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang pada 3 September 2020.

Sehingga jam 6:30 pagi ini, sebanyak 948 kawasan telah pulih sepenuhnya, manakala 344 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan. Secara keseluruhan, 73.37% daripada 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini telah pulih sepenuhnya.

Bagi kawasan kumpulan 1 yang sepatutnya pulih sepenuhnya pada 12:00 tengah malam 7 September 2020, masih belum pulih sepenuhnya di 71 kawasan disebabkan oleh penyimpanan air berlebihan oleh pengguna yang telah mula menerima bekalan air. Senarai kawasan 1 yang belum pulih seperti di Lampiran 1. Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan ini.

Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut :

WilayahPemulihan Kawasan (%)
Petaling
91.78%​
Klang/Shah Alam
38.42%​
Gombak
72.99%​
Kuala Lumpur
47.37%​
Hulu Selangor
100%​
Kuala Langat
50%​
Kuala Selangor
99.25%​

Senarai kawasan yang telah pulih seperti di Lampiran 2.

Para pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.


Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi melalui hebahan rasmi atau saluran - saluran interaksi Air Selangor dan tidak menyebarkan berita tidak sahih berhubung gangguan ini.

Para pengguna dinasihatkan untuk merujuk aplikasi Air Selangor, semua saluran rasmi sosial media Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk mendapatkan maklumat sahih berhubung info terkini bekalan air. Pihak kami mohon kerjasama pengguna untuk tidak menyebarkan mesej tidak sahih tersebut bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna lain.

sumber - https://www.airselangor.com/press-r...at-dan-kuala-lumpur-7-september-2020-700-pagi
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,231
Reaction score
1,672
Points
206
serius, anak den blk sklh ngadu kek sklh rendah masih xdo air nk berak kencing susah

skolah agama kasi notis last week air takdo, jadi pelajar2 cuti Isnin & Selasa xyah dtg sklh
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,231
Reaction score
1,672
Points
206
Bekalan air pulih capai tahap hampir 81 peratus
NUR FARHANA ABDUL MANAN | | 7 September 2020

Sebanyak 1,045 kawasan atau 80.88 peratus daripada 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh daerah di Lembah Klang pulih sepenuhnya setakat 6.30 petang tadi.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,045 kawasan atau 80.88 peratus daripada 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh daerah di Lembah Klang pulih sepenuhnya setakat 6.30 petang tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, baki 247 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan.

Menurutnya, semua lokasi terjejas di Hulu Selangor sudah pulih sepenuhnya manakala Kuala Selangor mencatat peratusan pemulihan 99.62 peratus, diikuti Petaling (92.43 peratus), Gombak (84.67 peratus), Kuala Langat (75 peratus), Kuala Lumpur (70.85 peratus) serta Klang dan Shah Alam (39.55 peratus).

"Sebanyak 24 kawasan terjejas dalam kumpulan 1 yang sepatutnya pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam tadi masih belum menerima bekalan air.

"Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan ini," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu menasihatkan pengguna supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.

Pihaknya juga menasihatkan pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi melalui hebahan atau saluran interaksi Air Selangor dan tidak menyebarkan berita tidak sahih berhubung gangguan bekalan air.

"Pengguna dinasihatkan merujuk aplikasi dan semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk mendapatkan maklumat sahih berhubung info terkini bekalan air.

"Kami mohon kerjasama pengguna untuk tidak menyebarkan mesej tidak sahih bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna lain" katanya.

Terdahulu, sebanyak 1,292 kawasan di tujuh daerah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi Khamis lalu susulan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Gangguan bekalan air itu berlaku selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti bertugas akibat pencemaran itu.

Tujuh daerah berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...-air-pulih-capai-tahap-hampir-81-peratus-ensp
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,231
Reaction score
1,672
Points
206
Empat daerah berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual
ASYRAF MUHAMMAD | | 4 Oktober 2020
843308.jpg

Sebanyak 309,605 akaun pengguna di 273 kawasan membabitkan empat daerah bakal berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual.

SHAH ALAM - Empat daerah iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang dijangka berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan pencemaran air mentah di Sungai Semenyih.

Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elena Baseri, berkata, Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya berikutan daripada insiden pencemaran tersebut.
"Henti tugas loji ini dijangka akan menyebabkan 309,605 akaun pengguna di 273 kawasan bakal berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual.

"Air Selangor melaporkan insiden ini kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan untuk mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih sedang giat dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, Air Selangor juga sudah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menggiatkan bantuan kepada pengguna yang terjejas.
"Buat masa ini Air Selangor masih belum dapat menjangkakan tempoh masa operasi semula loji dan pemulihan bekalan.
"Kita akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa menerusi semua medium," katanya.

 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,231
Reaction score
1,672
Points
206
HENTI TUGAS LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH DAN BUKIT TAMPOI BERIKUTAN PENCEMARAN DI SUMBER AIR MENTAH

4 Oktober 2020
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji-loji ini.

Henti tugas loji-loji ini akan menyebabkan 274 kawasan terjejas, iaitu 309,687 akaun pengguna, mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan melibatkan 4 wilayah iaitu Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan tidak berjadual ini adalah seperti di Lampiran A.

Air Selangor telah melaporkan insiden ini kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan untuk mengenalpasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak anak sungai di sekitar Sungai Semenyih sedang giat dijalankan.

Pihak Air Selangor telahpun mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menggiatkan bantuan kepada pengguna-pengguna yang terjejas ekoran insiden ini.

Pada masa ini pihak kami masih belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan. Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

Sila rujuk aplikasi Air Selangor, semua saluran rasmi sosial media Air Selangor termasuk Facebook Twitter, Instagram Air Selangor dan laman sesawang kami www.airselangor.com untuk maklumat bekalan air yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

- TAMAT –

Lampiran A
PETALING
Apartment BayuKampung Batu 14Taman Jinma
Apartment MegariaKampung Sri AmanTaman Kembangsari
Apartment Taman Universiti IndahKampung Sri Langkas & Kampung Bersatu PuchongTaman Kota Perdana, KP 1-3
AstroKg Kenangan PuchongTaman Lestari Putra, LEP 1-6
Bandar Bukit Puchong 1 - 7Kondo Desa milleniaTaman Muhibbah
Bandar Pinggiran PutraKTM SerdangTaman Mutiara Indah
Bandar Putra Permai, BPPLaman GrandviewTaman Mutiara Puchong
Bdr Puchong Utama, BPU 1&2Lestari Perdana, LP 1-8Taman Perindustrian Puchong, TPP 1-6
Bukit Serdang 1, 3 & 4Low Level : Bdr Puteri 1-6,10Taman Perindustrian Putra Permai
Bukit Serdang 10MARDITaman Puchong Hartamas
Bukit Serdang, BS 5/16-5/19Medium Level : Bdr Puteri 7,8,9,11Taman Puchong Intan
Bukit Serdang, BS 5/3-5/15, BS 5/20-5/28 & BS 6/1-6/8NahrimTaman Puchong Prima
Bukit Serdang, BS 9 - 13Pasar Borong SelangorTaman Puchong Tekali
Bukit Serdang, Jalan Bersatu & BS 3/1-3/3Pekan Seri KembanganTaman Puncak Jalil 1-9
Desa milleniumPerdagangan Seri Kembangan (PSK)Taman Saujana Puchong
High Level : Bdr Puteri 12Perindustrian Bukit Puchong, PBP 1-13Taman Sri Andalas
Hospital SerdangPerindustrian Bukit Serdang, PBS 14Taman Sri Puchong
Hospital UPMPuchong GatewayTaman Sri Serdang
Institut Pertanian SerdangPuchong Utama 1 - 12Taman Universiti, Jalan Indah 1, 2 & 3 *
Jalan Bandar 3-20, Pst Bdr PuchongSerdang LamaTaman wawasan
Jalan cemara, Bukit SerdangSerdang Perdana, SP 1-5Technology Park Malaysia (TPM)
Jalan Merbah, Bdr Puchong JayaSerdang Raya, SR 1-8Tmn Perindustrian Subang, TP 1-6
Jalan raya 6 & 7, Serdang JayaSeri Kembangan, SK 2-12UPM
Jalan Tempua & Serindit, Bdr Puchong JayaSK 1&13UPM Infoport
Jln BS 14/1-14/11Taman Bukit IkhlasUSJ 1-15
Jln BS 7/10Taman Dato' DemangUSJ 16-27
Jln BS 8Taman EquineVeterinar UPM
Jln BS 9/1 - 9/4




HULU LANGAT
Bandar Bukit MahkotaKampung Sesapan KelubiPusat Nuklear Negara
Bandar Puteri BangiKampung Sesapan MinangkabauRumah Murah Batu 6 Jalan Bangi
Bandar Rinching Fasa 2 & 3Kampung Sesapan RembauRumah Murah PKNS Bangi
Bandar Sri PutraKampung Sungai JaiSeksyen 14 - 15 Tambahan Bandar Baru Bangi
Bangi AvenueKampung Sungai Kembung HilirSetia Eco Hill
Bangi EstateKampung Sungai Kembung HuluTaman Angsana
Blue Water EstateKampung Sungai Machang BeranangTaman Bangi Indah
Desa Mahkota BangiKampung Sungai Sematar BeranangTaman Bangi Permai
Eco MajesticKampung Teras JernangTaman Bangi Ria & Taman Idaman & Bangi Vista
GenomKilang Berhampiran MinlonTaman Bangi Villa
Jalan Dagang Sungai Besi IndahKolej Professional Mara BeranangTaman Dalma
Kampung Aman BangiKolej Universiti Islam Selangor (KUIS)Taman Desa Serdang
Kampung BahagiaLadang Dunedin Bt.13 Jalan Bangi Bt. 3 Jalan BangiTaman Gita Bayu
Kampung BangiMARA Japan Industrial InstituteTaman Impian Putra
Kampung Batu 2, 3 & 5 Jalan BangiMines Resort/Heritage The MinesTaman Jernang Jaya
Kampung Bukit KepongPekan Bangi LamaTaman Perindustrian Mahkota Beranang
Kampung Jalan Enam Kaki BeranangPekan BeranangTaman Serene Height
Kampung Kuala PajamPerindustrian BeranangTaman Sri Bangi
Kampung Rinching HilirPerumahan PKNS BeranangTiara South



SEPANG
Keseluruhan Kg. Pulau MerantiSeluruh Presint 9Tmn. Desa Restu
Desa Air HitamPresint 18
( Pancarona, Pej Kerajaan P2, P3)
Tmn. Intan Baiduri
Kaw Industri PermaiPresint 14
(Diplomatik, Rumah PM)
Tmn. Indah Putera
Tmn KiparkPresint 4, Presint 5Tmn. Indah KLIA
Keseluruhan Taman Putra PerdanaPresint 15Tmn. Desa Salak Pekerti
Tmn MasPresint 11Tmn. Indah Puteri
Taman Aman PutraJenderam Hilir (JALAN Dengkil-Bangi)Tmn. Dataran Abadi Jalan 1
Taman La CottageJenderam HuluTmn. Bunga Raya
Taman Desiran BayuKg Sg BuahKilang WRP Asia Pacific
Taman Putra ImpianaBandar SouthvilleMedan 120
Tmn Putra PrimaLimau ManisPusat Kejuruteraan Bomba Salak Tinggi
Abadi heightTaman Puncak Pinggiran PutraSTOR Giant
Taman Nusa PutraDesa PinggiranKg Org Asli Sg Melut
LKIM Pulau MerantiKeseluruhan CyberjayaKg. Org. Asli Jambu
Science Park 2 (Pinggiran cyber, VEGA, Qcell)Tmn IxoraKg. Licincing
Bandar Bukit Puchong 2Tmn DahliaSIRIM
Tmn Meranti JayaTmn SerojaKosmopleks
Kawasan Taman Perindustrian Putra puchongTmn Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa )Pejabat Agama
Alpinia (apartment & rumah kedai)Tmn Desa VistaMasjid Sultan Hishamuddin BBST
Sierra 16Taman Salak PerdanaMahkamah Syariah
Prima TropikaTaman KenangaMahkamah Sepang
Alam PutraTiara HeightsSM Agama BBST
Lestari PermaiKeseluruhan Taman Kota WarisanSR Agama BBST
Depo ShellSMK Sri SepangKediaman Nilai Kaseh
Suria TropikaSRK BBSTPam Minyak PETRON
MAEPSTmn AnggerikApartment Ehsan Residence
IOI (mall, resort, marriot)Tmn CempakaIKTBN Sepang
Temple Mariamman West CountryTmn SelasihIPD Sepang
Kafe Beriani GamStesen ERL Salak TinggiRumah Orang Kaya Sepang
Sekolah Tamil West CountryIPI AyamasPej. JKR Sepang
Uinten CollegePusat Perdagangan Klia AvenuePej. Daerah Tanah Sepang
D ' island ResidenPusat Perniaga Gemilang Kota WarisanTaman Saujana Klia
Tmn Tasik PuchongPusat Pertanian Labu LanjutXiamen Univercity Malaysia Campus
Kaw Perindustrian Meranti JayaKg. Org. Asli KelinsingTmn Warisan Bestari
Perindustruian Puchong I-HUBTaman Salak Kasih ( lama )Kg Orang Asli Bakok
Kg Orang Asli Bukit Tampoi







KUALA LANGAT
Bandar BrooklandsTaman Langat MurniSg Manggis - Sg Sedu
Bandar MahkotaBt 10 Kebun BaruSri Cheeding
Bandar Saujana PutraBt 9 Kebun BaruKg Selangor Dredging
Bandar RimbayuTaman Langat UtamaTaman Arked
Telok Panglima GarangTaman D'MenaraTaman Topaz
Pulau CareyTaman MurnimasJalan Banting Dengkil, Kg Olak Lempit
JenjaromRTB Bkt ChanggangJalan Banting Dengkil, Kg Bukit Changgang
Bandar Seri EhsanKompleks Perabot Olak LempitKg Olak Lempit
Kg Labohan DagangKg Bukit ChanggangPusat Serenti
Taman Seri DagangTaman Ambar

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,227
Reaction score
11,133
Points
1,906
Gangguan bekalan air tidak berjadual di enam kawasan di Klang/Shah Alam - Air Selangor

KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Enam kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula malam ini sehingga petang esok, susulan kejadian paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, kawasan yang terlibat ialah Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 Shah Alam

Gangguan bekalan air tidak berjadual di enam kawasan di Klang/Shah Alam - Air Selangor
7d4ce4ac0b3fc83850ce4b8f03cba4025f7dc1db7af8b.jpg


12/10/2020 11:47 PM

KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Enam kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula malam ini sehingga petang esok, susulan kejadian paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, kawasan yang terlibat ialah Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 Shah Alam.
Katanya, kerja-kerja pembaikan paip pecah yang bermula 9 malam tadi dijangka siap 9 pagi esok dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 3 petang esok.



“Pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air, apabila bekalan air disalurkan semula setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah dari semasa ke semasa, melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter, Instagram, aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.
-- BERNAMA

 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,054
Reaction score
153
Points
33
Gangguan bekalan air di enam kawasan

GAMBAR hiasan


Shah Alam: Enam kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan pengguna di Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25, di sini.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), gangguan bekalan air itu berpunca daripada kejadian paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, di sini disebabkan pihak ketiga.

"Justeru itu, bekalan air akan ditutup pada jam 9 malam ini bagi melaksanakan kerja pembaikan paip pecah terbabit dan dijangka siap pada jam 9 pagi esok.

"Bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 3 petang esok.

"Pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila bekalan air disalurkan semula selepas kerja pembaikan siap dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Air Selangor berkata, pihaknya akan memaklumkan perkembangan kerja pembaikan paip pecah itu dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang di www.airselangor.com.


== hmetro
 
Sponsored Post
Top
Log in Register