Info Gangguan Bekalan Air Selangor WP. Kuala Lumpur dan Putrajaya.Sila rujuk post terkini

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,228
Reaction score
1,672
Points
206
air kek umah dah takdo sjk ptg smlm, mujor den dh reserve 3 tong bosar utk emergrncy

skg pun kek tepi jln ado syabas hntr lori air, ramai beratur amik air bwk tong+botol+baldi

dan skg air hujan pulak tgh turun melimpah2 ekekekekke
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,224
Reaction score
11,132
Points
1,906
Berita Harian Online
18m ·
Ada penduduk mahu kerajaan ambil tindakan serius terhadap kilang yang mencemarkan air sungai. #BHNasional

Jumaat, 4 September 2020 | 3:18pm

CARI
ambil_1599203905.jpg

Penduduk sekitar Shah Alam dan Klang beratur bagi mendapatkan bekalan air di tempat agihan di
Beratur ambil air jam 7 pagi




SHAH ALAM : Seawal 7 pagi tadi, penduduk sekitar Shah Alam dan Klang beratur bagi mendapatkan bekalan air di Pusat Khidmat Setempat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang dibuka di hadapan Dewan Bola Tampar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 4, di sini.

Ini susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang selepas Sungai Selangor dicemari pelarut yang dibuang oleh kilang tidak bertanggungjawab.

Tinjauan di Jalan Durian, 4/1 mendapati ada juga penduduk berulang-alik mengambil air lebih sekali bagi menampung isi rumah yang ramai.

Seorang penduduk dari Meru, Klang, Shaparin Abdul Rahim, 32, berkata beliau ke lokasi untuk mendapatkan bekalan air sebaik mendapat maklumat mengenai bekalan air disalurkan di situ menerusi aplikasi Air Selangor dan WhatsApp.

"Kebetulan saya dengan keluarga berada di Hospital Shah Alam, selesai urusan di hospital terus datang ke sini.

"Di rumah kami, sejak jam 12 tengah hari semalam tiada air, sebelum dapat tahu tempat ini, kami beli air mineral dengan jumlah yang banyak untuk kegunaan terutamanya minum manakala semua makanan kami beli sahaja.

"Saya harap kerajaan lebih prihatin dengan perkara ini terutamanya, sungai diwartakan supaya kilang tidak sesuka hati bina di kawasan terbabit, kerana ini memberi kesan jangka panjang kepada penduduk," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Mogan Dhas Giri, 39 dari Seksyen 23 pula kecewa dengan kerajaan berikutan maslaah bekalan air di Selangor kerap berlaku.

"Saya kecewa sebab kerap sangat berlaku tiada air di Selangor, kerajaan negeri kena lebih tegas terutamanya penguatkuasaan di kilang haram yang dibina. Ambil tindakan tegas kepada kilang terbabit," katanya.

Seorang lagi penduduk, Al Basir Sarip Basal, 34 dari Seksyen 24 yang beratur sejak jam 12 tengah hari bersyukur kerana dapat bekalan air untuk kegunaan menampung keluarga seramai empat orang.

"Air tiada sejak jam 8 malam tadi, semalam saya beli air mineral untuk keluarga sebelum dapat tahu tempat agihan air ini menerusi aplikasi Air Selangor," katanya.

BH difahamkan, dua tangki yang boleh menampung sebanyak 500 liter air setiap satu disediakan sejak jam 5 petang semalam.

Bagaimanapun, penduduk mula beratur mendapatkan bekalan air di tempat agihan itu sejak pagi tadi.

Selain mengambil bekalan air, ada juga penduduk membuat aduan agar bekalan air dihantar ke lokasi tempat mereka tinggal.

Sehingga jam 3 petang ini, penduduk tidak henti-henti datang bersama botol dna tong pelbagai saiz mendapatkan bekalan air termasuk madrasah dan asrama.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,224
Reaction score
11,132
Points
1,906
Sujita Soorian
Sebentar tadi ·

TERKINI: Setakat Jam 2.30 petang, Loji Rawatan Air Rantau Panjang masih belum dapat beroperasi. Apabila loji rawatan air mula beroperasi semula, pengguna akan mula menerima bekalan air paling kurang dalam tempoh 4 hari /Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Suhaimi Kamaralzaman
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,228
Reaction score
1,672
Points
206
tadah-air-5a-e1599216497496-960x502.jpg

Penduduk mendapatkan bekalan air dari tangki Pusat Khidmat Setempat (PKS) Air Selangor di Seksyen 4, Shah Alam pada 4 September 2020 berikutan gangguan bekalan air. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pili awam ditambah, bekalan pusat khidmat beroperasi 24 jam (senarai lokasi)
by Nadiah ZamlusSeptember 4, 2020 6:46 pm

SHAH ALAM, 4 SEPT: Bagi memudahkan orang ramai mendapat bekalan air, Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) menambah pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) setempat dari masa ke semasa yang beroperasi selama 24 jam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Suhaimi Kamaralzaman berkata pengguna disaran mendapatkan bekalan air di dua lokasi itu hingga bekalan pulih sepenuhnya yang dijangka mengambil masa beberapa hari.

“Bantuan bekalan air juga akan terus diagihkan melalui lori-lori tangki. Sementara lokasi pili-pili awam telah ditambah dari masa ke semasa bagi membantu para pengguna mendapatkan bekalan air alternatif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setakat tengah hari tadi, sebanyak 78 lori tangki, 22 lori tangki besar, 54 tangki statik, 18 pusat khidmat setempat, lapan pili air awam disediakan untuk menyediakan air di tujuh wilayah terjejas.

Beliau turut menegaskan Air Selangor memandang serius isu pencemaran itu yang menyebabkan henti tugas melebihi 24 jam dan proses pemulihan dijangka berlaku lebih lama.

“Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 masih belum dapat beroperasi semula, ia akan hanya beroperasi jika bacaan sifar TON (Nombor Bau Nilai Ambang) diperoleh sebanyak tiga kali berturut-turut,” katanya.
Apabila mula beroperasi, pengguna dijangka mula menerima bekalan air selewat-lewat awal minggu depan.

Mulai pagi semalam, wilayah bekalan air di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan tidak berjadual selepas empat LRA di negeri ini terpaksa dihenti tugas.

Gangguan itu melibatkan Kuala Lumpur, Petaling, Klang-Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Berikut senarai pili awam dan PKS yang wilayah terjejas:

Petaling:
PKS:
-Kota Damansara (Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jalan Nuri, Seksyen 7)
-Sungai Buloh (Jalan Kubu Gajah, Taman Seri Buloh, U19/1A)
-Taman Bukit Kuchai (Jalan 23, Taman Bukit Kuchai)
-PJS (Jalan PJS 1/25 (berdekatan gelanggang futsal)
-SS13 Kompleks 3K
Pili awam:
-Taman Wawasan (koordinat: 3.033111,101.619235)
-Jalan USJ 2/2G
-Berdekatan depoh MPSJ Jalan TP2 Taman Perindustrian Subang UEP Subang Jaya
-Di tepi jalan USJ 1/3 Persiaran Subang Mewah Subang Jaya

Gombak:
PKS:
-Persiaran Kenanga, Bandar Seri Damansara
-Jalan 23/56, AU3 Keramat
-AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai
Pili awam:
-Lembah Jaya Selatan (koordinat: 3.139853,101.783995)
-AU3, Keramat (koordinat: 3.179890,101.753372)
-Jalan 10, Taman Greenwood (berhampiran Shell)
-Jalan Seri Wangsa 2, Villa Wangsamas
-Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
-Jalan Mutiara 6, Taman Selayang Mutiara

Kuala Lumpur:
PKS:
-Parkir Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim
-Sebelah padang bola Hospital Kuala Lumpur, Lorong Raja Muda Abd Aziz, Kuala Lumpur
Pili awam:
-Kuaters Jabatan Kerja Raya Sungai Besi
-Padang Merbok (koordinat: 3.136033,101.442285)

Klang:
PKS:
-Masjid As Saadah Bandar Sultan Sulaiman, Lingkaran Sultan Abd Samad 2
-Taman Rekreasi Bandar Parkland, Jalan Delima
-Taman Rakyat, Jalan Tun Dr Ismail, Taman Sri Andalas
-Masjid Umuriah, Jalan Kebun Baru, Kapar
-Dewan MBSA Seksyen 27, Jalan Sungai Gapis 27/711
-Pusat Khidmat Ahli Majlis, Jalan Durian 4/1, Seksyen 4, Shah Alam
-Masjid Umuriah, Jalan Kebun Baru, Kampung Perepat, Kapar
Pili awam:
-Persiaran Setia Murni, Setia Alam (koordinat: 3.1066463,101.4519469)
-Jalan Kenangan, Pekan Meru (koordinat: 3.136033,101.442285)
-Jalan Zapin 2, Bandar Bukit Raja (koordinat: 3.081177,101.446259)

Kuala Langat:
PKS:
Tiada
Pili awam:
-Jalan Gangsa, TPG (koordinat: 2.921080,101.473738)
-Jalan Waja, TPG (koordinat: 2.919607,101.466638)

Kuala Selangor:
PKS:
-Stadium Kuala Selangor
Pili awam:
-Stesen bas Tanjong Karang

Hulu Selangor:
PKS:
Tiada
Pili awam:
-Jalan utama depan Ambank Kampung Lee Kim Sai
-Ruang parkir Pejabat Penghulu Taman Jati Rawang

sumber -
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,228
Reaction score
1,672
Points
206
4 LOJI RAWATAN AIR TELAH BEROPERASI SEMULA (5 September 2020, 8:00 pagi)

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 10.30 malam, 4 September 2020 secara berperingkat-peringkat. Keempat-empat LRA ini mengambil masa selama 10 jam untuk aktiviti pencucian dan pengepaman di setiap bahagian dalam proses rawatan di LRA supaya dapat beroperasi sepenuhnya bagi mengisi kolam imbangan sehingga ke paras 4 meter yang dijangka selesai pada jam 8.30 pagi ini, 5 September 2020 sebelum dapat diagihkan kepada para pengguna.

Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air mengikut kawasan setelah sistem agihan bekalan air distabilkan terlebih dahulu.

Ini termasuk memenuhkan semua tangki-tangki utama yang telah kosong, memastikan tekanan air mencukupi dan memastikan tiada ‘airlock’ dalam sistem perpaipan.

Air Selangor juga terus melaksanakan pelepasan air mentah dari Empangan Sg. Selangor sebanyak 500 juta liter sehari (JLH), Empangan Sg Tinggi sebanyak 800 JLH, HORAS 600 sebanyak 150 JLH dan operasi pengepaman kolam air pula sebanyak 582 JLH untuk membantu proses pemulihan sumber air mentah bagi keempat-empat LRA yang kini sedang beroperasi merawat air dengan kapasiti maksimum sebanyak 2,850 JLH.

Dalam pada itu, Air Selangor telah mendapat bantuan 9 lori tangki daripada operator air negeri lain seperti Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd ( SAJ) untuk membantu mengagihkan air kepada para pengguna yang terjejas.

Bantuan bekalan air kecemasan yang telah dilaksanakan oleh Air Selangor sehingga kini adalah menggerakkan sebanyak 114 lori tangki termasuk 9 dari operator negeri lain, menyediakan 22 pili awam di kawasan yang mempunyai bekalan air, menempatkan 70 tangki statik di 19 Pusat Khidmat Setempat serta mengagihkan air minum 5 liter kepada para pengguna yang terjejas.

Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.

sumber - https://www.airselangor.com/press-r...h-beroperasi-semula-5-september-2020-800-pagi
 
  • Like
Reactions: TT

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,228
Reaction score
1,672
Points
206
sapo2 bleh update shah alam area mano dh ado air?

den kek library shah alam skg, sini ado air tandas+surau, tapi kantin takdo air

raso mcm nk tido kek sini ajo ekekekeke
 
Sponsored Post
Top
Log in Register